[go: up one dir, main page]

CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 Disember 2010

belum ada tajuk


sunyi dan gelap ini tiba tiba mengejutkan
tika umat lena meletakkan kepala separas lutut
terbuka kelopak pancaindera
 lama ternganga 
 sebelum hati berdetik 'bersyukurlah'
 kerana dua alam masih berdampingan
deria bunyi menangkap jelas
manik manik halus jatuh menimpa bumi
tanda Ar Rad' sedang akur dengan tugasan
bersenandung si kodok
mungkin zikir dalam fahaman sang haiwan
lebih seribuempatratus tahun dahulu
pernah bersabda seorang makhluk tuhan
'mintalah tatkala umat sedang nyenyak
 Dia sentiasa menanti permintaan hambaNya'
di terangkan lagi
'dan dua tempat tidak dapat di tembus Azazil
tika tapak tangan menghala ke langit
dan ketika dahi rapat menyembah!'


-akupentoi-

24 Disember 2010

JOM LEPAK SINI


klik kat situ-->jom

20 Disember 2010

JOM KONGSI LAGI

Malah Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak sudi melihat orang yang mengerjakan sembahyang yang tidak melakukan “thuma’ninah” ketika i’tidal sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Allah tidak akan melihat sembahyang seorang hamba yang tidak meluruskan tulang rusuknya di antara rukuk dan sujud (yakni iktidal).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani – sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Kabir).

selanjutnya disini--->;abu hanifa

17 Disember 2010

GAZA

11 Disember 2010

AKHIR ZAMAN

SABDA NABI S.A.W DI AKHIR ZAMAN NANTI...


Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan. Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.


selanjutnya disini->ibnuyunus.blogspot

10 Disember 2010

BERUK



beruk!


 beruk melaram!


 beruk educated!


 berukband!


errr..yg ni nak gelar ape?


09 Disember 2010

TESTING




kiambang!
sesaja nak test camera henpon..


06 Disember 2010

BUKU BARU



selamat menyambut Maal Hijrah 1432...di tutup dan di angkat buku lama...buku baru kasi clean....insyallah..amin...

05 Disember 2010

HEHEHEH..


Peluh mula memercik keluar dari dahi, dada, belakang badan, dada dan ketiak Kudin. Dah dekat nak kuyup t-shirt pagoda yang dipakainya. Sepenuh tenaga di kerahkan, dicampur pula dengan kuasa minda supaya segala usahanya bakal membuahkan hasil. Hampir setengah jam Kudin mencuba, berbagai macam usaha dilakukan namun masih belum menampakkan sebarang hasil.

Setelah tidak tertahan, Kudin meluru keluar dan mencapai basikal tua lantas menuju ke kedai Ah Keong untuk membeli 'Julap'. Sembelit yang membelit perutnya berjaya melokapkan Kudin hampir setengah jam didalam jamban!


02 Disember 2010

SESAK (wa publish sekali lagi)


Sendat dan terkadang kaku
Terpaku terkeliru bercelaru
Mana mampu untuk menentu
Hala tuju kini terlalu jauh untuk di buru
Dari sini ke situ dan ke situ
Saban hari percaturan semakin semak tak dapat di catu

Lalu diri di biar terbiar
Setiap detik setiap saat semakin tercalar
Walau terkadang emosi mencabar
Menyuruh diri bangun berdiri dan keluar
Dari di biar alpa yang kian menular
Tapi hampa dengan kekuatan entah dari mana patut di selongkar

Jauh…semakin jauh tersasar
Dari pesan orang orang tua supaya sedar
Usia semakin di mamah semakin pudar
 Sisa  waktu menghambat dan mengejar
Bangun bangkit sedar dan sedar
Semakin di tekan semakin jauh beredar
Satu pinta a.k.u.
Sebelum mata tertutup dan jasad di kandar
Ya Allah…bangunkan hambamu dari lena sebelum pahala bertukar sifar..

-akupentoi-