[go: up one dir, main page]

i-Saraan KWSP 2026 : Pendaftaran, Semakan & Kelebihan

i-Saraan Plus
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program i-Saraan 2026 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan.

TERKINI: Kerajaan meneruskan program i-Saraan 2026 dengan insentif padanan 20%, dihadkan kepada RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat.

Tahukah anda, kerajaan dan KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap termasuk suri rumah untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan?

@ecentral.my

Untuk yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, ini cara daftar i-Saraan KWSP secara online. Kalau rajin carum setiap bulan, boleh dapat insentif RM500 setahun! #kwspisaraan #isaraan #isaraankwsp #kwsp #bekerjasendiri #insentifkwsp

♬ Vlog opening cute pop(1297796) – KBYS

Lebih menarik lagi, ahli yang mencarum juga akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

Jom kami kongsikan sepenuhnya tentang insentif ini.

Penambahbaikan i-Saraan 2026 (KWSP)

Dalam Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober 2025, kerajaan mengumumkan pelanjutan pelaksanaan program i-Saraan bagi tahun 2026.

Program ini akan terus menawarkan insentif padanan sebanyak 20%, dengan had maksimum RM500 setahun dan RM5,000 sepanjang hayat.

Susulan kejayaan program tersebut, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif baharu, i-Saraan Plus, yang dikhususkan untuk pemandu e-hailing dan p-hailing. Melalui inisiatif ini, kadar insentif padanan tahunan ditingkatkan kepada RM600 setahun dan RM6,000 sepanjang hayat.

Di bawah skim ini, pemandu akan didaftarkan sebagai ahli KWSP melalui penyedia platform, yang akan membantu melaksanakan potongan caruman pada kadar yang ditentukan sendiri oleh pemandu.

i-Saraan Plusi-Saraan Plus
Sumber: Laman web rasmi KWSP

Apakah i-Saraan KWSP?

Mungkin ramai lebih mengetahui tentang i-Suri, namun i-Suri terhad dengan syarat-syarat tertentu; seperti suri rumah atau ibu tunggal berdaftar dengan e-kasih.

Manakala i-Saraan pula terbuka kepada lelaki mahupun perempuan yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap, ataupun suri rumah yang tidak layak mohon i-Suri.

Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.

Antara tujuan pengenalan i-Saraan KWSP:

  1. Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
  2. Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
  3. Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
  4. Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Selain manfaat sumbangan dari kerajaan, terdapat juga manfaat-manfaat lain yang kita akan perolehi dari i-Saraan KWSP ini.

i-saraan kwsp 2026 latest
i-saraan kwsp 2026 latest

Faedah Mendaftar i-Saraan KWSP

Menyimpan untuk masa depan tidak semestinya rumit atau memerlukan kos yang tinggi.

Dengan hanya menyimpan RM6.85 sehari, anda boleh membina dana simpanan yang kukuh untuk jangka masa panjang — sekitar RM25,000 dalam tempoh 10 tahun jika anda menyimpan sendiri. Namun, yang membezakan adalah di mana anda menyimpan.

Dengan i-Saraan, jumlah harian yang sama boleh berkembang sehingga RM39,000, hasil daripada insentif kerajaan 20% (sehingga RM500 setahun) dan anggaran dividen tahunan KWSP sekitar 5%, memberi lebih nilai bagi setiap ringgit yang disimpan.

Inilah kelebihan faedah kompaun dan menyimpan dengan bijak. Selain pulangan lebih tinggi, simpanan KWSP turut memberi fleksibiliti, pendapatan persaraan, faedah kompaun, dan perlindungan sosial. Lagi awal anda mula, lagi besar manfaat untuk masa depan anda.

i-saraan kwsp 2026i-saraan kwsp 2026

Ringkasnya, kelebihan i-Saraan adalah:

1. Caruman yang fleksibel

Anda mempunyai fleksibiliti untuk membuat caruman ke akaun KWSP anda pada bila-bila masa, dengan jumlah bayaran yang diingini sehingga had maksimum RM100,000 setahun. Hal ini memastikan bahawa simpanan persaraan yang dilakukan tidak membebankan aliran kewangan anda serta membolehkan anda menguruskan kewangan dengan baik.

2. Dividen tahunan

Dividen tahunan yang diberikan oleh KWSP juga memberikan impak yang besar kepada pertumbuhan tabung simpanan persaraan anda. Dividen ini mempunyai potensi untuk melangkaui pulangan yang boleh didapati melalui simpanan biasa atau simpanan tetap, secara tidak langsung melindungi simpanan anda daripada kesan inflasi dan memastikan penambahan secara berterusan setiap tahun.

3. Insentif kerajaan

Apabila anda mencarum melalui i-Saraan, anda layak untuk menerima insentif khas daripada  kerajaan iaitu sebanyak 20% daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM300 dalam tahun 2024, tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan. Insentif ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pertumbuhan keseluruhan akaun KWSP anda.

4. Pelepasan cukai

Anda akan mendapat pelepasan cukai (tertakluk kepada terma dan syarat LHDN) jika anda mencarum melalui i-Saraan. Faedah cukai ini berfungsi sebagai insentif tambahan, menggalakkan serta memberi ganjaran kepada penyertaan proaktif dalam membina simpanan persaraan anda.

5. Bantuan kematian 

KWSP memberikan bantuan kematian RM2,500 kepada penama atau waris ahli apabila ahli meninggal dunia, tertakluk kepada terma dan syarat KWSP. Faedah yang tidak ternilai ini menawarkan sokongan kewangan dan kemudahan kepada orang tersayang pada masa yang sukar.

Oleh itu, mencarum ke akaun KWSP anda secara konsisten merupakan cara yang paling mudah untuk bersedia menghadapi hari persaraan. Jadi, jangan ditangguhkan lagi.

Siapa Yang Boleh Memohon iSaraan KWSP

Tiada perubahan kepada syarat-syarat kelayakan i-Saraan iaitu:

  1. Mendaftar sebagai ahli KWSP
  2. Warganegara Malaysia
  3. Berumur 60 tahun ke bawah
  4. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig.

*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri

  • Petani/ nelayan/ pemandu teksi
  • Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
  • Pengasuh bayi
  • Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
  • Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
  • Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
  • Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
  • Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
  • Suri rumah
  • Penjawat awam Berpencen

Baca juga : 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

Cara Daftar & Saluran Pembayaran

Tiada caruman minimum yang ditetapkan bagi setiap bulan.

Rujuk cara pendaftaran seperti berikut:

LANGKAH 1 : BUKA LAMAN WEB KWSP (i-Akaun) ATAU APLIKASI i-Akaun KWSP

Laman web i-Akaun: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

ATAU

Sekiranya anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, boleh klik pautan: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms untuk pendaftaran i-Saraan.

i-saraan kwspi-saraan kwsp

LANGKAH 2: TEKAN MENU ‘REGISTER I-SARAAN’

i-saraan kwspi-saraan kwsp

LANGKAH 3: ISIKAN BUTIRAN ANDA & SAHKAN PENDAFTARAN

Jika berjaya, anda akan menerima notis seperti berikut:

i-saraan kwspi-saraan kwsp

LANGKAH 4 : BUAT CARUMAN

i-saraan kwspi-saraan kwsp

Akhir sekali, anda bolehlah buat caruman secara online atau manual mengikut amaun yang diinginkan.

Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi i-Akaun – Buat bayaran elektronik dengan mudah melalui aplikasi KWSP i‑Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). Anda boleh memilih untuk membuat caruman satu kali atau menetapkan caruman berulang (Auto Simpan). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Soalan Lazim (FAQ) di bawah.
  2. Perbankan Internet – ​Pembayaran secara elektronik melalui:
    • Alliance Bank
    • Bank Islam
    • Bank Muamalat
    • BSN
    • CIMB Bank
    • Hong Leong Bank
    • Kuwait Finance House
    • Maybank
    • MBSB
    • Public Bank
    • RHB Bank
    • Ambank
  3. Ejen Bank Berdaftar – Pembayaran secara elektronik/tunai melalui​ Ejen Bank (EB) BSN.​
  4. Kaunter Ejen Bank – Pembayaran secara tunai/cek di kaunter ejen bank:​
    • BSN​
    • Maybank​
    • Public Bank​
    • RHB Bank – Hanya menerima pembayaran kad debit dan pindahan debit sahaja.​
      • Nota: Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i‑Saraan/i‑Suri – KWSP 6A (2)
      • Jika bayaran menggunakan cek atau draf bank:
      • Bayaran hendaklah dibuat kepada KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA​.
      • Sila catat nombor ahli KWSP, bulan caruman dan nombor telefon di bahagian belakang.
  5. Pejabat KWSP – Sila sertakan Borang Bayaran Caruman i-Saraan/i-Suri (KWSP 6A(2)) semasa membuat bayaran.
  6. Pasukan Mobile KWSP / RA – Bayaran caruman secara kad debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP/ Relationship & Advisory (RA) adalah tertakluk kepada jadual lawatan.​
  7. Self-Service Terminal (SST) – Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih. Klik di sini untuk lokasi SST.

NOTA: Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh 3 hari bekerja untuk pembayaran secara elektronik dan 7 hari bekerja untuk bayaran melalui saluran lain.

Jumlah Caruman Bagi Menerima Amaun Insentif Khas Maksimum

Ahli layak menerima insentif khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% daripada jumlah caruman terkumpul tahun semasa yang dibuat oleh ahli.

Bagi membolehkan ahli menerima insentif khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun.

Rujuk ilustrasi di bawah:

AhliJumlah Caruman
Terkumpul Tahun Semasa
Amaun
Insentif Khas
AhmadRM 1,000RM 200
BabaRM 2,500RM 500
KevinRM 5,000RM 500

Sampai bila boleh terima sumbangan Kerajaan RM500 ni? Had maksimum Insentif Khas seumur hidup ini terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.  

Bagaimana Sumbangan Kerajaan Akan Dikreditkan?

KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.

Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan.

Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan 75%,15% dan 10%.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.

Baca juga : Cara Daftar Haji Tanpa Deposit RM1,300 Melalui KWSP

Apa Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran iSaraan KWSP

  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:

Soalan Lazim i-Saraan KWSP

1. Apakah i-Saraan?

i-Saraan adalah satu kemudahan mencarum di bawah caruman sukarela yang diperkenalkan oleh KWSP. Ia memberi peluang kepada ahli yang bekerja sendiri, golongan yang tiada pendapatan tetap serta pekerja sektor ekonomi gig menerima insentif khas daripada Kerajaan bagi tujuan persaraan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. 

2. Apakah penambahbaikan yang telah diumumkan oleh Kerajaan mengenai program i-Saraan?

Kadar Insentif Khas Kerajaan bagi program i-Saraan telah dinaikkan daripada 15% kepada 20% untuk menggalakkan lebih ramai Rakyat Malaysia, terutamanya pekerja tidak formal dan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyimpan demi kehidupan persaraan yang lebih sejahtera.

Namun, had maksimum Insentif Khas tahunan Kerajaan masih kekal pada RM500 setahun dan RM5,000 untuk seumur hidup atau mencapai umur 60 tahun, mana-mana yang terdahulu bagi setiap individu.

3. Apakah syarat untuk memohon i-Saraan?

Syarat-syarat permohonan i-Saraan ialah;

i. Telah mendaftar sebagai ahli KWSP; 
ii. Warganegara Malaysia;  
iii. Belum mencapai umur 60 tahun; 
iv. Individu yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap, anggota perkhidmatan awam dalam skim perkhidmatan berpencen serta pekerja sektor ekonomi gig

4. Adakah ahli yang telah mencapai umur 55 tahun boleh mendaftar i-Saraan?

Ya. Ahli KWSP yang berstatus warganegara Malaysia dan belum mencapai 60 tahun boleh mendaftar i-Saraan. 

5. Adakah ahli yang telah mencapai umur 60 tahun boleh mendaftar i-Sarran?

Tidak. i-Saraan hanya terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 60 tahun. 

6. Bolehkah ahli yang merupakan anggota perkhidmatan awam yang berada dalam skim perkhidmatan berpencen memohon i-Saraan?

Ya, anggota perkhidmatan awam yang telah mendapat taraf berpencen dan belum mencapai umur 60 tahun layak untuk mendaftar i-Saraan.

7. Bolehkah ahli yang merupakan anggota tentra yang masih berkhidmat memohon i-Saraan?

Ya, anggota tentera yang masih berkhidmat boleh memohon i-Saraan sekiranya telah berdaftar sebagai ahli KWSP. 

8. Berapakah amaun Insentif Khas i-Sarran yang baharu?

Kadar Insentif Khas i-Saraan adalah sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa*.
*Had insentif seumur hidup sebanyak RM5,000 atau mencapai umur 60 tahun, yang mana lebih awal (tertakluk kepada terma dan syarat).

9. Bilakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup RM5,000 berkuatkuasa?

Had maksimum Insentif Khas seumur hidup RM5,000 berkuatkuasa pada tahun 2024 berdasarkan caruman yang dibuat mulai tahun 2024.   

10. Bagaimanakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira?

Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah Insentif Khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM5,000 atau apabila mencapai umur 60 tahun, yang mana terdahulu.  
Contoh:
Abu mencarum i-Saraan dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.

2024-RM500
2025-RM500

Jumlah Insentif Khas yang terkumpul adalah RM1,000.
Jumlah Insentif Khas i-Saraan yang masih layak untuk terima adalah RM4,000 (RM5,000 – RM1,000).

11. Apakah saluran bayaran caruman i-Saraan?

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Saraan melalui saluran berikut: 
i.   Aplikasi KWSP i-Akaun
ii.  Perbankan Internet
iii. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
iv. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
v.  Bayaran secara cek atau draf bank di semua Kaunter Peresitan Pejabat KWSP, atau
vi. Bayaran secara Kad Debit melalui perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP / Relationship & Advisory (RA)
vii. Self-Service Terminal (SST) – Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih

12. Berapakah jumlah yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima Insentif Khas i-Saraan maksimum sebanyak RM500 setahun?

Ahli layak menerima Insentif Khas berdasarkan caruman padanan sebanyak 20% (sehingga maksimum RM500) daripada jumlah caruman sukarela dalam tahun semasa yang dibuat oleh ahli. Bagi membolehkan ahli menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM500 setahun, ahli perlu mencarum sekurang-kurangnya RM2,500 setahun di bawah i-Saraan.

13. Apakah faedah yang akan

Faedah yang boleh diperolehi bagi ahli yang mencarum di bawah i-Saraan adalah:
i.    Meningkatkan kadar simpanan persaraan dengan Insentif Khas daripada Kerajaan
ii.   Menikmati dividen tahunan di atas simpanan
iii.  Bantuan Kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP), dan
iv.  Ahli juga layak menerima pelepasan cukai (tertakluk kepada terma & syarat LHDN)

14. Bilakah bayaran Insentif Khas i-Saraan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli?

Bayaran Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).

15. Bolehkah ahli memohon pengembalian semula bayaran caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP?

Tidak boleh. Semua caruman i-Saraan yang telah dibayar kepada KWSP adalah muktamad. Justeru itu, ahli perlu memastikan bayaran adalah teratur sebelum meneruskan transaksi berkenaan.

16. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat bayaran i-Saraan jika saya telah berumur melebihi 55 tahun?

Semua caruman yang diterima selepas ahli mencapai umur 55 tahun akan dikreditkan ke Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan setelah ahli mencapai umur 60 tahun.

17. Bagaimanakah caruman i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?

Caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan 75%,15% dan 10%.

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, kesemua caruman i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Emas.

18. Bagaimanakah Insentif Khas i-Saraan dikreditkan ke akaun ahli?

Insentif Khas i-Saraan akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1) bagi ahli yang berumur bawah 55 tahun. Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun, insentif akan dikreditkan ke Akaun Emas.

19. Apakah kaedah pembayaran caruman i-Saraan?

Kaedah pembayaran caruman i-Saraan adalah seperti berikut: 

A. Sekali bayaran (one-time) melalui aplikasi KWSP i-Akaun, perbankan internet, ejen bank berdaftar, kaunter ejen bank, bayaran secara cek atau draf bank di semua kaunter peresitan Pejabat KWSP, bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP/ Relationship Advisor (RA), Self-Service Terminal (SST) dan di Pejabat KWSP yang terpilih; ATAU 

B. Caruman berulang secara automatik (Auto Tambah) melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)

20. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pendaftaran Auto Tambah?

Ahli perlu mendaftar Auto Tambah terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan pembayaran caruman bulanan secara automatik dan berulang setiap bulan dibuat menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit. Ikuti langkah berikut: 

a. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli)
b. Klik tab Simpanan di Laman Utama; 
c. Klik “Tambah simpanan”;   
d. Pilih “Aktifkan Auto Tambah”
e. Skrin pengenalan Auto Tambah akan dipaparkan. Klik “Teruskan”
f. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;    
g. Pilih bank; 
h. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”
i. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Tambah;  
j. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Tambah. 

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut