[go: up one dir, main page]

Friday, May 28, 2010

YouTube Shahir AF8 Kebahagiaan Dalam Perpisahan Official MTV

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN...

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN
– SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..


Giveaway pertama dari Zeti..

Hepi Berday to Zeti.. 29 Mei 2010!

Moga panjang umur dan murah rezeki... Amin.




Nak join GA pertama anjuran Zeti ni..
senang sesangat... zassss...


" Zety & family nak g mane?",

Jawapan aku.. harap-harap le betul.. !
Leh dapat hadiah.. heheh

1) Pulau Redang - Tengah hot gitu
2) Pulau Perhentian - I like

Attention attention...


Salam.. dah lama tak berhadpet..

Nak mulakan ngan buat TAG DARI KAK SERI yang sentiasa ceria dan berseri tuh.. ;-)

1. Apa yang akan anda buat bila dapat tahu member anda tikam belakang anda?
Uhuuhu.. pernah buat post pasal ni.... baru je awal tahun ni.. semua tau kan?

2. 6 orang di hati anda.
Lebih dari enam.. FAMILY, RELATIVE, FRIENDS.....

3. Anda rasa anda comel?
Ehem... selalu orang je yang puji Zaza... Malas nak komen lebih... hihi

4. Single or taken?
Single mingle lagi nih..;-)

5. Blog yang anda suka….
Blog sendiri yang ntah hapa2 nih.. uhuhu

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Zaza suka bilik yang sentiasa kemas dan teratur.. malangya, sentiasa disepahkan oleh anak2 sedara.. uhuhu.. apa boleh buat?..

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Kerana.. dendangan RAZZI RAHMAN..
Lately ni, selalu dengar kat THR time drive balik keja! Best.. lentuk u..

8. Last text message..
" Padan muka.." dari someone.. ahahaha

9. Last phone call..
Receive Call from someone tu la.. petang semalam masa drive balik dari keja!... Mujur dia call,... tengah mengantuk tu.. Bahaya drive sambil mengantuk, kan?

10. Hari terakhir anda menangis
Awal tahun.. masa "derita merindu" tu la.. hahaha

11. Five-5- favourite colour
  • Putih
  • Hitam
  • Biru Gelap/Purple
  • Merah
  • Kuning
12. Orang terakhir YM?
Ngan Mr Iron ----

13. Game paling anda suka?
Snake kat handpone Nokia lama...

14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
Excited sebab dah lama tak berhadpet.. ni kira permulaan yang bagus la.. hahaha

15. Anda rasa tag ini best?
Best la jugak...

16. Tag lagi 10 orang.
Oho.. Nak TAG sume follower yang sudi.... Tapi, yang wajib buat .. Nih dia.. hihi...

- Ain
- Ena
- Zura
- Imah
- Suzie
- Ease
- Aleyn
- Nik Anna
- Bun Bun
- Zai Kulim
- Kak FIZA- umiesofie





Monday, May 24, 2010

May 24 2010

Cancer
May 24, 2010

At work, your inventive mind will be stimulated, which will help you find an ideal solution to every problem. A crisis of aggressiveness and bad humor; try to control yourself in order not to embitter the family atmosphere. The prospects of improving your home are excellent, but you'll have to do the work yourself. Risks of strife and anger in your love life.


Wednesday, May 19, 2010

Sploh hari berkursus.... ku sangkakan x best, rupanya... tersangatlah best...!!! I like!..




Assalamualaikum...
Punyalah panjang tajuk N3 kali ni.. hihi.. ngah rajin nak menaip ni! ;-)

Nak cerita pasal aku gi kursus ari tu.... Start 4 mei hingga 14 mei 2010.
Mula-mulanya, punyalah liat nak gi sebab aku sorang je.. huhu, mana best!..
Lapor diri pada 4 hb tu,.. dapat bilik yang paling depan kat level bawah..
Sebilik ada 4 orang semua termasuk aku la..
Masa melangkah masuk ke bilik tu, dah ada 2 orang dok bertenggek kat atas katil...
Sesi memperkenalkan diri.. semua dari jabatan yang be
rbeza...! Pastu datang lagi sorang, cukup 4 orang...

Mereka bertiga ni ialah Norlie, Umie dan Siti..
Ketiga-tiganya memang baik, peramah dan sporting giler.. Kira boleh sekepala ngan aku la..

Walau sebilik, kitorang ni diatur dalam kumpulan yang berlainan....So, dapat la aku kenal lagi 9 orang.. pun best gak!.. Mesra alam tul... ! Kumpulan aku ialah kumpulan 1.. iaitu kumpulan PERMATA....


Rutin sepanjang kursus...

Breakfast kol 7.30 pagi, kelas start kol 8.00 pagi dan benti rehat kol 10.30 dan sambung kelas balik kol 11.00 hingga kol 1.00 tengahari.. Pastu start kelas balik kol 2.00 hingga la kol 4.30 petang... Kol 7.30 malam, makan malam dan kol 8.00/9.00 malam start kelas dan habis kol 11.00 malam...

Pas makan super yang ringan-ringan, sambung plak grouping...
Aktiviti berkumpulan.. buat assignment!... Kol 3.30 pagi baru masuk bilik.. Mandi n tidur, kol 6.00 pagi dah kena bangun...
Huhu, Cam askar.. Penat!

Dua malam yang pertama, aku langsung tak dapat tidur... penat plus tak biasa ngan tempat baru!.. Hari ketiga, aku demam!.. Malu jek.. huhu...
Seb baik dapat group yang baik hati, siap carikan ubat dan sporting bagi aku relaks.. dan buat kerja kat bilik!.. Tu pun, aku yang beriya nak buat.. ikutkan depa, depa soh aku tidur je..

Aku memang tabik ngan ketua group aku.. memang ada ciri-ciri pemimpin yang berkaliber..

Presentation... huhu, first time kena bercakap kat depan khalayak ramai.. kena bagi ceramah!.. Seb baik la aku boleh buat ngan bagus.. hihi...

Best... memang best!... Kursus ni membawa aku kepada banyak pengalaman baru.. di samping dapat kenalan baru yang best-best..

Masa malam last, kitorang beramai-ramai keluar ke kopitiam yang berhampiran kat tempat kursus tu.. walaupun aku tak gemar keluar malam dan lepak kat tempat-tempat gitu, ku ikut juga atas permintaan ramai.. Chewah.. Malam tu, Aku banyak mendengar jek.. ngantuk beb!. Ntah hapa-hapa la diorang ni... Banyak sangat modal nak berbual..
Mata aku dah merah giler tahan ngantuk.. ! Hihi...

Semoga perkenalan kali ini, membawa kepada hubungan persahabatan yang berpanjangan.... Amin.



Monday, May 17, 2010

"i'm back.."


"Senyuman adalah ibarat perhiasan batin yang membantu memindahkan perhisan lahir yang kurang cantik. Dengan SENYUMAN, ke mana pun kita pergi, bersinarlah di sana cahaya kegembiraan. Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini. Senyumanya dapat di atasi"..

"Yess.... I'm back.."

Tuesday, May 4, 2010

Good Bye My Nice Blog

Salam..

Mulai 5 Mei 2010 hingga 15 Mei 2010....

Blog Pretty Zaza ni akan menyepi...

Makin bertambah la sawang kat sini...

Aku nak kena gi kursus..

huhu

Bye bye..

Panjang Umur, kita jumpa lagi kekawanku..

Saturday, May 1, 2010

*** SeLaMat HaRi LePaK***

1 Mei..
Hari Pekerja...
Hari bagi meraikan mereka-mereka yang bekerja cam aku ni la..

Selepas sehari-hari bekerja.. dapat cuti free camni rasa best sesangat..
Rasa cam segala penat lelah aku dihargai...
-->> 5 hari bekerja dalam seminggu.. 8 jam sehari waktu bekerja.. tak termasuk kerja lebih masa yang tak dapat di claim pun tu..

Tau camner aku raikannya...?
TIDUR je... Apa pun takyah buat.. hihi.. best giler.. ! Setahun sekali je boleh buat ni..
(Selagi aku takde suami dan anak untuk dijaga la.. kan? )
Actually, hari ni, patut ikut rombongan hantar sepupu aku ke rumah suami dia..
Tapi, disebabkan kereta tak muat , aku pun tak ikut la..
(Aku korbankan untuk mak sedara aku..)

So, bila dah home alone, sepetang aku lepak atas katil.. tak pernah-pernah buat ni..
(Kecuali time demam..)
Rasa best la jugak.. relaks..

Hmm... next week kena gi kursus selama dua minggu..
Tak dapat nak surf net dah.. jadual ketat.. mesti kepenatan.. huhu, tension weh!!..