Petang Selasa lepas kami cubalah ke Kg Tanjung Langsat tu, kot2 ada ketam sebab Abang Ngah beriya2 mengajak makan ketam. Mula2 pergi kat restoran yang pertama tu, tanya kalau2 ada ketam ke tidak. Pakcik tu suruh tunggu kejap sebab nak gi tengok ketam dulu. Sepatutnya orang tu dah hantar ketam tapi tak hantar2 lagi kata pakcik tu. Kami pun tunggulah kejap. Kejap tak kejap jugak la, adalah dekat 15 minit gak menunggu. Bila pakcik tu balik....HAMPA!!! Tak ada ketam.....
Friday, January 30, 2009
Jom Makan Ketam...
Petang Selasa lepas kami cubalah ke Kg Tanjung Langsat tu, kot2 ada ketam sebab Abang Ngah beriya2 mengajak makan ketam. Mula2 pergi kat restoran yang pertama tu, tanya kalau2 ada ketam ke tidak. Pakcik tu suruh tunggu kejap sebab nak gi tengok ketam dulu. Sepatutnya orang tu dah hantar ketam tapi tak hantar2 lagi kata pakcik tu. Kami pun tunggulah kejap. Kejap tak kejap jugak la, adalah dekat 15 minit gak menunggu. Bila pakcik tu balik....HAMPA!!! Tak ada ketam.....
Makan Lagi...
Kami balik ke Pasir Gudang pada malam Isnin sebab hubby masuk kerja hari Selasa. Pagi Selasa tu buat Donut Gebu lagi sebab Ayong kata dia malu2 nak makan masa kat rumah Atok hari tu.
Dan malam tadi, sambil nengok tv, saya buat Cream Puff Jagung ni lagi. Baru bakar satu loyang, stop kejap sebab ada kawan datang berkunjung. Tapi tak sempat gak dia nak rasa puff ni sebab fillingnya belum dimasak lagi. Cuma sempat menjamu kawan dengan samosa dan teh-o aje....
Thursday, January 29, 2009
Balik Kampung
Pukul 9:00 pagi kami keluar dari rumah menuju ke Taman Scientex untuk ambik CT dan anak2nya (adik ipar hubby). Ada Myvi putih kat depan rumah dia. Saya ni memang terror bawak kereta tapi kalu bab suruh bawak kereta orang tu...berat sikit! Since CT tak ada lesen memandu, hubby drive Myvi bersama hero2 dan saya drive kereta sendiri bersama heroin2... Tepat 12:00 tengahari kami sampai ke kampung.
Sepanjang berada di kampung, cuaca pulak tak berapa baik. Selalunya panas je tapi hari tu asyik hujan je pulak. Kengkadang je redanya, walaupun hujan tu tak lebat tapi berterusan. Petang Isnin tu cuaca mendung je. Hajat di hati nak tengok gerhana matahari tapi setelah puas meneropong, tak nampak apa2 pun... Tak ada rezeki le tu... Best kan kalau dapat tengok gerhana tu? Siapa dapat tengok???
Kudap-kudap...
Saturday, January 24, 2009
Apa Ada Kat Belakang Rumah???
Pisang nipah ni pun dah puas makan hasilnya. Tiap kali berbuah, paling kurang ada 8 sikat. Tiap sikat buahnya bersaiz XXL...puas hati kalau menggoreng masa tengah mengkal2 tu. Dah lembik2 saya tak suka pulak... Sekarang ni ada setandan kat belakang tu. Nak offer jugak ni...siapa nak??
Disebelah kanan pokok pandan ialah pokok pisang 40 hari. Ni baru aje tanam, belum dapat hasil pun....ambik dari rumah MIL. Kat sebelah kiri pandan tu pulak ialah pokok bunga kantan. Pun sama umur ngan pisang 40 hari tu. Belum gak dapat tuai hasilnya. Antara pandan dan pisang 40 hari tu ada pokok lengkuas.... Tak nampak kan?? Lengkuas ni saya transfer dari depan rumah nun... Kat depan tu dulu penuh ngan lengkuas. Hubby dah bersihkan untuk buat taman, then transfer ke blakang rumah pulak. Dah dapat hasil dah..!!! Apa ada lagi ya??? Haaa...yang ini bukan dari kategori tanaman tapi kategori KENDERAAN!!!! Kenderaan apa yang duduk belakang rumah??? BASIKAL!!!! Tapi tak de gambo le.... Basikal yang dah tak digunakan tapi spare partnya masih elok. Kalau basikal hero2 tu ada masalah, hubby akan dapatkan spare part yang berkenaan dari basikal ni. Tak lama lagi basikal ni akan ladi besi buruk plak!!!
Dan projek terkini kami ialah tanaman sayur2an.... Yang ni tak boleh show lagi sebab masih dalam proses penyemaian benih2 dan membuat batas2. Adalah kami tanam tomato, okra, cili, jagung sikit. Ikut saiz tanah la kan!!! Kang jadi hutan belantara plak kat belakang tu... Nak ikut seruan kerajaan plak...berbakti pada tanah! Nanti tak payah nak beli sayur lagi...save cost sikit kot....!
Pokok kari, daun kunyit dan limau purut ada kt depan rumahnun...dalam pasu! Pokok nenas pun ada tau saya tanam kat sebrang jalan depan rumah. Ada la 3 pokok!!! (3 ajer????). Pokok inai pun ada.....
Friday, January 23, 2009
Jumaat Yang Kelam-Kabut...
Thursday, January 22, 2009
Tertunailah Hasrat Di Hati...
Pagi semalam dah buat satu adunan, dapat le dalam 16 biji. Abang Ngah dan Abang Yang masing2 bawak bekal ke sekolah. Yang bekal lain, yang makan lain. Akhirnya saya cuma dapat rasa 2 biji aje. Then sebelah petang, saya buat lagi satu adunan. Pagi tadi sebab 1st time buat puff ni, so tak dapat nak bayangkan besar mana puff tu akan naik selepas dibakar. Akibatnya, puff tu jadi besar2 sangat!! Buruknya saya tengok...! Ni kalau hubby nampak mesti dia kata, "Cutenyeeee.....!". Then bila buat sekali lagi, dah boleh agak dah besar mana nak dipipekan. Hasilnya...jadilah comel2!!!! Sekali ngap je...hilang dari pandangan!
Monday, January 19, 2009
Non-stop Monday...
Sebelum subuh dah bangun, siapkan sarapan. Then baru mandi dan solat. Turun semula ke bawah untuk "melepaskan" Ayong ke sekolah. Terus membasuh kain-baju semalam (masukkan je ke dalam mesin basuh...). Lepas hubby gi kerja, menyapu sampah-sarap kat luar dan menjirus pokok2 kat depan tu. Then duduk sebelah Adik pulak. Malam tadi dia tidur awal, tak sempat nak siapkan kerja sekolah. Pagi tadi baru temankan dia menyiapkan kerja sekolah. Dah siap kerja sekolahAdik, saya menggosok baju2 sekolah dan baju2 kerja hubby yang tak digosok semalam. At the same time, menolong Abang Ngah membuat kerja sekolah jugak. Stop kejap menggosok sebab nak menyediakan bekalan Adik untuk ke sekolah. Lepas Adik ke sekolah, sambung semula kerja2 menggosok pakaian. Dan Abang Yang pulak bertanyakan terlalu banyak soalan2 Science Tahun 4 yang saya sendiri terpaksa bertanya semula kepada dia maksud2 keyword yang mereka gunakan sebelum dapat membantu mereka. Pening jugak kepala kejap...! Maklumlah...dah hampir 17 tahun meninggalkan alam persekolahan dan peruniversitian (ada ke word ni???). Saya grad dulu Februari 1992....lama bebeno dah!!!
Siap untuk dimakan....
Baru keluar dari oven....
Then tengahari ni ada date lak dengan hubby...hehehe...sempat gak tu!!! Actually,, janji ngan hubby nak gi HSBC tengahari tadi sebab ada isuberbangkit pasal home loan yang saya dah depositkan cek dari KWSP hujung Disember 2008 lepas. Lepas 2 orang hero tu gi sekolah, baru kami bertolak ke bank kat Taman Molek. Lama gak berurusan kat situ tadi. Insyaallah, dalam masa 2 minggu tak ada pemotongan dari akaun simpanan ke akaun perumahan. Dan dalam masa sebulan nanti, panel lawyer akan call unutk sign document for discharge.
Selesai urusan di bank, terus hantar hubby ke office sebab ada sorang Korean tu asyik called dia aje sepanjang kami berada kat bank tu. Then saya terus balik rumah. Masa tu Ayong dah sampai rumah. Pagi tadi sebelum dia ke sekolah, saya dah bagi satu set kunci rumah pada dia, incase kalau2 saya tak sempat balik sebelum dia balik. Then 3:35pm Adik pulak sampai. Biasalah...kalau dia dah ada kat rumah mesti mulut dia tak diam2. Ada je yang nak di"pok-pek"kannya. Apa lagi...cerita pasal sekolah dia la!!! Akhirnya dia tertidur......! Baru senyap sikit.
Masa ni lah saya menyiapkan menu untuk dinner malam ni. Bahan2nya saya dah keluarkan awal2 lagi tadi. Sebenarnya, nak buat untuk lunch semalam (Ahad) tapi tak menjadi sebab ada projek lain. Hubby kata, "Buat je la untuk dinner esok" (hari ini...hubby bercakap tu semalam...). So malam tadi kami makan Mee Rebus ni untuk dinner. Sedap!!! Lain kali tak payah beli yang kat Kg Pasir Putih tu lagi! Sebenarnya saya geram tengok mee rebus ni kat umah Hana dan Anawahid. Tu yang suruh hubby belikan bahan2nya pagi semalam (Ahad) tapi baru hari ni jadinya.. Apa2 pun, kita layannnnnn!!!!
Cerita Adik Petang Sabtu...
Pasal yang dia menangis tu...baru semalam hubby cerita pada saya. Masa mereka tengah repair basikal tu, lalulah van sekolah yang Adik selalu naik tu kat depan rumah. Bila van tu lalu, hubby cakap ngan Adik :
Ooooooo...rupa2nya dia menangis sebab ingatkan dia dah terlepas van nak gi sekolah! Padahal hari Sabtu memang tak sekolah... Itulah Adik...!!!
Sunday, January 18, 2009
Ahad - 18hb Januari 2009
Saya pun mylalah buah scramble eggs campur ngan daun sup / bawang dan seasoning pepper. Then goreng kentang, potong timun dan toast roti. Campurkan cili sos dengan mayonis sebagai pencicahnya. Hubby lak goreng instant roti canai. Tak boleh dia duduk diam2 kat depan tv tu selagi breakfast tak ready.
Lepas Zohor kami bersiap2 lak nak keluar. Anak2 bising ajak pergi cari buku latihan dan rujukan. Kami menuju ke Edaran Ilmu Didik kat Masai tu. Terbang gak RM240.00. Unutk pelajaran anak2, tak apa... Then kami terus pulak ke Jusco Permas Jaya. Saja jalan2 dan windows shopping aje plannya. Tapi bila dah masuk kat dalam tu, ada jer benda yang nak dicapai. Ingat nak cari cheese aje - standby untuk pizza lagi - tapi barang2 lain turut jadi mangsa. Masa sampai aje kat Jusco tu, ada persembahan gendang sempena Chinese New Year. Sempat snap satu gambar je sebab lepas tu persembahan dah tamat. Lepas penat shopping - shopping gak akhirnya - kami gi makan kat Sedap Corrner.
Saturday, January 17, 2009
Jom Sarapan...
Friday, January 16, 2009
Kasut Lagi
Pukul 8:00 malam kami pun keluar menuju ke Pusat Bandar. Kat situ ada kedai Bata, tempat selalu beli kasut sekolah. Abang Yang nakkan kasut yang bertali banyak...maksudnya talinya boleh dijalan banyak kali. Bukan yang setakat 3x tu je.
Hubby pulak jenis yang tak suka nak merayau @ berjalan2 tanpa tujuan. Kalau dah dapat apa yang dicari, kalau boleh dia nak terus aje balik ke rumah. Tapi saya pulak suka jalan2, tengok2 sana sini....windows shopping. Kadang2 saya ajak jugak dia pusing2 tapi kadang2 ikut aje kata dia. Tadi selepas beli kasut kat kedai Bata, kami terus menuju ke rumah semula. On the way balik tu Abang Yang kata nak makan lagi, lapar lagi. Then kami singgah kat satu restoran tu. Tak ingat pulak nama restoran tu. Angin sepoi2 bahasa pulak bertiup, terasa gak sejuknya. Kami order meehon sup (2), meehon tomyam (1) dan nasi goreng kampung (1). Air pulak kami order carrot susu (3) dan jus epal hijau (1). 4 je sebab Ayong dan Adik tak ikut. Adik tengah tidur masa kami keluar dari rumah tadi.
Butter Orange Cake
Lunch Today...
Akhirnya keluarlah menu Nasi Ayam Pandan. Namanya aje nasi ayam tapi bukan macam nasi ayam biasa tu sebab nasinya aje saya buat macam nasi ayam tapi lauknya lain. Untuk lauk, saya masak Ayam Pandan dan sayur pulak saya masak Sayur Goreng Campur. Dihidangkan bersama Rojak Betik. Kuah rojak buah ni saya belajar dari SIL. Dia ada gerai kat kampung nun...
Thursday, January 15, 2009
Kad dan Award From Ela
Yang ni pulak ialah award daripada Ela jugak. Tapi cute blogger award ni ada syarat la pulak....!- Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda - award ni saya terima daripada Ela yang cute tu!!! Tu sebab nama award ni "2008 Cute's 3logger Award"... secute pemberi dan penerimanya...hehehe!!
- Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
- Suka memasak - hobi ni datang selepas jadi surirumah sepenuh masa dan ada masa nak belek resepi kat internet.
- Suka nak shopping tapi jarang2 sekali pergi shopping sebab memikirkan budget... bilala boleh shopping unlimited ek?
- Suka surf internet - ni pun semenjak duduk rumah je ni. Kalau time kerja dulu memang tak nyempat.
- Suka balik kampung kalau ada peluang. Tak kisah le kampung sendiri ataupun kampung hubby.
- Suka bunga2 especially bunga ros / mawar. Tak kisah le warna apa. Tu sebab tiap kali my birthday ke, anniversary ke, hari ibu ke, mesti dapat sebundle bunga ros. Number of roses bergantung pada birthday @ anniversary ke berapa @ dah berapa tahun jadi ibu. Tiap tahun bertambah sekuntum!! Banyakkan!!! Best......!
- Suka nak join dengan jiran2 kalau ada apa2 function. Kalau join nak pok pek pok pek aje, tak berapa suka gak. Lebih baik duk rumah, banyak benda boleh buat, ekk?
- Suka tidur siang hari - malam2 dah susah nak lena sebab masih fobia dgn kejadian yang berlaku setahun lalu. So ambil kesempatan waktu Adik tidur, maknya tidur sekali!!
- Suka membasuh kain baju pada waktu malam - esok pagi boleh terus sidai kat ampaian. Jimat masa....
- Suka nak mengemas hari2 tapi alah sangat pada habuk - mesti bersin 1001 kali. Camana?
- Suka baca blog kengkawan kat alam siber ni. Macam2 cerita dan berita boleh dapat. Yang paling suka sebab dapat tambah kawan dan kenalan.... Thanks kepada semua yg sudi menjadi teman dan kenalan saya di alam siber. Moga satu hari nanti kita boleh bersua muka. Insyaallah!!!
Nak tag sapa pulak ni ya?
1. LG - Salam Dua Benua
2. Anawahid - Mari : Jom : Singgah
3. Zie Helmy - Teratak Lestari
4. Kak Ina KL - Tertunailah Hasrat Di Hati
Cukuplah tu ekk. Nampak cam semua orang dah dapat...
Wednesday, January 14, 2009
Setahun Yang Lalu...
Nasi Lemak Dinihari
Malam tadi saya terlebih rajin la pulak. Agaknya "tukar shift" ngan hubby kot....! Lepas je melipat kain yang setimbun tu, saya masukkan pulak kain-baju yang perlu dibasuh ke dalam mesin. Dan mesin basuh pun menjalankan tugasnya tanpa sebarang bantahan. Then saya pulak terus menggosok baju2 - baju2 sekolah dan uniform hubby. Masa tu dah dekat 1:50 pagi. Lepas tu kelapa dok memikir nak sarap apa pagi esok.... Hmmm, nak masak nasi lemak la! So saya pun terus masak nasi lemak. Petik suis je...tak perlu tunggu2. Telur pun saya siap rebus tapi tak kupas lagi. Cili kering saya rendam, bawang2 siap dikupas. So esok pagi cuma perlu kupas telur dan masak sambal ikan bilis jer... Dalam 3:15 pagi baru saya landing. Hubby dan hero2 dah lelap kat depan tv tu, jadi saya pun landing kat depan tv gak. Set alarm pukul 5:30 pagi tapi 4:30 pagi dah terjaga.Sejak2 peristiwa rompakan bersenjata tahun lalu, sampai sekarang saya masih susah nak melelapkan mata. Tidur tak boleh nak lena. Padahal dah setahun peristiwa tu berlaku. 4:30 pagi tu saya terus bangun, sambung memasak apa yang perlu. Tu yang nama nasi lemak ni Nasi Lemak Dinihari.... Tak ada yang special, macam nasi lemak biasa jer. So tak payah le resepi ye...?
Tuesday, January 13, 2009
Petang Selasa Nan Renyai...
Masuk dapur je, nampak kain dah siap dibasuh. Pinggan mangkuk pun dah elok tersusun. Kat depan pun kain-baju dah ada yang kena lipat. Ni semua kerja my hubby la. Saaayyyaaannngggg hubby! Malam tadi saya kepenatan dan TERtidur awal. Hubby lak tak boleh tidur. So instead of doing nothing, hubby buat ler apa yang patut....
Petang tadi tiba2 hujan renyai2. Dah berapa lama tak hujan rasanya. Tiap2 hari angin kuat bertiup. Biasalah, bila dah angin bertiup, sang daun2 kering pun melayangkan diri mereka ke halaman rumah! Nak disapu, dia tentu datang semula....
Petang tadi sebelum Adik sampai dari sekolah, saya belek2 resepi yang saya dah print dan failkan. Teringin pulak nak makan Tat Telur. Saya gunakan resepi zlinda_mz @ MyResipi. This is my first attempt buat tat telur. Tak le susah sangat tapi terkial2 la jugak sikit2... sikit2 je!! Mula2 saya gunakan acuan tat yang kecil2 tu. Acuan tu pun cuma ada 6 biji je. Lebihannya saya gunakan acuan yang besar. Tapi lebih pulak fillingnya. Saya tuang je dalam acuan lain dan bakar... Inilah hasilnya. Walaupun tak le cantik dan licin bebeno tapi sedap!!!
Lemak Putih Sayur ni sama je macam masak Lemak Putih Labu Manis tu cuma instead of labu, ganti ngan sayur2. Yang ini saya gunakan sawi, taugeh dan kobis.
Bekal Adik
Monday, January 12, 2009
Mesyuarat PIBG SMKPG1 Ke-24
Pukul 7:15 pagi hubby dah hantar Ayong ke sekolah sebab dia ada persembahan koir hari ni bersempena dengan mesyuarat PIBG tu. Lepas tu dalam pukul 8:00 pagi baru saya pulak bersiap2 untuk ke sana gak. Hubby tolong hantarkan sebab malas nak drive sendiri. Lagipun takut susah nak dapat parking lot. Selepas mendaftarkan diri kat kaunter penyambut tetamu, saya terus masuk dewan mesyuarat. Kumpulan koir dah siap beratur kat atas pentas. Ibubapa pun dah ramai gak yg memenuhi dewan mesyuarat. Saya cari tempat duduk yang agak ke depan sebab nak dapatkan view yang bagus untuk jadi uninvited photographer. Dapat le duduk kat row ke 4 dari depan.
Selepas tu baru le mesyuarat bermula. Penat gak nak tunggu mesyuarat tu abis. Yang lama tang bincang pasal bayaran sumbangan persekolahan dan juga berkenaan bayaran keahlian PIBG. Saya cuma tumpukan perhatian kepada Tingkatan 3 aje. Setelah diusulkan oleh YDP & Guru Besar, jumlah yang kena bayar ke sekolah dan PIBG ialah lebih kurang RM150.00. Banyak juga ye.. Itu baru Ayong sorang, belum lagi Abang Ngah dan Abang Yang. Yang itu tak tau lagi berapa pulak... Sebelum majlis selesai, ada cabutan bertuah untuk ibubapa dan guru2. Tapi saya dah tau nasib saya. Tiap kali ada cabutan bertuah mesti saya tak bertuah. So, semalam tu pun tak bertuah jugak.
Saya call hubby suruh dia datang jemput. Then kami terus gi SDS untuk menjamu selera dan mengisi perut yang dah berdendang sayang.
Lepas makan, kami singgah jap kat nursery. Hajat nak beli tanah dan baja tapi terbeli pulak pokok bunga dan pokok cili purple sekali.
Sampai rumah, terkejut tengok rumah dah diubahatur oleh hubby dan hero2nya. Memang malam sebelum tu ada cakap2 ngan hubby esoknya nak ubah2 sikit kedudukan sofa, meja makan dan tv tu. Then saya terus bersihkan diri dan solat. Badan terasa gak penatnya. Ingat nak baring2 kejap untuk merehatkan diri tapi tak jadilah. Kat dapur ada pisang tanduk dan pisang nipah yang dah elok masaknya untuk digoreng. Then saya pun meringankan tulang sikit nak buat minum petang untuk hubby dan anak2.