[go: up one dir, main page]

Thursday, 25 December 2025

Sakit

Sakitnya aku ya Allah
Peritnya menikam jiwa
Sampai bila aku harus bertahan…

Bantu aku ya Allah
Berikan yang terbaik untukku, agamaku dan masa depan penghidupanku kelak. 
Hanya Kau Maha Mengetahui segala-galanya.

-aku dan sesuatu-

Tuesday, 23 December 2025

Lepaskan…

Akhirnya, sampai jua ke saat ini
Sesuatu yang sangat menyakitkan
Sesuatu yang pasti melukakan
Sesuatu yang aku akan ingat sampai bila-bila.

Aku lepaskan segala-galanya
Aku lepaskan kau untuk pergi selama-lamanya
Lepas bebas bak burung di angkasa
Pergilah…

Terlerai sudah
Kulepaskan genggaman tanganmu….

-aku dan sesuatu-

Sunday, 16 November 2025

Hadap je…

Penat nak hadap semua ni
Naik turun macam rollercoaster
Kejap baik kejap haru biru
Entah apa lagi yang tak kena
Layankan je le selagi termampu…

Cuma, tak suka bila dipandang serong
Sebab aku bukan sedemikian
Tapi, positif je le 
Selagimana Allah ada dengan aku, orait je…

Biar apapun yang mendatang
Aku akan hadap, layan je…
Be positif & strong Hani!

Thursday, 9 October 2025

Move on lg!

Setelah beberapa bulan berlalu, ya, aku dah move on. Ok je keje tempat baru ni, enjoy je dgn team ni walaupun ada jg yg annoying😆 Tp, standard le mana² pergipun ada je camtukan. 

Hopefully, Allah permudahkan semua urusan aku di sini dan terus cemerlang. Aamiin.

**update: slps post td baru perasan tajuk posting sblm ni pun move on hahaha. So aku update pinda sket le tajuk ni… hahaha.

Saturday, 9 August 2025

Move on…

It’s a time to realise who u’re Hani. 
Move on for ur a good sake.

Don’t waste ur time for nothing!

Tuesday, 8 July 2025

Noda hitam

Semasa sekolah rendah aku hadir kursus. Fasi berikan kertas putih dan minta buat dot hitam 1 je kat kertas. Then, fasi tanya...

Fasi: awak nampak apa?

Aku: sy nampak titik hitam.

Fasi: betul tu je?

Aku: ya

Fasi: macam tu le hidup kita. Kita buat salah, org nampak macam titik hitam tu. Walaupun, banyak mana kebaikan kita buat, macam kertas putih tu, orang dah tak nampak.


Kesilapan yang pernah berlaku dalam hidup kita merupakan noda hitam yang tak mungkin bisa kita padam. Tapi, kita bisa kawal agar tidak semakin melarat.


Dan...

Apa sahaja pandangan dan tanggapan orang kat kita, kita takkan mampu kawal.

Biarkan..

Kita hanya mampu kawal diri kita sahaja. Istiqamah!


- aku & sesuatu - 

Thursday, 3 July 2025

Masih bertatih…

Jun telah berlalu
Julai telah hadirkan diri
Aku mulai membiasakan diri dengan suasana baru
Dunia yang sepi
Ya, tiada riuh rendah seperti di tempat lama
Sini dengan ketenangan
Tapi sedikit membosankan
Ada masa seharian aku langsung tidak berbicara
Tiada sesiapa di sini.
Entahlah…

Tugasan?
Masih bertatih untuk belajar 
Tapi sedikit sebanyak sedang cuba untuk melangkah dengan lebih pantas
Mana tahu jika suatu hari nanti mampu berlari

Setiap hari kutitipkan doa
Agar dipermudahkan semua urusan 
Doakan aku ya!

Thursday, 22 May 2025

Langit dan bumi

Penempatan baharu di Seksyen Rundingan Antarabangsa Perolehan Kerajaan, Bahagian Perolehan Kerajaan. Macam langit dgn bumi…

Dulu aku jaga orang kampung, kontraktor Bumiputera, penjaja dan peniaga kecil… skrg pergi level antarabangsa… phewwww tak tahu nak cakap apa. Cuma, aku akan ambil sebagai cabaran dan belajar sesuatu yang baharu. Aku yakin ini yang terbaik untuk aku yang Allah berikan.

Hani, cuba usahakan dalam masa 3 bulan untuk master dengan bidang tugas baharu ni. Chaiyok!

Saturday, 26 April 2025

Penempatan baharu…

Outstation ke INTURA.
Terjaga jam 1pg++…
Buka email.
Eh, ada email & surat penempatan baharu.
JPA email jam 11.52 malam.
Dapat M13 hakiki di MOF.
Mixed feeling sungguh.
Tido balik.
Jam 6.17 email drpd MOF suruh lapor diri sekian date dan tempat + kena isi form + email cv.

Smlm ada majlis raya pula. 
SUB, TKSU minta aku stay.
Aku serahkan kpd mereka.
Nak aku stay, usahakan le.
If tak, cukup masa aku akan gerak ke MOF.

Ya Allah.
Aku mohon kepada MU,
Berikan aku yg terbaik untukku, masa depanku, agamaku dan penghidupanku kelak.
Aku tak tahu mana yang terbaik untukku.
Jika itu yang terbaik, Kau permudahkan aku di sana. 
Jika itu bukan yang terbaik, Kau jauhkanlah ya Allah.
Aku serahkan segala²nya kepadaMu.

Aamiin…

Friday, 4 April 2025

Kecewa!

Raya ke-2… 1 April 2025…
Entah kenapa, instict semakin kuat.
Paksa diri usahakan sesuatu.
Ya, kebenaran terbongkar jua.
Sakit…
Tapi…
Marah? Tidak.
Sedih? Tidak.
Blank…

Raya ke-3 berlagak tenang mcm takde apa terjadi.
Ptg tu baru confront. Entahlah.
Dah takdir sebegini.

Raya ke-4, cuba open dalam handle situasi ni.
Bg peluang utk dia lepas bebas ikut naluri hatinya.

Raya ke-5, aku termanggu sendirian.
Tipu kalau tak sedih, 17 thn yg sia².
Menangis sendirian.
Sedih sebenarnya.
Aku kecewa!

- aku dan sesuatu -