[go: up one dir, main page]

Archive for 2006

"Raya"

Posted in Life always Began on October 31, 2006 by duwenk

Cipanzi. Ape makna pun aku pun tak tahu. Kawan2 slalu sebut. Kalau melatah atau nak makin, “cinpanzi betul la budak nih.” Setahu ringkas aku, Cipanzi nih sejenis binatang. Cam ‘Panda’ atau ‘Beruang kecik”. Betul atau idak tu pasal lain la..

Bila time raya tahun nih, sikit pun aku tak kisah pasal ‘rasa’ suasana hari raya. Mungkin ‘aku’ tak perlukan segala suasana tuh. Suasana seperti sama-sama membakar lemang, cucuh mercun, atau bermain kejar-kejar dengan anak buah di kampung. Atau tak kisah untuk berkumpul ramai-ramai di halaman depan rumah. Borak, gurau senda, tukar cerita, kisah duka dan suka bersama adik beradik. Jadi tak kisah pada suasana sebegini.

Satu suasana lain pula, tak perlu dengar leter mulut manis ‘ibu’ tersayang. Tak perlu lelah untuk meraih karenah mereka. Tak ada juga lagak ‘cool’ seorang ‘bapa’ yang sering tersenyum walau aku dianggap khilaf dengan apa yang dikehendakinya. Segalanya tidak di rasa, walau sudah 3 tahun tidak berkumpul semua.

Satu hal lain juga, rasanya bersyukur dengan apa yang ada. Dengan adanya kawan-kawan2, rakan kongsi hidup. Susah senang. Baik buruk, kami adalah keluarga di sini. Sejak sblm subuh di hari raya pertama, masing2 berasa resah untuk tiba ‘berhari raya’ di tempat yang mulia. Mulia bagi kami. Tempat keluarga tercinta untuk kami. Keluarga segala tempat bagi kami. Mungkin ini juga di panggil Kiblat bagi kami. Selamat Hari Raya buat Bumi Mazro’atul Kiram.

Tapi, sblm hari menjelang raya, Ibu sudah menghantar suara. Pesan, nasihat, kasih untuk anak di sini. Tidak resah hati si tua untuk jantung anak muda. Tapi anak tetap merasa resah untuk sang ibu. Katanya “yang penting jaga diri baik-baik dan salam buat keluarga di sana”. Ibu juga tau keluarga di sini amat penting untuk kami di sini. Biar lain budaya lain cara lain rupa, hanya kisah cinta saja boleh meraih rohani antara manusia. Itu rasanya.

Raya ini mungkin sedikit beza walaupun di bumi yang sama. Hanya suasana berganti dengan situasi yang begitu memaksa kerja dunia. Tapi bahagia. Aku tetap mesra kerana Tuhan masih memberi hidup untuk aku menyambut lebaran bersama mereka.

Terima Kasih & Selamat Hari Raya;

-Keluarga Ammu Syeikh Mokhtar alBurhamy
-Kedutaan Besar Kairo
-Keluarga Ikatan Setia Kawan Kairo
-Anak-anak baru Fakulti Medic Mansoura
-Member2 jauh dekat.

Maaf Zahir Batin. Kullu 3am wentum Bikhair..

P@i Kairo

"Suara Rumah Tuhan"

Posted in Life always Began on October 4, 2006 by duwenk


DownTown atau ‘Wastul Balad’. Tak jauh dari simpang kanan sana, masih ada manusia yang berlari-lari mengejar suasana malam puasa. Teriak suara menarik perhatian ramai orang yang berbondong-bondong memenuhi malam itu. Suara-suara bersorak menjaja barang jualan. Sesekali teriakan suara turun naik seperti ada bunyi serak dirongga tekaknya. Hujung sana masih berlumba-lumba menawarkan harga lebih murah. Pakaian baju, kasut, seluar yang dilelong lebih meraih suasana pekan di sana.

Dari tadi, dia hanya melihat. Sedikit resah melihat karenah-karenah orang tempatan terhadapnya. Melihat dirinya asing. Setelah lebih lima minit berjalan, riuh rendah suara jerit di stesen bas ‘Atabah’ masih begitu nyaring dan bising. Matanya liar mencari-cari lorong yang harus di masuki. Kiri kanannya bersilih ganta rupa manusia. Kakinya agak lemah melangkah. Jauh berjalan kaki.

Petang tadi, hingga jam 4 petang, dia hanya tahu penat. “Selesai berurusan dengan urang Arab”, katanya agak perit. “Tade sistem..”, “tade prosuder, prosuder sendiri suka..”. Dari jam pagi, terik matahari agak tidak membiasakan. Panas, mungkin penghabisan musim. Agak panas. Tekaknya haus, bibir sedikit pedih. Pecah. Bumbung bangunan (Cargo Village) amat tidak menyenangkan. Kurang maju. Lusuh, tidak tersusun.

Mungkin kerana ‘prosuder sendiri suka’, berat barang 3kg sama taraf dengan 1000kg. Itu agaknya. Atau kerana orang luar yang harus di’niagakan’ melalui prosuder sendiri suka? Atau boleh saja berlaku disebabkan ‘terlalu’ tunduk dengan sistem-sistem manusia?

Banyak perkara juga sedang berlaku di malam itu, setelah lewat singgah di sebuah kedai minum, dia menyusur masuk ke lorong agak kecil. Suara-suara tadi tiada bunyinya. Hanya angin dan batuk orang-orang tua di pinggir-pinggir jalan. Anak-anak masih lagi berlari-lari ketawa melintasi langkahnya. Dia hanya ikut jejak langkah budak berbaju biru itu.

Agak meriah sekali, bulan ibadat buat manusia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang begitu banyak menjanjikan kelebihan buat manusia. Bulan yang tiada bandingan timbang amalan untuk umat-Nya Saidina Muhammad s.a.w. Bulan yang tiada harga untuk diganti dengan limpahan harta dunia. Mungkin itu sebabnya ‘meriah’. Tidak sama dikampung. Agak serius dan agak terbelenggu dengan pembudayaan agama.

Mungkin budaya di sini agak keIslaman. Itu katanya sebahagian manusia. Antara budaya manusia yang dipenuhi dengan fahaman, corak masyarakat, budaya tamadun, sifat, jasmani dan segala faktor biologi juga mampu menafsirkan konsep budaya dalam pembudayaan manusia.

Lain pula dengan budaya masyarakat Islam dan budaya Islam. Mungkin budaya adalah satu konsep sosial yang lain, yang boleh menerapkan identiti Islam sebagai kata Islamisasi. Antara konsep budaya dan kata akidah Islam adalah saling berkaitan, cuma dalam kontek yang berbeza. Seperti Sunnatullah menurunkan ‘Agama Islam’ ke atas Saidina Muhammad s.a.w di kalangan bangsa Arab yang berbudayakan Arab. Bukan menurunkan budaya Islam kepada bangsa Arab bahkan akidah Islam kepada seluruh umat dunia.

Dalam fikirnya tadi, dia asyik memerhati. Gelagak manusia di situ. Sejak selesai waktu perdana, tiada lagi suara-suara syurga berkumandang. Tiada lagi seri hati text-text suci bagi umat Islam. Esok masih ada lagi. Biar segala corong suara ‘Rumah Tuhan’ bercerita untuk umat manusia. Berkhutbah memberi ingatan untuk manusia. Berjanji dengan kuasa-kuasaNYA terhadap manusia. Suara-suara itu akan sentiasa sehingga akhir Ramadhan nanti.

Sejak tadi, riuh suara makin bertambah. Makin bercampur faham bahasa dalam loghat hidup budaya mereka. Dia dan pemuda di hadapan sana hanya berlalu mencuri suasana Ramadhan yang dinikmati oleh budaya bukan bangsanya.

Besok, lusa, suasana sebegini tidak dirasainya lagi. Tapi jika dia akan kembali ke tanah sejarah Firaun dan Saidina Musa a.s ini. Esok masih ada tugasan yang harus diselesaikan. Dunia makin membezakan hidup antara hidup manusia. Ramadhan makin gembira melihat umat manusia sentiasa meraikannya. Bergembira meraih ibadat. Berlapang dada menunai amal. Berzikir menyebut NAMNYA, bertasbih memuji KuasaNYA, bertahlil mengESAkanNYA, bertahmid mensyukuriNYA, bertakbir mengAGUNGkanNYA.

dWenk, Cairo

"Fikir Songsang"

Posted in Life always Began on September 9, 2006 by duwenk

Bila saja guna kata ‘Songsang’, rasanya ada sedikit gempak. Kalau ikutkan media intelektual selalunya dikaitkan dengan perkara yang menyalahi adat dan ilmu. Atau ianya berlaku dalam pemikiran moden yang harus ditelusi secara benar dan kritis. Dalam situasi demikian, banyak penyalahan anggap terhadap perkara yang dibicarakan. Sebagai contoh, tuduhan yang berlaku ketika memberi ceramah atau disebut ‘Khutbah Songsang’. Secara politis, songsang dari perkara realiti dan melibatkan antara dua pihak dalam dua pencarian; antara benar dan salah.

Songsang, seringnya berlaku secara kritis. Lain dari general pemikiran umum. Songsang mempunya beberapa peringkat konotasi yang dialami oleh para pemikir. Antara realiti adat dan hukum, dan antara tradisi ilmu ‘turath’ dan ilmu ‘hadith’. Sehingga pemikiran songsang ini terpaksa menyalahi fahaman umum dan memberi cara baru untuk diguna pakai.

Jika kini, persoalan songsang sudah pun menjadi mainstream umum dalam sosio budaya mahupun politik. Lebih tragis lagi bila melibatkan perkara ini menjadi ‘trend’ manusia. Seperti dalam jawatan kemasyarakatan, songsang mempunyai kuasa ‘pembaharuan’ untuk mempengaruhi minda masyarakat baru. Secara untungnya,, bila fakta persamaan gender, pembebasan dan tiada sempadan ruang modenisasi.

Mungkin dalam sistem pengorganiasian sesebuah sektor mempunyai prinsip dan displinnya tersendiri untuk mensistemkan manusia. Dan kerana itu juga, sistem manusia tidak akan mampu memuaskan kehendak manusia sendiri dalam penerapan ril atau moral untuk manusia. Justeru itu juga, khilaf dalam sesebuah sektor akan berlakunya perkara songsang dari ril yang disediakan oleh sesebuah sistem.

Sebagai kata ‘Khutbah Songsang’ atau ‘Kata songsang’, yang bermaksud menyalahi keadaan text yang digarapkan dalam sistem. Dan berlaku juga pertembungan antara beberapa pemikiran yang disisihkan oleh pihak-pihak atasan, sekalipun songsang itu ada benar dan salahnya.

Untuk realiti zaman, fikir songsang adalah perkara ‘amat bagus’ untuk pembiakan masyarakat. Sebagai kata ‘fikir songsang’ untuk melahirkan perkara baru dalam medan kapitalism. Kemajuan dan rasa rangsang untuk lebih ‘kedepan’ adalah usaha yang berinovatif bagi menyelamatkan manusia dari tenggelam dengan mainstream sistem kemanusiaan.

Sebagai contoh lainnya, gembar gembur era politis kini masih menyeru dalam sistem demokrasi atau pengadilan dari teror. Songsangnya, sistem demokrasi atau pembebasan hak-hak manusia sudah lama berkubur tanpa nisan, akan tetapi slogan-slogan sedemikian masih disanjung dan diadilkan dalam sistem berpolitik. Songsang juga, dari pengetahuan umum, lebih-lebih lagi dikonflik Asia barat dan Timur Tengah yang masih lemas dalam isu-isu sedemikian. Tiada demokrasi dan penyamarataan hak hak manusia. Songsang.

11 sept tiba lagi. Perkara songsang harus lebih berpihak kepada manusia. Bukan di pihak orang-orang politik yang hanya tahu melihat dunia untuk berjenaka, bermesra dan berlakon di media-media dunia. Selama mana manusia akan terus tenggelam dengan muslihat media dan aktor-aktor politik di seluruh dunia.

__________________________________________________________
Pilih Baca dari Site Muring
__________________________________________________________

"tade hape"

Posted in Life always Began on July 6, 2006 by duwenk

Satu: Bila dah time cenggini (libur) macam2 nak kena plan. Nak OL pun dah tak sempat. Dah tak lekat di rumah. Dah tak buhsan. Dah jadi macam-macam.

Kalau time xm tuh, mungkin entri tuh berjela panjang. Atau banyak ide dan komentar sekeliling. Kait pasal idup, pasal fenomena yang pelbagai, luah rasa, diri, manusia lain atau soal yang berkait ilmu-ilmu hidup.

Dan banyak pula yang melimpah ruah persoalan-persoalan yang luar kawalan diri. Seperti imaginasi diri atau yang tak terhad di capai akal. Belum lagi dalam soal perlaksanaan yang benar-benar menunjukan potensi diri atau realiti yang bukan dongeng atau fantasi.

Dua: Bila dah mula cuti. Sana sini kaki menjajah. Tak sempat tak rehat dah jadi ‘kental’ macam tak penah hadapi apa-apa. Lebih tragis (rasanya) akal tuh dah tak normal (dlm hari tu jah) melalui genap 24 jam.

Tiga ah nak belah.. Tetiba jah derang nih datang. Siak.. Tadi tak mau turun..

….. Pai Alexandaria…

"…From Cairo to GermanY…"

Posted in Life always Began on June 10, 2006 by duwenk


Tak tau… paper tak habis lagi. Riuh rendah bicara bola. Diskas pasal bola. Posisi pemain. Strategi pemain. Laku tak laku. Mahal tak mahal. Kalah menang. Mungkin kalau di kedai kopi tuh, yang selalu riuh dengan aksi-aksi seksi ‘gusti’ dah berubah dengan warna warni jersi WorldCup 2006. Kanak-kanak kecil turut bersatu kata turun pentas kedai menonton bola. “Tak best tengok di rumah“, katanya.

Golongan bapak pula, berhempas pulas susun jadual hidup. Nak urus rumah tangga lagi, kerja, jadual harian sebelum, tambah mesra sambil mendukung anak yang sama warna jersi kehulu kehilir meraikan bola. Si ibu makin bermasam muka dengan watak-watak gila si suami yang dah lupakan cintanya dulu. Nak berbicara pun kena ikut time. Kuasa bola.

Cinta bola; bukan bermakna cinta roman seperti kisah Qais dan Laila atau Romeo dan Juliet atau seperti kisah S.Yusof dan S.Zulaikha yang sudah menjadi trend puisi sang pencinta, tetapi cinta bola yang lebih global melalui sempadan bahasa, bangsa, masyarakat dan dunia. Hanya kerana ‘Goal’ adalah laungan satu di segenap sudut. Entah dari bangsa tenggara mana sekali pun ia tetap difahami hinggakan si kecil hingusan tahu itu ‘Goal’.

Kerana bola manusia bola kenal bangsa lain, pentas yang lain budaya. Cintanya juga bermaksud kesatuan hati manusia dalam medan bola. Bukan hanya cinta dari dua insan, atau hingga melibatkan 3 dan empat insan, tapi lebih menyeluruh disegenap manusia di bumi. Tak kira hitam legam atau putih melepak. Atau sekadar kulitnya coklat dan bersawa matang. Semuanya kerana cinta mereka dengan bola. Medan bola hanyalah sebuah yayasan yang mengumpulkannya.

Tapi, ramai salah anggap. Katanya secara total, haram. Kerana dari budaya lain. Keriuhan yang tiada sempadan agama. Atau bersikap ‘turath‘ dalam pemahaman budaya barat yang menggugat pegangan manusia. Terutama umat muslim. Mungkin itu dulu yang berlaku. Tetapi, majoriti; masih ramai manusia yang bersikap ‘keras hati’ begitu gopoh berfatwa bahawa segala yang datangnya dari barat dan bukan dari Islam adalah suatu yang dimurkai. Tidak wajib syurga untuknya.

Soal ini, kalau diheret berbincang rasanya agak ‘bodoh’ jika kitanya selaku manusia yang kamil. Yang bersikap total menolak perkara-perkara baharu (yang tidak pernah dinaskan dalam Islam). Seperti usul perkara yang disebut “Lam Yarid wa lam Yu Rad“, (tak di sebut dan tak di dalilkan) ini adalah bid’ah yang merosakkan manusia.

Tetapi jika mengguna satu kaedah “al-Aslu fil asy’Ya’ al ibahah“(asal setiap perkara adalah dibolehkan) adalah kaedah yang merbahaya jika menurut sebahagian ulamak, akan tetapi kaedah ini juga relevan untuk diguna pakai terhadap perkara-perkara yang luar tabiat manusia muslim menurut S.Imam Hanafi. Sehingga perkara baharu tersebut tiadalah mampu mengoyak prinsip Islam itu sendiri. Seperti perkara yang berdasarkan hal Qotie dan Hal yang dipersetujui oleh peringkat sumber rujukan ummat bahawa ianya terhalang.

Kerana perkara baharu ini, semestinya tidak kekal (kecuali wajahNYA) dan wajib juga ianya berlaku antara dua perkara usul (baina Manzilatain). Samada dosa dan pahala. Sehinggakan perkara bola, harus diimbangi sejauh mana penglibatan bola ini ditelusuri oleh manusia. Seperti tadinya, asal perkara tidak menghalang manusia, tetapi sikap manusia terhadap perkara terebut yang membuat begitu ramai kata-kata ‘sesat‘ yang begitu rakus menggunakan hukum.

Qul bi Fadhlillah wa Birahmatihi fa bizalika falyafrahu….” Katakanlah ini adalah kelebihan dan rahmat yang telah diberikan maka bergembiralah…Begitu juga ucapan rahmat buat manusia.. “haza min fadhli rabbi..” ini adalah kelebihan (yang ditetapkan Allah).Sebagai prinsip untuk ummat manusia, ada sabda dari kaedah buat manusia “hatta la yakhtarikul al-Syar’iah“.. (sehingga ianya tidak merosakan hukum buat manusia.

Selamat meraih fenomena WorldCup 2006 Germany.