[go: up one dir, main page]

Sabtu, 17 Januari 2026

Guyssss Aku kat Genting hari ni!

"Try to be a rainbow in someone else's cloud,"

- Maya Angelou -

......................................................................................



New year.. kita kasi update life on the sport supaya takde memori yang tertinggal.

Orang lain agaknya dah berpuluh-puluh kali naik genting ni. tapi lantak lah. aku nak bgtau juga.. Akhirnya dapat juga aku jejak genting selepas 40 tahun hidup. huu huu

Itu pun sebab kerja je. Kalau tak hmmmmmmm

Sekarang aku kat Hotel Wyndham Ion Majestic Genting Highlands. Hotel ditempat paling tinggi kat sini. 6,000 hingga 6,150 kaki (1,800-1,875 meter) dari paras laut Sejuk wei. Bukit pun jauh ke bawah. Dapatlah aku tengok Banjaran Titiwangsa dari atas ni.

Dah lah first time naik sini.. pastu first time pula bawa Mr Adudu tu. Esok turun. Doakan aku ek. Seram gak nak turun tu.

FIY.. aku dok hotel je. tak sempat ke mana-mana. kerja kan.

Next time ar. jalan-jalan ni kena bawa semua kat umah tu. Baru best.

Selasa, 13 Januari 2026

Sakit Penghapus Dosa tapi jangan main-main dengan orang yang tengah sakit gigi

"Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.".

-Hadis Bukhari & Muslim -

....................................................................................

haihhh tak tahu lah apa kena aku ni.. tahu lah dah berusia. huu huu

Penutup 2025 diduga dengan gigi bongsu belah kiri sakit.. hujung tahun 24hb hari tu selamat cabut. Ni baru reda sakit cabut gigi even lubang tu belum tutup penuh. sebulan dua juga dia nak selesai tu. Tapi Alhamdullilah rasa sakit dah takde.

Ahad teringin nak makan buah hami melon sebab rasa gusi yang cabut dah ok dan tak sakit. Masa kunyah, terkunyah pula part yang keras tu.. tercucuk gusi belah kanan pula. terus sakit berdenyut. Semalam dah start bengkak. tapi tak dan nak gie klinik sebab ada meeting pagi petang.

Malam tadi tak boleh tido. Stress. Tadi awal pagi 7.30 dah terpacak kat klinik gigi. Nasib doktor kata dia dah ada kat klinik.

Ni tengah tahan kesakitan ni. Nak cuti tak boleh. Kewangan tengah sibuk dengan buka buku baru.. dengan Bajet baru.

Tabah je lah ye.

Semoga cepat surutnya. Amin.

Jumaat, 2 Januari 2026

Selamat Tahun Baru 2026 korang!!!

A hoarder is someone with Hoarding Disorder, a mental health condition marked by a compulsive need to acquire and keep excessive amounts of items, combined with a persistent inability to discard them, leading to severe clutter that makes living spaces unusable, compromises safety, and causes significant distress or impairment in daily life.

...........................................................................................


Hari ke-2 dalam tahun baru 2026

so macam mana so far life korang? Nak tanya lebih-lebih masih baru kan.

aku just sambung je lah kehidupan yang lama. huu huu

but...

awal tahun benda yang wajib buat every year.. Membuang apa yang patut.

Cuti tahun baru adalah masa yang sesuai untuk membungkus semua kertas-kertas exam, buku sekolah dan baju sekolah.

Kita kan nak buka lembaran baru. betul lah tu bukan nak buang kenangan tapi buang keserabutan.

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu

"The beginning is always today."

- Mary Shelley -

....................................................................................

Seperti yang di gembar gemburkan dan dihebohkan... haaa haaaa takdenya orang nak gempak sangat. Aku je yang sibuk-sibuk nak bercerita.

Aku perkenalkan ahli baru dalam kehidupan kami.. Mr Adudu


Panjang kisah kami untuk dapatkan Mr Adudu ni. Habis segala ketabahan, kesabaran dan ke 'anxitey' an aku. Alhamdullilah akhirnya dapat dah bawa dia balik ke rumah.

So hari ini first day aku bawak Mr Adudu gie opis. Perasan? mengelabah biawak aku bawa. So far so good lah.

Welcome home my first EV Car.. Mr. Adudu. My new Dairi for the start of the new year.

Guyssss Aku kat Genting hari ni!

"Try to be a rainbow in someone else's cloud," - Maya Angelou - .................................................................