[go: up one dir, main page]

Sunday, November 20, 2011

:: Cik Embun Di Hujung Minggu...

Hari minggu, memang hari untuk ummi berkerja! Macam warga Nepal! Hahahaaa...

Alisya... jom tengok apa yang dia buat dengan abinya kat rumah!

Alahai, rindunya dia!

Waaahhh...ber-exercise rupanya! Heheheee... Teacher Shayla ada memesan pada ummi agar selalu dudukkan Alisya dalam posisi sedemikian untuk melatih Alisya merangkak. Bila dibuat begini, kaki Alisya ternyata lembut! Dah tu, siap tersengih-sengih lagi... mestilah Alisya pun seronok dan selesa! 

Bila abi postkan gambar ni di facebook, ummi terus rasa nak balik! Tak kesahlah bos ada ke tak! Mana boleh tahan tengok anak tengah tersengih macam ni? Siaplah Cik Embun kene gomol nanti dengan ummi! Heheheee... Ummi cayam adik!


Friday, November 18, 2011

:: Sebaknya Ummi...

Semalam keputusan UPSR dah keluar. Tahniah buat anak buahku; Farisya dan Zaki yang mana kedua-duanya memperolehi 5A! Alhamdulillah... bolehlah buat kenduri besar kat rumah Nenek Cha nanti.

Melihat pada foto-foto kakak ku... ketika bersama anak sulungnya (Farisya) memeluk erat sesama sendiri kerana terlalu gembira dengan keputusan cemerlang itu, sungguh hati ini terasa sebak! Sebak dan terharu kerana di sudut hati nan kecil ini, aku bersyukur kerana mereka mempunyai anak-anak yang cemerlang, anak yang membanggakan ibu dan ayah. Anak yang bakal menjadi harapan kepada orang tua dan anak yang bakal menjadi contoh kepada adik-beradik lain. Alhamdulillah buat mereka kerana Allah mengurniakan mereka zuriat sedemikian.

Dua beranak berkongsi kegembiraan. 
Pelukan erat seorang ibu mampu meleraikan segala keresahan!

Di sudut hati yang lain pula, aku terfikir akan Alisya. Ouhh... sungguh nak menitis rasanya air mata ini. Salah aku kah Alisya dilahirkan sedemikian? Dapatkah Alisya menduduki UPSR nanti? Dapatkah Alisya menggenggam keputusan yang cemerlang dalam akademik? Mampukah Alisya menjadi seperti sepupunya? Berpeluangkah kami berpelukan erat seperti gambar kakak ku itu untuk meraikan kegembiraan? Berpeluangkah aku merasa mempunyai anak yang tipikal? Wallahualam. Aku merancang, Allah jua merancang. Namun perancangan Allah adalah lebih baik daripada apa yang aku rancang!

Alisya, ummi teramat bersyukur pada Allah kerana memberikan ummi peluang untuk memiliki kamu! Ummi bersyukur kerana Allah tak 'beri' kamu pada kakak-kakak mahupun abang-abang ummi. Ini kerana, Dia tahu hanya Alisya 'layak' untuk ummi dan abi! Bukan untuk mereka. Untuk mereka, Allah dah tetapkan rezeki yang lain. Ummi tak pernah menyesal melahirkan kamu apatah lagi memiliki anak CP! Cumanya, ummi mohon maaf pada kamu wahai anak, kerana keadaan kamu itu, walaupun hakikatnya 'kun faya kun'! Akan tetapi... ummi tak pernah segan, ummi tak malu, ummi tak sorok anak CP ummi! Memang, adakala ummi rimas dengan pandangan kasar sesetengah mata yang tajam! Ummi menyampah dengan mereka yang melihat kamu dengan pandangan yang sinis dan jelik! Tapi, apakan daya ummi. Ummi hanya mampu bersabar dan tanamkan kat hati ini... "Aku tak mintak se-sen pun dari kamu, apakah hak kamu untuk memandang jelik terhadap anak aku?" Terus saja ummi lemparkan jelingan! Hambek kau!!! (Angkuh pulak ummi ye! Mesti nak kene eksen sikit. Yelah, aku ada anak CP, ko ade? Walhal untuk pujuk hati sendiri!)

Tapi tak semua masyarakat itu sinis. Dalam pada itu, ummi masih ramai pendoa dari mereka-mereka yang ikhlas mendokan kesejahteraan kamu Alisya. Ummi masih ramai teman dan orang luar yang mengasihani kamu. Ummi bukannya pinta simpati mahupun dengan sengaja mengundang duka di hati mereka ini, cuma adakalanya ummi juga terasa sayu, lalu di sinilah ummi lemparkan semuanya. Agar ummi ketemu kekuatan untuk terus membesarkan kamu!

Dua beranak berkongsi mekap!
Alisya, ummi tak perlu tunggu kamu peroleh 5A untuk memeluk kamu!
Kerana sehari jika ummi tidak berbuat demikian, resahlah ummi!

Alisya, ummi tak kesah andai ummi tak dapat berpelukan erat dengan kamu macam Makcik Liza peluk kakak Farisya tu. Ini kerana, hari-hari yang kita lalui... ummi masih merasai nikmat memeluk kamu dengan penuh kasih sayang ummi! Ummi masih dapat merasa 'bangga' pabila kamu melemparkan senyuman yang sungguh menawan itu! Ummi masih bersyukur kerana Allah beri kesempatan untuk ummi mencium pipi gebu mu itu. Ummi bersyukur kerana Alisya menjadi anak ummi! Alhamdulillah!!! Ummi untuk kamu, kamu untuk ummi! Allah tak beri apa yang ummi mahu, tapi Dia beri apa yang ummi perlu rupanya! Masya'Allah! Besarnya nikmat Mu Ya Allah!

Dan ummi merindui pelukan dari mak ummi! I miss u mak!

Alisya Qaireen, Farid Hanif... kamu-kamulah nyawa ku! Semoga kita terus bersama walau di alam fana!!! Amin Yarabbal A'lamin!

Wednesday, November 09, 2011

:: Allah Selamatkan Abi...

7 November lalu, Encik Suami genap ke angka 30!

Allah selamatkan abi... Semoga kesihatan abang sentiasa dalam keadaan baik, semoga rezeki abang dimurahkan Allah, semoga apa sahaja impian abang akan dimakbulkan dengan izin Allah dan semoga bicep serta six pack abang tercapai suatu hari nanti! (Abang sasa nak jaga kami dengan baik, siapa berani kacau kami... tunggulah penangan bonzer dangdut neh!) 

Doa kami, semoga hero kesayangan kami ini sentiasa sihat agar dapat menjaga kami hingga ke hujung nyawa.

Selamat ulang tahun yang ke 30 Encik Farid! Cik Embun dan emaknya, sangat-sangat leviyuuu!


Saturday, November 05, 2011

:: Salam Aidiladha...

Entry ringkas, menaip dari ofis...

 
Salam Aidiladha buat semua rakan-rakan alam maya, rakan yang mengenali kami, rakan yang sentiasa mendoakan Alisya dan kepada semua umat Islam seantero dunia.



Semoga Aidiladha kali ini memberi seribu rahmat dan sejuta keinsafan kepada kita semua!
Maaf Zahir dan Batin!

 


** Kredit picture to: Encik Ahmad. Gambar kamu memang gojes! Dan... Alisya sedang demam. Semoga cepat baik wahai anak! Ummi wuv you bebeh!!!