[go: up one dir, main page]

Friday, January 11, 2013

Cerita pertama di tahun baru.

Yanbu yang makin hari makin sejuk. Humang aiii sampai ke tulang perginya. Udah le memang tinggal tulang je ni. Lemak tak berapa nak melekat kat badan. Dia suka duduk tang perut je.. haha.


Looor dah sebelas hari sambut New Year. Baru timbul mood nak menulis. Itu pun mukadimah je la. Gambar mungkin ada mungkin tiada. Juga ikut mood tuan tanah. Sejuk baiii...! Air panas dah le rosak. Tokeh rumah ni masa mula-mula pindah kita dah bagitau air panas takde. Dia tetap kata ada. Ewah2...Nak je aku suruh dia basuh tangan kat bilik air aku pukul empat pagi. Ehhh... awal pagi sangat, aku tengah tido... pukul dua petang pun ok. Rasalah kesejukan air di rumah ini. Mendamaikan perasaan. Haha..


Nak cerita pasal apa? Azam baru? Aaaa itu cerita lapuk. Zaman aku darjah satu dulu boleh la tanya pasal azam-azam ni. Minum air zam-zam pun sedap juga.


Cerita pasal balik Malaya ari tu? Wohohoh... banyak syok oo. Sebulan itu terlalu cepat berlalu. Hari-hari ada je benda nak buat. Sekali tengok kalendar, alamak eiiii dah nak balik arab dah! Kemas punya kemas beg, sekali overload daa. Novel aku kene tinggal! Uwaaa... Sangat menyayat hati. Kalau orang lain sedih pasal nak tinggalkan tanah air, aku sedih berjuraian air mata tengok novel aku balik rumah. Sadis bebeno rasanya. Dan sebab itu jugalah suami kesayangan beta dengan berlapang dada minta tulun abahnya untuk poskan nove-novel itu. Ai lebiyu very strong lah Hubby! Baru sedap hati tuan tanah. Sedang menunggu kedatangan novel la ni. Next time sila pastikan barangan anda selamat di dalam beg dahulu ye. Pengajaran yang sungguh bernilai. Ralat sikitttt je pasal daun kesum aku pun kene tinggal. Haha.. Tapi tu takpe lagi la,pasal kat arab takde jumpa lagi ikan pari kat pasar. Diorang tak berenang sampai pantai Yanbu agaknya ye. Balik hari tu pun naik MAS. Itu airlines provides 20kg sahaja. Apa kudukut bebeno korang ni...? Pasni tengoklah nak naik lagi atau tidak. Kecuali tambang yang sangat-sangat murah sampai terjojol biji mata, baru aku naik lagi itu airlines. Errr.. Saudi Airlines sekarang pun takde harga murah lagi. Apasal aaa?


Terpanjang pulak cerita hari ni. Sebenarnya tengah carik semangat nak masuk toilet. Macam nak berkhemah dalam peti ais je perasaannya. Ini baru nak bermula, ada lagi 3,4 bulan lagi nak ngadap musim 'grrr grrr grrr' ni. Tabahkanlah hati dan semoga tulang temulang ku berjaya mengharungi tempoh masa ini. Haha.. Caiyok2!






Gambar warm up untuk tahun ini. Bila nampak permandangan ini, automatik terus nyanyi lagu Balik Kampung!




Aisyah. Si cute ini anak kepada Sapid. Sangat behaved masa di USS. Comel dengan rambut gaya pokok kalapak! Hihi..




Ini pulak cuma En. Mosen sahaja yang mampu bercerita. Ai duduk bawah sambil makan mee hoon. Keh3x... Ada bran lagikah?




Ini dekat Restoran Tupai-Tupai Ampang. Ke rumah Dr. Ali dan family. We are like a family! Silalah ambil gambar puas2. Aku? Lapar baiii... Senyum sudahhhh.

Ok stop. Jumpa lagi. Wassalam...


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, November 7, 2012

Sebelum subuh

Sebulan sebelum haji, dapat juga kami menunaikan umrah. Bertolak sebelum subuh, dan sampai di Masjidil Haram lebih kurang pukul 8 pagi. Alhamdulillah waktu ini jemaah tidak begitu ramai.




Mekah yang sentiasa berubah. Kerja2 naik taraf bangunan sekeliling Haram giat berjalan. Hotel2 lama semua dah diruntuhkan dan akan diganti dengan hotel baru. Sempat berposing waktu nak menuju ke Haram.




Waktu ini baru selesai buat tawaf umrah. Lepas solat sunat di belakang maqam Nabi Ibrahim, kita bergambar sebentar. Ooo gambar gelap la pulok!




Jemput minum air zam-zam. Alhamdulillah duduk di bumi anbia ini,memang tidak pernah putus dengan rezeki yang satu ini. "Maka ni'mat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan" ~ surah Ar-Rahman.




Ini di kawasan saie. Sedang berjalan menuju ke bukit Marwah. Masya Allah orang boleh di kira dengan jari. Ini di bahagian basement. Kalau di tingkat satu dan dua mungkin agak ramai.




Kita minum dulu!
Selesai umrah. Alhamdulillah. Semoga ada lagi rezeki kami untuk datang ke rumahMu ini. Aaminnn... Untuk kawan-kawan, yokk datang sini!


-Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, November 6, 2012

Masa untuk menyanyi lalala...

Yeay... Pasport Encik Mosen sudah siap. Terima kasih kepada semua yang membantu. Kalau tidak kerana pertolongan anda, maka saya cuma mampu melambai tangan di tepi pagar airport sahaja 19 nov ini. Hehe..


Makanya apabila mahu pulang ke kampung, misi mencari barang atau buah tangan akan bermula. Belum bermula pun lagi. Minggu ini Encik Mosen kerja petang. Huhu camno nak keluar rumah. Dan time2 begini jugaklah dia kene kerja straight sampai la panjat tangga kapal terbang nanti. Kalau aku boleh keluar rumah sesuka hati, hari-hari ai shopping sendiri yu! Tiba-tiba je penuh sendat beg dengan barang. Haha..


Untuk kawan-kawan. Kali ini jadual balik aku agak padat. Ehhh bukan aku, Encik Mosen punya jadual. Rindu gila babas dengan tanahair terchenta. Dah merantau jauh ini baru aku tahu best rupanya Pasir Gudang tu walaupun berpuluh tahun kene hidu asap kilang. Ingatkan datang jauh2 ni, berubah angin la kan. Hmmm... Sama je. Ada jugak kilang kat sini yang corong asap (apa ke namanya tu..) serupa sejibik dengan Titan. Haha.. memang asap kilang tu tak boleh berpisah dengan aku.


Jadi kalau tidak berkesempatan untuk berjumpa, aku mohon maaf awal-awal ni ye. Bukan sombong atau kekwat.. e'eh... Haha. Tetapi masa itu sangat terhad. Hidup berfamily dengan bujang itu berbeza. Kalau nak puaskan hati orang, abih sendiri punya kegembiraan sapa nak tolong puaskan? Kita mencuba,kalau tak dapat tahun ini, insya Allah tahun hadapan kita jumpa lagi. Wahhh ayat, macam ucapan perpisahan guru besar je kekdahnya.
Doakan perjalanan kami selamat sampai untuk bertemu family tersayang. Aaminn... Ok. Babe, aku dah boleh pasang lagu balik kampung dah ni! Ekekeke...




Makan kfc masa amik pasport Encik Mosen kat Jeddah. Selepas empat tahun di sini, tekak sah sangat terror makan ayam cicah sos tomato (ayat tak boleh blah)Huhu..




Barisan kedai makan kat Arabia Mall. Time ni lepas waktu zohor. Dan memang lengang. Arab ni waktu aktif diorang dari lepas asar sampai subuh. Jadi kebanyakan kedai tutup dari zohor sampai asar. Baru verangan nak makan mee goreng sama abc kat Chapter........ tutup pulak! Kome pun nak jadik arab jugak ke??




Muka orang kene habiskan burger kfc dengan rasa muak. Hihi.. kuat betul rasa susu kat ayam ni. Terkebil-kebil kami nak ngabihkan. Kalau ada sos cili pedas boleh jugak cover rasa muak tu.nak letak harapan pada sos tomato itu, takat warna je merah. Memang tekak melayu itu takkan hilang di dunia lah!
Steady lah suamiku. Balik malaysia nanti kita makan puas-puas ye. Ooo alamak.... list makanan belum buat lagi!! Chow..



-Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, November 3, 2012

Dalam kotak merah

Dah nak balik baru teringat mau kasik keluar ini gambar. Amacam, ada sesi karok lagi ke nanti? Ekeke...




Bersungguh-sungguh tiga sahabat ini berdendang.




- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 17, 2012

Passport, makan dan Jeddah

Semalam kami ke Jeddah. Lebih tepat pergi Konsulat Malaysia. Untuk renew pasport encik mosen. Haha cerita pasal passport ni macam2 hal. Kelakar seram tahap nak menangis sendu pun ada.huhu..




Moral of the story, tolong rajin-rajin jengah passport anda selalu. Kalau passport anda dipegang oleh company tempat bekerja, silalah tulis note atau contenglah kat dinding tepi katil ke,dalam toilet ke atau kat dalam purse sekalipun to make sure that you won't face the same problem like us.

Muka dengan confident kata boleh balik Malaya walo passport dah nak expired. Maknanya hari ni kita terbang balik, lusa passport mati. Itu memang boleh. Kerajaan kita memang boleh terima bila-bila kita nak balik, tapi kalau balik terus bolehlah nak berlenggang kangkung sambil lambai tangan ala2 ratu kat tangga kapal terbang tu. Masalah cuma timbul bila kita nak masuk semula saudi. Camne company nak release re-entry visa? Huhu..kira macam tu lah soalan dia.


Jadi bila masalah ini timbul tak ke jadik kelam kabut dunia? Ooo masalah juga disebabkan konsulat kehabisan passport. Sila baca sekali lagi, kehabisan passport!!? Sebelum ni boleh renew kat konsulat je, tunggu 3 hari waktu bekerja, dah dapat dah passport tu dengan jayanya. Kali ni sangat lama kami-kami menunggu untuk renew passport. Berbulan-bulan jugak sampai baby yang lahir kat sini pun belum ada passport. Bila takde passport macam mana nak buat iqama (ic arab)?


Panjang aku membebel kali ni, bacalah kalau rajin. Kalau malas,sambung je esok2. Haha..


Alhamdulillah, kalau kita berusaha insya Allah ada jalannya. Dah macam lagu maher zain pulak. Ada seorang hamba Allah yang nak balik Malaya dalam masa terdekat ni, semata mau buat passport anaknya. Alhamdulillah jugak kerana boleh tumpang renew passport dengan dia. Dengan syarat kene buat surat permohonan serah kuasa dan photostat la segala dokumen berkaitan. Jadi buat masa ini satu kaki sudah boleh balik. Tunggu passport sampai kemudian kena apply re-entry visa pulak. Semoga dipermudahkan semua ini. Aaminn..


Hampir empat jam menunggu kat konsulat, sempat encik mosen beli roti dengan air sebab lapar dan haus weh! Keluar rumah lepas subuh, perjalanan ambil masa 3 jam lebih. Lepas siap semua apa lagi.. makan time!





Kali ni makan kat tempat biasa. Asia restaurant. Mula-mula plan nak pergi Chapter lagi. Tapi fikir punya fikir, takkan nak order sepinggan mee goreng dengan semangkuk ABC je. Nanti tak habis lagi, rugi woo. Nak order 2,3 menu siapa nak ngabiskan. Jadi kami pergi makan kat sini je la. Gambar kat atas adalah menu lunch kami semalam. Yummy! Tempat ini tak pernah mengecewakan. Hihi..




Jemput tengok gambar, nak ajak makan dah abih dah. Hihi..




Burrrpppp... Alhamdulillah.

Lepas makan terus balik Yanbu. Sebab masing-masing dah kenyang dan tak cukup tidur. Now kita tunggu apa cerita seterusnya. Semoga dapatlah kami pulang ke Malaya bulan depan. Aamiinnn...


p/s: kita simpan dulu lagu balik kampung. Haha..


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, October 5, 2012

Chapter, Jeddah

HallllllooOooooooO semua. Last mencatat puasa ke 13, ini dah masuk bulan haji baru nak menaip lagi. Memang dasar kamoo! Haha..


Last week kami pergi ke Jeddah. Tujuan semata - mata mahu mencuba restoran makanan Malaysia. Dah bukak dari tahun lepas, cuma baru kali ini dapat pergi. Lagi sebulan lebih mahu pulang ke Malaysia baru berebut nak datang. Ini dinamakan warm up. Bagi perut kenal lagi makanan Malaysia. Tak lupa asal usul katanya..





Ini menu aku. Mee goreng ni antara makanan feberet aku. Jadi bila duduk arab adalah sangat mengidam mahu makan. Memang boleh buat mee kuning sendiri, tapi mee kuning DIY tu tak bape sedap kalu digoreng. Cehh.. sebenar nak kata aku tak pandai goreng mee,tapi ayat kena cover la kan. Haha.. Boleh la rasa dia. Tapi gila banyak! Sepinggan begini harganya sr45 (sila convert sendiri kepada rm) Orang tamak memang akan order sepinggan sorang. Bajet macam perut ada tujuh. Tapi bukan dia guna mee kuning macam kat Malaysia tu pun. Tapi takpelah janji ada bau2 macam mee goreng Malaysia,ku hadap jua hidangan ini dengan Bismillah. Oo hubby order kuew tiaw basah. Memang basah la mee tu, jadik rasa dia ada lari sikit. Gambar takde sebab tuan tanah dah lapar. Haha...





Ini saya suka.. saya suka! Sedap macam kat Malaysia punya. Harga semangkuk sr25 kalau tak silap. Pun rasa tamak bersemadi di jiwa, maka semangkuk ini juga tidak dapat dihabiskan. Rugi pulak rasa. Ini macam kalau terrrdatang lagi aku ingat order ABC sudah. Pastu makanan kita ngecek2 orang sebelah. Haha..





Ini gambar aku baru nak menyuap makanan. Masa ni hubby punya kuew tiaw belum sampai, itu pasal dia boleh klik2 gambar. Percayalah gila besar pinggan itu.. Segan ai nak makan. Macam pelahap beno bentuknya. Dan sudu garfu dia berat woo, berhati2 semasa mengopek udang. Itu kalu jatuh sudu ke lantai, dia punya berdenting.. boleh dengar satu mall tu.

Ok dah habis bercerita. Bila tengok gambar sendiri... Oh My Gucci.. Muka ai dah tembam!!!!!


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, September 25, 2012

Alhamdulillah 8 tahun sudah..






The moment I wake up
Before I put on my makeup
I say a little pray for you
While combing my hair now,
And wondering what dress to wear now,
I say a little prayer for you.


I run for the bus, dear,
While riding I think of us, dear,
I say a little prayer for you.
At work I just take time
And all through my coffee break-time,
I say a little prayer for you.


Forever, and ever, you'll stay in my heart
and I will love you
Forever, and ever we never will part
Oh, how I'll love you
Together, forever, that's how it must be
To live without you
Would only mean heartbreak for me.


I say a little prayer for you
I say a little prayer for you


My darling believe me, ( believe me)
For me there is no one but you!
Please love me too (answer his pray)
And I'm in love with you (answer his pray)
Answer my prayer now babe (answer his pray)


Forever, and ever, you'll stay in my heart
and I will love you
Forever, and ever we never will part
Oh, how I'll love you
Together, forever, that's how it must be
To live without you
Would only mean heartbreak for me.





HAPPY 8th ANNIVERSARY HUBBY...


- Posted using BlogPress from my iPad