Rekod memori kehadiran puteri kami, Luthfia Nisrin. Dilahirkan pada hari Isnin, 18 January 2016, 9.06 pagi di Lund University Hospital, Sweden.
Luthfia lahir waktu musim sejuk, Luqman pulak lahir musim panas. Sekadar ingin berkongsi pengalaman bersalin di sini yang mungkin berbeza di tempat lain. Hospital di Lund agak besar, ibu yang nak bersalin lazimnya akan ke bahagian Klinik Wanita khas untuk ibu-ibu mengandung. Di sini ibu-ibu buat check up, ultrasound dan segala rawatan berkaitan. Di Sweden, amat jarang doktor menyambut kelahiran kecuali ada isu serius. Selalunya midwife (bidan) bertauliah akan memantau ibu dari awal kandungan (klinik) sehingga menyambut kelahiran bayi (di hospital).
Hospital di Sweden sama taraf kualiti samada awam atau swasta. Cuma di swasta mungkin agak cepat untuk mendapat appointment. Semua orang layak untuk mendapat rawatan kesihatan secara percuma di hospital awam atau swasta selagi ada personal number (no kad pengenalan) di Sweden tak kira anda pembayar atau tidak cukai di Sweden. Ini bermaksud perlu dapat permit menetap (resident permit) di Sweden lebih dari setahun tak kira student/bekerja untuk layak mendapat personal number dan seterusnya layak mendapatkan medical benefit percuma (atau dengan yuran minima).
Pendek cerita, bila dapat free medical, medical insurance tak perlukan kerana automatik mendapat perlindungan insurans dari kerajaan. Jadinya bersalin disini juga percuma, tanpa bayaran satu sen pun. Alhamdullilah...Selepas 3 jam melahirkan anak, ibu dan anak di monitor dari tahap kesihatan keduanya, wad bersalin akan memutuskan samada ibu & anak akan dihantar ke wad hospital atau patient hotel (hotel pesakit). Jika tiada masalah kesihatan yang serius atau perlu mendapat selanjutnya dari doktor, ibu & anak boleh ke hotel pesakit selama 3 hari 2 malam untuk berehat selain mendapat pemeriksaan awal selama 3 hari pertama. Tidak perlu berulang alik dari rumah untuk pemeriksaan.
Di hotel pesakit, ibu dan anak akan berada di bawah jagaan jururawat 24 jam. Selain boleh mendapat nasihat dan rawatan susulan serta ilmu mengenai penyusuan dan rawatan selepas bersalin. Untuk baby, pemeriksaan baby lepas 6 jam lahir, selepas 24jam, check up dengan doktor kanak-kanak (check refleks, mata, pendengaran dan seluruh badan) dan selepas 48jam, pemeriksaan terakhir (ambil berat badan, ambil darah utk screening) sebelum pulang ke rumah. Di hotel pesakit ni sama macam duduk hotel, cuma ada nurse dan doktor boleh kita panggil bila-bila masa. Ada juga katil extra untuk suami dan anak yang tinggal bersama ibu untuk 2 malam. Semua perbelanjaan adalah percuma untuk ibu-ibu yang bersalin (dari bersalin hingga ke hotel dan makan minum 3x sehari), hanya kos untuk pasangan yang tinggal bersama di hotel pesakit perlu dibayar sendiri (2 malam termasuk sarapan).
Alhamdullilah...pengalaman bersalin di Sweden merupakan satu memori yang indah. Staff yang amat baik, peramah dan amat membantu. Terasa amat welcome walaupun kami ini orang asing (bukan orang tempatan) tetapi mendapat rawatan dan layanan yang amat baik. Terhutang budi dengan midwife kami yang sangat baik, sangat peramah dan excited bila tiap kami datang check Luthfia dalam perut. Dari kandungan dalam perut hingga anak membesar, terasa kakitangan perubatan amat prihatin dengan kesihatan semua tak kira bangsa, agama dan warna kulit. Alhamdullilah...semua ini nikmat, berjumpa dengan orang baik2 jumpa salah satu nikmat kurnian Allah.