Assalamualaikum dan selamat pagi...
Lamanya Jue dah tak update entry terbaru, mana tidaknya busy dengan kerja lagi, keluarga lagi. Kalau masak pun jarang sangat la nak amik gambar bagai.. Bukan apa kalau dah siap biasanya xsabar nak tunggu dah terus ngap... Kih3...
Ok lah kita teruskan aje tengok apa masakan yang Jue dah buat beserta resepinya sekali.
Masakan ni merupakan resepi dari mak dan berasal dari Terengganu. Mak memang selalu masak menu di terutama masa arwah ayah ada dulu. Caranya sangat mudah untuk disediakan. Selain udang makanan laut lain pun boleh jugak dimasak. So selamat mencuba...
Udang Masak Kepala Santan
Bahan2
Udang Galah 12 ekor
Bawang Putih 3 Ulas *
Bawang Besar Merah 2 labu *
Halia 1/2 cm *
Cili Mesin 3 sudu besar
Belacan secubit lebih
Santan Pekat 1/2 cwn atau boleh kurangkan
Asam Jawa Adabi secukup rasa
Air
Garam
Gula
Perasa
(* Blend bahan yang bertanda)
Cara2nya :
1. Panaskan kuali dan letak minyak ikut anggaran masakan.
2. Tumis bahan yang telah diblender hingga naik bau. Kemudian masukkan cili mesin.
3. Untuk dapatkan hasil lada yang cantik masukkan 1 sudu besar gula dan belacan. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula asam jawa, garam dan bahan perasa. Kemudian masukkan santan dan sedikit air.
5. Setelah mendidih masukkan udang. Biarkan hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang..
Memaparkan catatan dengan label lauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lauk. Papar semua catatan
Selasa, 18 Februari 2014
Khamis, 30 Ogos 2012
~ Menu di bulan ramadhan ~
Salam semua, di bawah ni ada gambar menu berbuka puasa yang sempat jue amik tp yang lain2 tak sempat.. hehe..
Ok taknak celoteh banyak just layan.. .
KERABU AYAM
Bahan2 :
Ayam (isi ayam dipotong agak2 kecil)
Mangga dipotong nipis
Tomato dipotong dadu
Lada Kecil dipotong kecil
Serai dimayang
Daun limau purut dimayang
Jus limau nipis
Sos ikan
Garam
Gula
Cara2 :
1. Ayam direbus / digoreng sampai masak. Toskan.
2. Gaul semua bahan2 di atas, perasakan.
3. Sedia untuk dimakan.
SAYUR CAMPUR
Bahan2 :
Bawang putih diketuk
Bawang besar dimayang
Cili merah dimayang
Kobis
Kobis ungu
Cendawan
Lobak merah
Isi ayam
Sotong
Sos ikan
Garam
Gula
Cara2 :
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai naik bau.
2. Masukkan isi ayam dan sotong sampai masak.
3. Masukkan bahan2 perasa dan sayur campur.
4. Perasakan dan sedia untuk dihidang.
IKAN KERAPU MASAK KICAP
Jumaat, 17 Februari 2012
:: MENU TENGAHARI ::
Salam..
Selamat pagi semua. Hari ni rasa rajin nak upload gambar masakan tengahari. Plan nak masak lauk ni dr semalam, siap beli bahan2 n pagi ni bangun awal terus memulakan sesi memasak. Jom kita tengok menu dan resepinya sekali.
Selamat pagi semua. Hari ni rasa rajin nak upload gambar masakan tengahari. Plan nak masak lauk ni dr semalam, siap beli bahan2 n pagi ni bangun awal terus memulakan sesi memasak. Jom kita tengok menu dan resepinya sekali.
SAYUR KELADI MASAK AIR
Sayur Keladi Masak Air
Bahan-bahan:
Beberapa batang keladi - dibersih dan dipotong
Bawang Putih - ditumbuk
Bawang Besar - ditumbuk
Lada Hitam - 11/2 sudu kecil (ditumbuk)
Isi ikan - xkisah sama ikan bilis, ikan selayang
Cara-cara:
Masukkan air dan asam keping dalam periuk, masukkan keladi dan rebus sekejap. Kemudian toskan. Sediakan air secukupnya dalam periuk dan masukkan semua bahan2 di atas kecuali batang keladi. Bila dah gelegak masukkan batang keladi yg telah dicelur td. Perasakan. Bila dh masak sedia untuk dimakan.
SAMBAL UDANG
Sambal Udang
Bahan-bahan:
Udang - dibuang kepala
Bawang putih*
Bawang merah*
Halia*
Cili kering mesin / cili boh
Bawang besar mayang
Garam
Gula
Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yg bertanda * hingga agak2 garing. Kemudian masukkan cili mesin, gula dan tumis hingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan udang jika bahan tumisan agak kering letakkan sedikit air. Perasakan garam secukupnya. Bila udang hampir masak masukkan hirisan bawang mayang. Tapi jgn terlalu lama. Kemudian blh la dihidang.
So, siap dah menu tengahari pada hari ini.. Selamat mencuba.^-^
Langgan:
Ulasan (Atom)