[go: up one dir, main page]

Sunday, January 04, 2026

Rosaknya AirPods 3 dan Kenapa AirPods 4 Jadi Pilihan Akhir

 



Saya menggunakan AirPods 3 hampir dua tahun lebih. Sepanjang tempoh itu, ia menjadi teman setia untuk online meetings, webinars, online classes, mendengar muzik, dan juga phone calls kalau dalam kenderaan. Namun, seperti kebanyakan electronic devices, akan tiba satu hari di mana ia mula bermasalah dan akhirnya rosak sepenuhnya. Bak kata orang, end of life.

Pada awal-awal bermasalah, Airpods sebelah kiri je bunyi. Kanan no sound at all. Lepas disconnect and connect balik, baru ada bunyi from both sides. Perkara ni masa awal 2025. Then few months jadi balik, bila saya check rupanya sebelah kanan tak charging langsung dalam case. Saya pun cari solusi di Youtube dan juga internet, ada yang recommend untuk saya bersihkan pod dan charging case. Saya pun guna cotton bud untuk bersihkan dan selepas itu yang pod sebelah kanan dah boleh charge. 

Then pada mid December 2025, saya dah dekat 15 hari tak guna airpod. Malam tu saya guna Airpods untuk GMeet, bila orang dalam GMeet tu membalas soalan saya, saya pelik kenapa dengar sebelah kiri sahaja. Saya ingat setting GMeet salah. Puas godek setting, on off Airpods connection, in the end saya berdamai sahaja dengan takdir yang menimpa Airpods saya. Selesai GMeet, ingatkan lepas restart Macbook masalah akan selesai. Rupanya sama sahaja. 

Bermulalah misi mencari solusi melalui internet. Segala macam youtube channel, apple website, reddit dan juga pertanyaan pada AI digunakan. I must tell you yang penggunaan banyak membantu menyenangkan proses mencari solusi ini. In the end selepas reset, hard reset, charging dan pelbagai lagi kaedah, my Airpods totally failed. Could not pair to all my Apple Devices be it iPhone, iPad, Mac's (Book and Mini). Semuanya dicuba malam tu. 

Since I will conduct few online meetings and classes pada minggu tu, and kejadian rosak ni hari Selasa, I need to find a solution. Apa-apa pun saya bawa ke Apple Reseller berhampiran rumah saya which is Machines and ask the staffs there to connect her iPhone to my Airpod. Still fail. Sebenarnya saya dah dapat jawapan yang my Airpods rosak, cuma berharap selepas reset, ianya boleh connect pada device orang lain, not mine. Rupa-rupanya tak boleh.

So, my opsyen adalah untuk repair the right Airpods but seeing the price makes me think twice sebab agak mahal. Macam tak berbaloi. Lagi pulak just in case lepas repair yang right, then few months rosak pula left, total amaun untuk repair dua dua ni dah sama dengan baru. In the end, setelah bercongak-congak duit belanja bulanan, dengan nawaitu yang baik untuk pastikan audien dalam online session saya dapat dengar suara saya dengan jelas, saya sambar Airpods 4 dari Machines. 

Secara ringkas, Airpods 3 dan Airpods 4 nampak hampir sama. Tapi bila guna hari-hari, ada beberapa perbezaan yang boleh dirasai. Airpods 3 cukup-cukup untuk call, 4 suara lebih clear, especially for online meeting. 4 is much better for online meetings, webinars, classes. 4 juga auto switch lebih smooth. Saya pernah switch between my Apple devices and ianya berlangsung dengan lancar. Boleh refer pada internet on how to switch between Apple devices. 

Mula-mula bila AirPods 3 mula bagi masalah, saya memang sempat fikir nak switch brand. Banyak pilihan wireless buds lain di luar sana, Sony, Beats, dan lain-lain dan semuanya boleh connect dengan Apple device without any problems.

Honestly, bila saya buat research:

  • Sony ada noise cancellation power dan  musical experience memang best. Harga ANC nya pun much more cheaper than Airpods 4 without ANC.
  • Beats pula lebih bass-heavy, sesuai untuk workout
  • Semua tu technically compatible dengan Apple devices.

Hampir juga masa tu saya almost nak grab Sony atau Beats sebab rasa nak lebih value for money. Mereka memang feature-rich dan punya sound quality yang mantap.

Tapi bila saya fikir balik..

  • Saya guna ekosistem Apple setiap hari 
  • Saya nak yang seamless, connect terus, auto-switch antara device, tanpa drama
  • Saya nak yang practical untuk calls/meetings, bukan hanya muzik

Akhirnya pilihan saya AirPods 4.

Walaupun dari spesifikasi nampak tak jauh beza dari luar, dari segi everyday experience memang terasa berbeza:

  • Pairing terus terus dengan semua Apple device tanpa setup extra
  • Auto-switch antara Apple devices macam silap mata
  • Mic memang clear untuk Zoom/Google Meet
  • Stability dia convince me more daripada alternatif lain


So yes, Sony & Beats mungkin lebih hebat, but for my workflow yang Apple-centric, AirPods 4 just fits better.

Kadang-kadang bukan pasal specs di atas kertas, it’s how the tech works with your life that matters.


Thursday, January 01, 2026

Hello 2026

 





Selamat datang 2026! Tahun baru selalunya buat kita bersemangat menulis azam yang panjang, tetapi hakikatnya, perubahan besar bermula daripada langkah kecil yang konsisten. Untuk saya, 2025 berlalu dengan 1001 kisah, baik dari aspek kerja dan juga keluarga. 

2025, setahun penuh pelbagai cerita. Ada letih, ada tawa, ada juga perkara yang mengajar kita menjadi lebih kuat. Di tempat kerja, kita belajar tentang tanggungjawab, kesabaran, kekuatan. Bersama keluarga, kita temui makna pulang, sokongan, dan kasih yang tidak selalu disebut tetapi sentiasa ada. Semua pengalaman itu, tanpa perlu dijelaskan satu persatu, menjadi bekal untuk melangkah ke hadapan.

Kini 2026 bermula. Tidak perlu azam yang besar untuk membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Cukup dengan langkah kecil yang kita ulang setiap hari. Sedikit masa untuk diri sendiri dan keluarga. Sedikit usaha untuk kesihatan dan kesejahteraan, sedikit usaha untuk menjadi manusia yang lebih tenang dan bersyukur.

Kita tidak perlu menjadi terlalu sempurna. Kita hanya perlu menjadi lebih baik daripada semalam. Hargai proses, raikan perubahan, dan terus melangkah perlahan, tetapi pasti.

Akhirnya, setiap tahun akan membawa pelajaran yang berbeza. Yang penting, kita belajar menghargai diri sendiri, menghargai orang sekeliling, dan terus melangkah dengan hati yang ikhlas dan jujur. Tidak perlu terburu-buru menjadi hebat. Cukup terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik, sedikit demi sedikit. Semoga 2026 lebih tenang dan membahagiakan.

Bak kata Green Day dalam lagu Still Breathing, 'I dodged a bullet, and I walked across a landmine' 'I'm still breathing on my own' 



Monday, December 22, 2025

Kajian Tentang Work Life Balance

 



Dalam dunia entrepreneurship, ramai orang bercakap tentang cara jana profit, cari pelanggan, buka bisnes, tapi jarang kita sentuh satu perkara yang sama penting iaitu work–life balance. Ramai usahawan sanggup kejar rezeki sampai lupa jaga diri, keluarga, kesihatan, dan masa untuk hidup dengan tenang.

Terdapat satu kajian akademik bertajuk “Achieving Work Life Balance for Korean Entrepreneurs in the USA” yang menganalisis kehidupan usahawan Korea yang berniaga di Amerika Syarikat. Kajian ini tidak sekadar melihat keuntungan bisnes, tetapi juga bagaimana mereka menguruskan masa, menjaga keluarga, kesihatan, serta menyeimbangkan kerja dan kehidupan seharian.

Kajian tersebut memberi gambaran bahawa kejayaan sebenar bukan hanya tentang profit, tetapi juga kesejahteraan diri (well-being). Daripada kajian ini, kita dapat belajar bagaimana mereka mengatasi tekanan hidup sebagai usahawan, terutamanya yang bergelut dengan bahasa, budaya baharu, dan survival di negara asing.

Kajian ini dijalankan oleh Dr. Sehoon Jo dan Dr. Julie M. Ballaro (2025), yang mengkaji usahawan Korea yang menetap di Amerika Syarikat. Mereka ingin tahu bagaimana golongan ini mencari work life balance walaupun tertekan dengan kerja, banyak cabaran hidup, dan persaingan bisnes di negara orang.

Kajian tersebut melibatkan 17 orang responden, terdiri daripada usahawan Korea di bahagian Barat Amerika Syarikat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif (qualitative) melalui:

Temu bual (interviews) dengan 9 peserta

Sesi fokus kumpulan (focus group) dengan 8 peserta

Jumlah keseluruhan: 17 responden.

Tujuannya untuk mendapatkan cerita sebenar, pengalaman hidup, dan strategi yang mereka amalkan.

Cabaran Utama Usahawan Korea

Berikut masalah paling biasa yang mereka hadapi:

  • Kerja terlalu panjang (lebih 50 jam seminggu)
  • Kurang modal dan pekerja
  • Tak cukup pengalaman bisnes
  • Stress dan masalah kesihatan
  • Kurang masa untuk diri sendiri dan keluarga

Kesimpulannya, bisnes jalan, tapi hidup jadi tak seimbang.

Apa strategi mereka nak capai work life balance?

Walaupun sibuk, mereka ada cara tersendiri untuk jaga keseimbangan hidup. Antaranya:

Persediaan Awal (Preparation is Key). Mereka kumpul modal secukupnya dulu, belajar dulu, dan rancang betul-betul. Jangan buka bisnes dulu kalau tak cukup ilmu + duit.

Delegate, Jangan Semua Nak Buat Sendiri, Mereka hire pekerja bila bisnes sudah stabil. Upah orang dan hidup jadi lebih tenang.

Family, Faith & Health Come First. Mereka tetap pegang nilai budaya Korea yang utamakan:

  • keluarga
  • agama/kepercayaan
  • kesihatan

Bisnes penting, tapi bukan alasan untuk rosakkan hubungan & tubuh badan.

Pengajaran untuk Kita

Tidak kira kita employee atau entrepreneur, kajian ini mengajar:

  • Work–life balance bukan kemewahan. Ia keperluan.
  • Duit dan bisnes tak guna kalau badan rosak dan keluarga terabai.
  • Persediaan awal, sokongan keluarga dan jaga kesihatan menjadikan hidup lebih stabil.

Dalam hidup moden sekarang, ramai orang sibuk mengejar kerja, target, dan income sampai lupa satu perkara penting, hidup bukan hanya tentang bekerja. Kajian ini menunjukkan manusia yang berjaya bukanlah yang paling banyak bekerja, tetapi yang tahu berhenti sekejap, delegasikan tugas, jaga kesihatan, dan utamakan keluarga.

Hari ini, ramai orang stress, burnout, hilang masa dengan anak, makan tak teratur, tidur tak cukup, semua kerana mengutamakan kerja tanpa had. Kajian ini mengingatkan kita bahawa:

  • Rezeki lebih bermakna bila hidup seimbang.
  • Keluarga adalah ‘support system’, bukan penghalang.
  • Kesihatan bukan reward, tapi keperluan.
  • Work hard, but know when to rest.

Dalam erti kata lain, work life balance bukan tanda kita malas, tetapi tanda kita mahu hidup dengan waras.


Rujukan Kajian.

Jo S, Ballaro JM (2025), "Achieving work–life balance for Korean entrepreneurs in the USA". New England Journal of Entrepreneurship, Vol. 28 No. 2 pp. 167–179, doi: https://doi-org.ezaccess.remotexs.co/10.1108/NEJE-12-2024-0126

Saturday, December 20, 2025

Hidup Ibarat Roda

 




Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah, adakalanya kita berada di tengah-tengah. Begitulah kehidupan ini, ibarat roda yang sentiasa berputar. Hari ini mungkin kita tersenyum, esok mungkin kita menitiskan airmata, lusa mungkin kita tiada apa-apa perasaan.

Saat berada di atas, jangan sombong. Saat berada di bawah, jangan putus asa. Kerana roda akan terus bergerak, dan takdir akan terus berubah mengikut aturan Allah yang Maha Mengetahui.

Rezeki, ujian, kegembiraan, kesedihan, semuanya datang silih berganti untuk mematangkan jiwa kita. Yang penting bukan di mana posisi kita sekarang, tetapi bagaimana kita bertahan dan belajar pada setiap putaran kehidupan.

Pernah suatu ketika berada diatas (tak berapa atas), pernah juga berada di bawah, pernah juga berada di tengah-tengah, lumrah kehidupan di alam pekerjaan yang saya tempuhi selama puluhan tahun banyak mengajar saya tentang di ruang mana yang saya diberi kepercayaan, di ruang mana pula yang saya tidak diendahkan, dan pelbagai ragam lagi. 

Namun yang penting, kerja tetap diselesaikan dan membantu orang is my priority walaupun kadangkala ia tidak sebesar mana. Di saat usia semakin meningkat, gerak kerja semakin perlahan. Namun ibarat sang kura-kura, tetap sampai. Dan ibarat sang kancil, sentiasa berakal. 

Hidup ibarat roda, teruslah melangkah, teruslah percaya. Hari esok sentiasa membawa harapan baru.

p/s :Roda kecil pun boleh pergi jauh, asalkan berpusing

Friday, December 19, 2025

Hampir Sebulan Guna Mac Mini

 



Selepas hampir sebulan menggunakan Mac Mini secara harian, pengalaman saya secara keseluruhan sangat positif. Prestasi terasa pantas dan stabil untuk tugasan harian seperti penulisan, kerja akademik, penyediaan slaid, pengurusan fail, dan internet browsing. Mac mini juga senyap, jimat tenaga, dan tidak panas walaupun digunakan lama.

Dari segi produktiviti, gabungan macOS dengan ekosistem Apple yang lain seperti iOS dan iPadOS memudahkan kerja.terutama sync dengan iPhone dan iPad. Saya guna iCloud+ paling basic, sebab kerja-kerja saya pun tak banyak guna grafik atau video editing. Apabila saya on the move, saya akan sync kerja Mac Mini ke iCloud, dan kemudian saya sambung di Macbook. Adakala bila saya di luar mod kerja, tiba-tiba teringat sesuatu, saya boleh view di iCloud menggunakan henfon. Malam-malam nak tidur sambil browsing guna Ipad which is more privacy sebab takde whatsapp dalam tu, kadang-kadang boleh je jenguk sekejap kerja di iCloud.

Cuma betul seperti kata orang yang dah guna MacMini M4 sebelum ni, on button dia berada di lokasi yang agak pelik. Ia kurang praktikal dari sudut ergonomik, terutamanya jika diletakkan terus di atas meja. Tiap kali nak on, kena selak.

Dari aspek lain setakat ni takde lagi. Aksesori saya yang saya sambung ke Mac Mini semuanya bukan dari ekosistem Apple. Monitor Samsung, printer HP, keyboard dan mouse Logitech. Pengalaman penggunaan setakat ini kekal lancar dan stabil. Sebelum ini ada isu dengan keyboard dan mouse Logitech, iaitu lambat detect. Tapi saya dah jumpa solusinya, iaitu lewat sikit on kan kedua-duanya. On kan dulu Mac Mini. 

Seperti sungai yang mengalir tanpa bising, Mac mini membawa data dan tugas merentas ekosistem Apple dengan lancar dan harmoni.


Wednesday, December 17, 2025

Masalah Bluetooth Mouse dan Keyboard di Mac Mini

 



Setelah beberapa ketika menggunakan Mac Mini 4 bersama wireless bluetooth mouse dan keyboard dari Logitech, ada satu masalah yang kerap saya kesan. Masalah tersebut ialah ada delay untuk aktifkan mouse dan keyboard. Kadangkala mouse dah boleh gerak, keyboard pula belum boleh taip. 

Berlaku delay beberapa saat (dalam kes saya sehingga 10 saat) sebelum ianya boleh digunakan. Kena tunggu dulu kalau nak type password nak masuk dalam desktop. Kena tekan-tekan keypad di keyboard (kejutkan dia dari tidur), baru lah ada respon. Mouse pun sama, kena tekan button di bawah mouse Logitech tu, baru lah seolah-olah dia pair. Adakala saya on off je mouse tu. 

Dah macam-macam saya cuba, on kan devices sebelum turn on Mac Mini, on kan Mac Mini dahulu baru on kan device, sama sahaja. Sedikit pencarian di internet memperjelaskan kenapa berlaku problem ini.

1. Bluetooth Adalah Servis Terakhir Diaktifkan Selepas Boot

Semasa Mac dihidupkan, sistem akan memulakan banyak komponen secara berturutan:

CPU - GPU - WiFi/Network - Audio - Bluetooth (paling akhir)

Akibatnya, keyboard dan mouse masih dalam mod memanaskan enjin walaupun skrin login sudah muncul. Itulah punca kelewatan beberapa saat tersebut. 

2. Sambungan Bluetooth Perlu Mengulangi Proses Keselamatan

Peranti Logitech menggunakan encrypted pairing untuk melindungi input seperti kata laluan.

Apabila komputer dihidupkan atau bangun dari sleep:

Peranti perlu mengesahkan identiti

Menjana kunci keselamatan baharu

Connect semula secara selamat

Proses ini mengambil masa bersaat-saat, bergantung pada model dan tahap bateri.

3. Peranti Logitech Masuk Mod Jimat Kuasa

Untuk memanjangkan hayat bateri, kebanyakan keyboard dan mouse Logitech:

Akan 'sleep mode' lebih cepat

Hanya bangun apabila ada input (contoh: klik atau tekan)

Masalahnya, semasa login, kita belum sempat tekan apa-apa, jadi peranti bangun lambat. Ini menambah beberapa saat sebelum ia bertindak balas.

4. Semasa Sleep, macOS Menutup Radio Bluetooth

Untuk menjimatkan tenaga, macOS akan:

Mematikan Bluetooth secara separa

Melepaskan sambungan peranti sekejap

Apabila kita gerakkan tetikus atau tekan keyboard, komputer bangun dahulu, tetapi Bluetooth mengambil masa untuk hidup semula.

5. Gangguan USB 3 & SSD Mempengaruhi Bluetooth

Peranti USB 3 seperti external SSD, pendrive dan dongle boleh menghasilkan gangguan gelombang 2.4GHz, iaitu frekuensi yang sama digunakan oleh Bluetooth dan Logitech Bolt.

Jika peranti disambung terlalu dekat dengan Mac mini:

Sambungan Bluetooth menjadi perlahan

Pairing mengambil masa lebih lama

Respons jadi delay selepas boot

Point nombor 5 untuk diri saya mungkin tidak mempengaruhi kelewatan 'bangunnya' keyboard dan mouse Logitech saya kerana tiada sambungan aktif dari external SSD atau benda lain di Mac Mini saya. 

Kesimpulannya, kelewatan keyboard dan mouse Logitech selepas cold restart atau bangun dari sleep bukan disebabkan kerosakan device. Ia berlaku kerana:

  • Bluetooth aktif lambat selepas boot
  • Perlu melalui penyulitan keselamatan
  • Peranti Logitech berada dalam mod jimat kuasa
  • Gangguan USB 3/SSD memperlahankan pairing
  • macOS menutup Bluetooth ketika sleep

Dalam erti kata mudah, komputer bangun lebih cepat daripada papan keyboard dan mouse. 

Cara Kurangkan Delay bluetooth mouse dan keyboard di Mac mini

1. Guna Logi Bolt (kalau guna Logitech devices). Ia lebih laju daripada Bluetooth.

2. Jauhkan SSD/USB 3.0. Elak gangguan signal.

3. Kejutkan awal. Tekan keyboard/gerakkan mouse sebelum login.

4. Aktifkan “Allow Bluetooth to Wake Mac” (jika ada).

5. Pastikan bateri keyboard & mouse tinggi. Elak deep sleep oleh device tersebut.

6. Simpat backup keyboard berwayar untuk login selepas restart.


p/s: Seperti keyboard tanpa wayar, keikhlasan pun tak perlu kabel. Cuma ia mungkin sampai perlahan, tapi lebih tenang.

Saturday, December 13, 2025

Apa Itu Work Life Balance?

 



Dalam dunia kerja hari ini, ramai daripada kita semakin sibuk mengejar deadline, mesyuarat, tugasan mendadak dan komitmen keluarga. Lama-kelamaan, kita mula rasa penat, hilang fokus dan akhirnya burnout. Saya pernah alami perkara begini, lagi-lagi apabila terdapat perkara luaran yang menganggu. 

Di sinilah pentingnya work life balance. Tapi, apa sebenarnya work life balance ni? 

Apa Maksud Work Life Balance?

Work life balance ialah keadaan di mana masa, tenaga, dan perhatian kita seimbang antara kerja dan kehidupan peribadi.

Kerja tetap siap, tapi kita masih ada masa untuk diri sendiri, keluarga, rehat, hobi, ibadah, dan kesihatan.

Ia bukan tentang 'kurang kerja', tetapi cara kita mengurus hidup supaya tidak terlebih memaksa diri.

Kenapa Work Life Balance Penting?

1. Kurangkan stress and burnout.

Apabila kerja terlalu berat dan masa rehat kurang, otak akan cepat penat. Work life balance bantu kurangkan tekanan harian.

2. Kesihatan lebih baik

Tidur cukup, makan teratur, dan ada masa untuk bersenam. Semua ini sukar dicapai kalau kerja tak seimbang.

3. Lebih produktif di tempat kerja

Ironinya, bila kita rehat secukupnya, kerja lagi cepat siap.

4. Hubungan keluarga jadi lebih harmoni

Bila tak bawa stress kerja balik rumah, kita boleh fokus kepada orang yang kita sayang.

5. Mental lebih stabil

Emosi lebih terkawal dan kita lebih tenang mengurus cabaran hidup.

Tanda-Tanda Work Life Balance Anda Tidak Seimbang

  • Selalu rasa penat walaupun baru bangun tidur
  • Emosi cepat marah atau mudah sensitif
  • Tak ada masa untuk diri sendiri
  • Kerja ganggu masa keluarga
  • Rasa “hidup hanya kerja”
  • Badan mula sakit: migrain, tegang, susah tidur

Kalau 2,3 atau lebih tanda ni ada pada kita, we need a change.

Bagaimana Nak Mulakan Work Life Balance?

1. Tetapkan ‘batas waktu’ kerja

Contoh: stop kerja tepat jam 6 petang. Jangan sambung kerja tanpa sebab yang urgent.

2. Utamakan kesihatan

Tidur cukup, minum air, dan buat aktiviti ringan seperti berjalan atau jogging.

3. Rancang jadual harian

Gunakan planner, aplikasi telefon atau template “To-Do List”.

4. Elakkan bawa kerja balik rumah

Jika perlu juga buat tugas di rumah, tetapkan masa tertentu dan jangan lebih.

5. Beri ruang untuk hobi dan masa sendiri

Tak salah berehat. Rehat bukan malas. Rehat ialah reset.

6. Komunikasi dengan majikan

Jika beban kerja terlalu banyak, bincang secara profesional.


Work Life Balance Adalah Perjalanan, Bukan 'Perfect Life'

Tak ada sesiapa yang dapat hidup seimbang 100% setiap hari. Work–life balance ialah usaha konsisten, bukan satu formula ajaib.

Ada hari kita sibuk. That is normal.

Ada hari kita boleh rehat lebih. That's also normal.

p/s : Hidup bukan untuk dikejar tanpa henti. Ada masa kita perlu berhenti, menarik nafas, dan kembali menjadi manusia.