[go: up one dir, main page]

Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label family. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Ogos 2014

KELAHIRAN KESAYANGAN HAMBA

Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Huishhh lama bebenor tak update blog sejak dapat baby baru ni.. Yelah mana taknya baby asyik meragam je.. Biasalah nama pun baby masa kecik2 camni banyak le ragamnye.. Ok cerita sikit pasal baby kita ni dilahirkan pada 12 April 2014 di Hospital Pakar PRKMUIP Kuantan. Berat baby 3.1kg (bagi Jue besar la tu). Alhamdulilah baby dan ibu sihat. 



Gambar ni baru beberapa hari balik dari hospital. Geram tengok rasa nak gomol2 selalu tapi kang lebih2 menangis lak. Sabor jelah. 



Ibu dan kakak makan pagi. Masa ni dah ada rasa sakit2 manja gitew..



Wajah kesayangan hamba..



Wajah kesayangan hamba..

Ok tu saja cerita yang terpaksa diringkaskan dek kekangan masa. Bukan apa banyak lagi entri yang nak dikemaskini..



Khamis, 2 Mei 2013

JALAN-JALAN

Assalamualikum..

Ni entry lama baru nak update bukan apa disebabkan kekangan masa.. Hihihi..
Aritu masa cuti Sabtu dan Ahad ada buat Hari ATM di Kem Batu 10, so apalagi berjalan2 la kami sekeluarga. Betapa sukanya kami terutama anak tengok kapal2 terbang ada yang besar, kecik, persembahan udara lagi macam2..









Jumaat, 4 Januari 2013

SUDAH KETENTUAN-NYA

Salam, bersambung kepada entry yang tertangguh disini Jue nak ceritakan satu pengalaman yang sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga. 
Susah untuk diluahkan... sebenarnya Jue baru mengalami keguguran pada 17 Disember yang lalu bersamaan tarikh kelahiran mak tersayang. 

Kejadian tu berlaku di tempat kerja bukan banyak darah yang keluar cuma spt darah haid. Kemudian balik rumah amik buku mengandung dan terus ke klinik kesihatan kerajaan yg berdekatan rumah.  Lepas buat pemeriksaan air kencing dan scan doktor mendapati tiada degupan jantung walaupun baby masih kelihatan. Masa tu teramat sedih.. Tapi terpaksa bersabar dgn ketentuan-Nya. 

Doktor buat surat utk dirujuk kpd doktor pakar pd keesokkan harinya tapi saya agak keberatan utk pergi ke sana. Pada sebelah malam kami semua berbincang dgn dua2 keluarga utk pergi buat pemeriksaan kali kedua di Klinik Pakar Al-Farabi Kuantan. Selepas doktor scan memang sah saya telah kehilangan baby yang baru masuk 3 bulan dan perlu menjalani D&C.

 Waktu datang ke klinik jam 9 pagi, pastu kena tahan wad. Waktu ni duduk sorang2 je sambil menunggu kedatangan mak dan omei. Mmg boring coz hubby sibuk kt tapak projek, mak dan anak kt umah so terpaksalah menunggu dgn kesabaran dan kesedihan..


Akibat bosan, sempat lagi amik gambar dr pemandangan atas klinik. Masa ni xsakit lagi. Walaupun jalan dah tbuka dan tak perlu masuk ubat. Cuma bertahan sampai kul 730ptg masuk labour room.


Ni gambar pada keesokkan harinya. Alhamdulillah tiada apa2 berlaku, kesakitan yang dialami pun dah bkurangan. Bermula lah episod berpantang cuma yang beza hanyalah pantangku tiada baby dipangkuan.. Sabar banyak2, istigfar banyak2..



Tak perlu mengeluh atas setiap kejadian kerana semua yang berlaku mengikut kehendak-Nya dan telah tertulis oleh-Nya. Insy Allah kalau ada rezeki kami tetap akan ada jua nanti.

Khamis, 3 Januari 2013

MY MOM BIRTHDAY

Assalamualaikum,

Lama dah Jue tak masukkan cerita2 trbaru yang mana semuanya akibat kekangan masa tapi bukan malas tau.. Ok bermula dengan entry pertama berkenaan dengan besday mak. Saya dan akak sy plan nak buat surprise untuk mak coz tak pernah buat pun sebelum ni. Tanggal 17 Disember 2012 genap sudah umur mak yang ke-54 tahun. Rasa cam cepat je masa berlalu. Sedih pun ada bila tengok gambar mak tanpa ayah tersayang. Tapi tak mengapa ayah tetap di hati dan anak2 akan sentiasa bersama mak.
Kali ni makanan ada yang tempah dan ada yang goreng sendiri.. Hehe dasar pemalas..


SeLaMaT HaRi JaDi MaK 
semoga dpanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping keluarga.. Kami sayang mak..

Kek blueberry yang ditempah memang sedap.





Family kecil kami walaupun kecil tapi alhamdulillah meriah.



Anak-anak saudaraku..


Fuhh memang sedap kek ni gebu, lemak berkrim..

Selasa, 13 November 2012

Bila family datang bertandang..

Salam dan selamat petang semua,
Hari ni hari Deepavali so jue nak ucapkan happy deepavali pada semua penganut hindu..
Oklah malas nk celoteh lama2, jue nak masukkan entry yg kiranya bukan yang baru dah tp baru nak masukkan biasalah bila keje banyak plus malas tu yang lambat nak update.
Gambar ni diambil masa raya haji baru-baru ni. Keluarga husband yang datang pada raya ke-2 dan mak masak nasi beriani guna rempah yang akak bg dari Qatar. Sedap..



 Anak dara ni mesti kena amik gambar dulu. Yelah masa mood tengah ada lagi.


Senyum meleret aje si omei ni..


Ni lah menunya nasi beriani, ayam goreng tandori, dalca dan acar. Simple je kan tp menyenyangkan.
(psstt..sorry gambar xcantik, hehe)


Ini keluarga husband. Sedapkan menjamu selera resepi baru. hehe. 
Xsyen jekan padahal mak jugak yang masak.


Yang depan cute miut ni anak sedara suami (Mia), yg belakang tu mak mentua dan yang dukung cucu tu mak i la..


Sebenarnya family ni xcukup lg berkumpul coz ada yg sedang bkursus dan xdpt join skali. Harap semuanya suka dgn apa yg jue sekeluarga sediakan. Makan sampai kenyang tau..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...