[go: up one dir, main page]

CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

29 November 2010

SEKADAR BERKONGSI



Hukum menyebut atau bersms dengan perkataan salam....erk...wa kongsi2 je...bukan nak tunjuk alim ar...!...

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.


Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;              

WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan            
  “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Sekian, semoga ada manfaatnya.


     Sumber wa cilok dari sini ;Izzudin Shah

24 November 2010

MENGONG!


gua nak tulis gak
tapi tarak topik wa mau bukak
hari hari mengadap lap top jak
sampai kepala otak jadi gilak

ni yang leceh bila keja tarak
tapi best gak bila sesekali tuhan kasi lepak
dah jenuh gua keja sampai nak rak
kali ni dia kasi ingat skit jangan sombong atau riak

tak pe la jugak
Dia suruh wa buang bodoh jadi bijak
kenal kawan dan sahabat jangan senang2 kena pijak
masa dan keadaan sentiasa berubah so hati2 bila bertindak!

-akupentoi-





23 November 2010

يا الله


يا الله..د ڤاڬي اين اكو مموهون كڤدامو
امڤونكن سڬالا دوسا دوسا يڠ ڤرنه دڤرلاكو
دوسا ارواح ايبو
دان دوسا باڤكو

يا الله..بريله ڤانچرن ايمان
تنڠكن هاتي جوڬ فيكيرن
اونتوق منمڤوهي تقدير يڠ تله دتنتوكن

يا الله..اكو برشكور دأتس ڤريڠاتن
ستله ترلالو جاوه دالم كسستن
كورنياكن كقواتن اڬر اكو كمبالي كڤاڠكل جالن

بوات كلوارڬ جوڬ ساودارا
امڤون دان معاف دڤينتا سأدا
جاهيل دنيا مڠكابوري مات دان ميندا
دعاله اونتوق اكو كمبالي سأداڽ.. 

22 November 2010

LIHAT


sepetang di pantai Morib...panas dan tak de angin tapi masih ramai gak yang main layang2. gua malas nak snap sbb terlalu panas....gua rasa majlis bandaraya patut tanam lebih byk pokok da..


tak leh nak pegi sampai tepi pantai...mmg terlalu panas!..tapi api lemang lagi panas...tapi api neraka lagi panas..wawawawawa..


lanskap kira ok la..lama gak wa tak turun morib..kereta pun berduyun gak...tapi port untuk lepak mmg kureng!


ha...penghuni ini dari dulu lagi setia lepak tepi pantai...ramai woo geng dia...gayut2 sana sini..

-akupentoi-

19 November 2010

PANORAMA

rakaman dari kamera henpon underwater gua....sesaja nak test...ahaks..ahakss.....sebenarnya lukisan alam dari tuan yang punya dunia memang tiada tandingan....


i city..sek 7 s.alam....teknologi yang dimanipulasi...tapi masuk kena bayo 5 hengget!


bangunan sultan abdul samad...minggu lepas warna unggu minggu ni warna hijau...ha...yg ni tak yah bayo...

port dick son...hehehehe....mendung beb...ari mau ujan...angkat jemuran dikain!


Sandal Benassi Pasaro Malamo gua.....8 hengget...dah dekat setahun wa blasah....masih utuh!


last kopek sebelum hujan turun.....luas sebenarnya alam tuhan nih.....walaupun masih kat dalam malaysia....cuba lepak lokap....kalo nak tahu bumi ni luas ke tak......


-akupentoi-





15 November 2010

TEMAN



Tahukah tentang itu?
Tika hilaian bersambut?
Tika kembung dompet berisi?
Tika tiada satu payah pun menggamit?

Tahukah tentang itu?
Tika tangan terkunci di gari?
Tika langkah di halang palang besi?
Tika ini, di mana teman harus dicari?

Tahukah tentang itu?
Tika teman cuba di hibur
Tika susah cuba di kabur
Tika ini, semua kebaikan akan ditutur

Tahukah tentang itu?
Tika semua telah terkubur
Tika semuanya telah hancur
Tika ini, segala keburukan habis di tabur!

-akupentoi-

12 November 2010

DIPENGHUJUNG 2




Mereka datang, menyerang dan berperang
Dengan peluru sukar di bilang tanda megah di alam terbentang
Apakah di hidang?
Bukankah nyawa dan roh yang melayang?

Itu di sana..
Di suatu sudut berperang kerana kuasa
Beralih sedikit di tengah muka dunia
Di antara benua terbesar di atas peta
Terletak nun timur di antara

Kenapa itu terjadi?
Bukankan berpaksi empayar ini pernah gah di bumi?
Di pijak, di henyak dan di buli sesuka hati
Andai dihitung antara  penganut teramai dimuka bumi
Disabdakan bahawa khalifah itu adalah perwaris segala nabi

  Mengapa longlai? andai gugur telah dijanji jauh dari azab kubur
Semerbak harum wangian syurga menanti disana
Difirman juga gunakan harta dan tenaga untuk membela
Andai payah kerahkan suara agar keluar dari rongga
Setidaknya tekadkan dihati
Tanda masih beriman walau seinci

Ayuh! tanda seruan semakin jelas kelihatan
Memberi peringatan agar luruskan saf sebagai sempadan
Sebelum nokhtah memberhentikan segala urusan
Jadikanlah satu pintu itu mudah untuk kita seperti dipesan!

-akupentoi-