Assalamualaikum...
Hari ni Rayyan dah genap 6 bulan 2 minggu.. Alhamdulillah.. Dalam tempoh 6 bulan ni, yana dah introduce Rayyan dengan solid food step by step.. 1st day yana buatkan Rayyan puree buah pear campur dengan susu ibu.. Tapi Rayyan tak sesuai dengan pear, esoknya Rayyan batuk2.. Yana pun stop puree pear..
Lepas tu yana buatkan Rayyan puree plum campur susu ibu. Rayyan reject pula. Maybe plum agak masam untuk Rayyan. Hihi.. Then bagi puree apple.. Wahh, Rayyan suka sangat apple dan alhamdulillah takde alergik. Dengan konsep 4 day rules, Rayyan ok dengan apple..
Lepas tu mama ni nak try introduce veggie pula kat Rayyan.. Mula dengan puree carrot campur susu ibu. Rayyan love carrot!! Lambat suap Rayyan dah bising2.. Hihi.. Anak mama belajar makan sayur dari kecik ye.. Tapi carrot ni tak elok bagi banyak2 sangat. So, yana stop masa 3rd day dan cuba puree potato pula campur susu ibu.. Potato ni takde khasiat sangat, lebih kepada karbo.. Bila tengok hari ketiga takde alergik dengan potato, yana pun stop dan mula nak introduce bubur untuk Rayyan bila paed pun dah bagi green light.. Lepas ni nak try puree brokoli pula untuk si tecik mama ni.. Rayyan kena belajar makan sayur tau..
Genap umur Rayyan 6 bulan 2 minggu, mama pun masakkan bubur untuk Rayyan atas kebenaran doktor.. Tapi bubur yang sangat2 smooth.. Jom tengok cara penyediaan bubur untuk baby 6 bulan.. Thx group Hsffyb Yang banyak memberi tunjuk ajar cara penyediaan homemade solid food.. Korang dah join group tu?
Better korang prepare awal. Yana prepare semua ni malam sebelum masak keesokkan harinya..1. Beras di basuh dulu.. Untuk Rayyan, yana gunakan brown rice.
2. Dah basuh, rendam beras selama 2 jam..
3. Keringkan beras tadi.
4. Sangaikan beras (goreng beras tanpa minyak) sampai agak kekuningan. Jangan sampai hangit pula ye. Sian baby nanti makan bubur hangit.. Tak sedap.. Hehe..
5. Biarkan beras tadi sejuk kejap dan blend kan sampai hancur.. Sampai beras tu jadi halus2..
(boleh simpan beras tu dalam tupperware, tahan lama tau. Bila nak masak,amik je)
Cara nak masak:
1. Didihkan air, kalau boleh air banyak sikit.
2. Masukkan lebih kurang dua sudu besar beras tadi dan masak la sampai jadi bubur..
3. Bila dah hampir kering, yana masukkan puree carrot yang dah siap tersedia. Yana pilih carrot sebab ia banyak nutrisi. Kalau potato dah karbo, nasi pun karbo. Berkarbo2 pula nanti.. Hihi.. Ayam, daging, seafood masa 8 bulan baru boleh bagi ye. ----> sila jangan tambah sebarang gula & garam ye.. Baby below 2yr tak digalakkan gula & garam. Tak bagus untuk kidney..4. Biar bubur sejuk seketika dan blend kan bubur tadi supaya teksturnya lebih halus.
5. Tapis pula bubur tadi sebelum dihidang.
6. Baby tak boleh makan gula garam lagi.. Nak bagi bubur sedap berperisa tambahla susu ibu.. Susu ibu ni manis ye. Mana tahu, dah pernah rasa ke? Hahaha.. Lagi berkhasiat bila ditambah susu ibu.
Yummmyyy..
Kali ni papa pula tolong suapkan Rayyan.. Sedap tak sayang? Hihi.. Semoga Rayyan terus membesar dengan sihat dan cerdik. Ameen..- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Rayyan dah masuk 6 bulan pada 14 December baru2 ni. Secara rasminya juga yana berjaya untuk misi pertama dalam penyusuan selama 6 bulan untuk Rayyan. Alhamdulillah.. Terharu sangat.. Bila mengenangkan banyak sangat halangan untuk yana bf Rayyan dan yana syukur sangat dapat juga terus bf Rayyan hingga sekarang..
Memang niat yana sejak Rayyan lahir untuk bf Rayyan hanya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan. Dan boleh mulakan solid food selepas 6 bulan dan teruskan penyusuan sehingga Rayyan 2 tahun.. Semoga misi seterusnya iaitu bf Rayyan sampai 2 tahun pula berjaya. Ya Allah permudahkanlah..
Yana sangat berterima kasih pada sahabat yana iaitu Izma dan juga cousin yana Wiyah yang banyak bagi support pasal bf ni. Kalau tak, mungkin dalam pantang lagi yana dah give up dan bagi Rayyan susu tin. Alhamdulillah dengan support korang yana teruskan bf Rayyan walau macam2 halangan.. Tq korang.. doakan yana dapat contohi semangat korang yang masih bf baby masing2 hingga sekarang..
Sepanjang penyusuan selama 6 bulan. Sehabis mungkin yana cuba untuk eksklusif bf Rayyan.. Yana hanya bf Rayyan tanpa campur dengan susu fm dan air masak hingga 6 bulan.. Sekarang baru sikit2 yana kenalkan Rayyan dengan air masak dan masih susu ibu..
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU (SI) SECARA EKSKLUSIF
Mengapa Penting Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif & Mengapa Jangan Campur Susu Ibu Dengan Air Masak/Kosong/Susu Formula(FM)?
* Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan Susu Ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain (termasuk air masak).
* Bahan pelindung penyakit yang terkandung dalam Susu Ibu bertindak dengan menyalut usus bayi. Air masak/kosong/FM akan menghakis saluran tersebut. Bayi tidak akan mendapat perlindungan.
* Bayi juga terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan FM
* Bagi akan kurang kerap menyusu & menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan-bahan pelindung penyakit dari Susu Ibu.
[kredit: SyuhadaWahi]
Rayyan 6 months hasil susu ibu.. Mama papa love u sangat2 cyg..




Apa perkembangan terbaru Rayyan bila masuk 6 bulan ni..
* Perkembangan paling ketara adalah Rayyan dah boleh menyulur, betul ke ayat tu.. Bila dah meniarap tu laju je dia menyulur ke sana sini.. Naik walker pun dah pandai jalan gerak ke depan sikit2..
* Dah pandai marah bila orang amik apa yang dia dah pegang.. Hehe.. Suka sangat main remote tv. Bila mama amik remote tu, mula lah nangis sekuat hati.. Huhu
* Rayyan dah semakin pandai tengok tv. Bila nak start nangis, mama on je BabyTV senyap la dia. Siap leka lagi tengok sampai mama panggil pun kadang tak dengar. Siap angkat2 tangan lagi bila happy tengok gambar2 kat BabyTV tu.. Tapi semua tu ada tempoh masa, bila dah boring tu nangis juga. Hehe..
* Rayyan dah pandai nak bersosial dengan kawan2.. Hehehe.. Bila balik kampung jumpa rakan sebaya keje berebut mainan. Siap kedekut lagi. hehe.. Bila orang nak amik mainan, bantal dan handbeg mama pun Rayyan dah marah siap pegi berebut2 lagi. Hehe..
* Sangat susah nak siapkan Rayyan dari pakai pampers sampai ke pakai baju. Stress mama papa bab ni. Huhu.. Bila nak pakaikan je Rayyan keje nak meniarap..
* Rayyan takut kucing.. Nampak kucing Rayyan terus nangis.. Hehe..

Bagi balik.. Tu saya punya.. Hehe..Masuk 6 bulan, tibalah masanya untuk 1st solid food Rayyan.. Last minit baru cari barang2 untuk solid food Rayyan.. Sibuk sangat ikut papa outstation, balik kampung..


Review sikit pasal blander Avent ni.. Memang bestttt dan sangat membantu sebab blender ni 2 in 1 boleh steam dan blend.. Potong2 buah masukkan dalam blender ni, masukkan air mengikut sukatan untuk buah dan pusing button steam. Dia akan steam sampai la keluar bunyi tanda dah habis steam. Terbalikkan bekas tu dan pusing button blend pula.. SIAP!! Senang sangat nak buat puree guna blender Avent ni..
Dapat buku resepi untuk buat homemade puree..

Yana start Rayyan solid food dengan puree buah pear.. Tapi maybe Rayyan tak sesuai buah ni sebab Rayyan batuk. Yana dah stop dulu bagi solid food sampai batuk Rayyan baik. Lepas ni boleh try puree apple.. Bubur nasi bila dah 7 months baru boleh bagi..


Dah blend pun yana tapis lagi supaya tekstur lebih halus.. Awal2 ni Rayyan tak makan banyak sangat.. Lebihan tu simpan dalam fridge.. Buat frozen puree macam Ebm tu..

Reaksi Rayyan bila 1st time dapat makan.. Hehe.. Makan dalam walker dulu ye syg, bamboo seat papa tak beli lagi..


Lepas tu nakkk lagi.. Hehe..
Ibu2 yang nak start solid food untuk baby.. Bila dah masuk 6 months ye.. Boleh rujuk chart 4 days rules ni..


Chart ni yana amik dari Group Homemade Solid Food for Your Baby (HSFFYB).. Boleh join group ni di Fb.. Banyak yang boleh dipelajari berkaitan homemade solid food baby ni..
Doa mama hari2.. Rayyan membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan cerdik.. Ameen.. Moga berkat susu ibu yang Rayyan minum setiap hari dari kecil sampai sekarang Rayyan dapat membesar menjadi insan yang terpuji insyaAllah..
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
[Al-Baqarah: 233]
- Posted using BlogPress from my iPad