[go: up one dir, main page]

Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Tuesday, November 13, 2012

Ilmu itu lebih baik drpd harta


Suatu godaan yang sangat sukar dihalang...
Suatu godaan yang boleh  membutakan mata hati manusia...
Suatu godaan yang bisa membinasakan akal waras manusia...
Suatu godaan yang mampu memiliki manusia dari yang miskin kepada yang berharta, dari yang berharta kepada yang kaya-raya...

Semakin memilikinya, semakin tidak mencukupi...
Semakin memilikinya, semakin tinggilah kemahuannya...

Ramai yang hidup di dunia...berhambakan HARTA...
ya...HARTA...

Namun, memiliki HARTA adalah sangat BAIK jika kita BIJAK.

Bagaimana? menerusi ILMU...
ya...ILMU... InsyaAllah...

Wednesday, December 7, 2011

Damai yg Hilang

Kembara sebuah kehidupan dunia adalah sangat singkat jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Damai sebuah kehidupan adalah bermula dari hati. Ya, apakah yang dimaksudkan dari hati?... Hmm, hati yang bersih membuat jiwa seseorang itu tenang. Kawal lah hati dan jiwa daripada sebarang unsur yang boleh membawa kepada hilangnya kedamaian.

Ya...hati...hati...hati... memang sukar dikawal... Semakin kita menafikan, semakin kita gelisah... Ya...

Damai yg dicari?
Amal dan ibadah yang secukupnya, dari hati yang damai...

Di akhirat kelak, insyaAllah...Wallahualam...

Friday, November 19, 2010

Love Me When I Say I Love You



Hemm...dengar lain macam jak... Love me when i say i love u?

Adakah itu terlalu mudah? Tepuk dada tanya iman... (^__^)

Thursday, November 11, 2010

Special edition: Dialek Melayu Sarawak


Ari Tok Culas Gik...

Pa kenak ngan kemek ari tok...kenak la culas jak kereja tok. Mok study susah. Asik2 tido jak. Mun cam ya, cam ney mek mok jwb exam kelak. Hemm...sedar x sedar, xm da tgl 4 paper gik. Tapi, kamek tok ney la rajin. Arap2 dpt la juak jwb kelak.

Ari tok mek tepaksa pulak g nemu Dr.******** sbb mok minta nota sidak ya. Dudi, kamek mok meli makan la skali. Alang2 skali jln. Kamek culas la jln2 cam tok, mun p shopping ka, ok gik. Hemm...

Pa la kamek tok, sik tauk mok polah pa tek. Mok study culas, mok main culas juak. Kamek pun bosan. Kamek nunggu jak sidak ngabas mek sitok, itok ba kamek. Hahaha...sikda lah.

Pa gik mek mok tulis ni tek...fikir dolok la...

Monday, May 31, 2010

Warkah pendek buatmu teman...

Assalamualaikum wbt...

Buatmu teman yang di sayangi...
Bersabarlah sayang...
Warkah ini ku kirimkan kepadamu sebagai pengganti diriku yang tidak berkesempatan berada di sisimu ketika dan saat ini...
Maafkan diriku kerana tidak mampu membantu apa-apa selain kata-kata nasihat serta semangat yang mampu ku berikan.
Jauh di sini, saya sentiasa mendoakan kebahagiaan, kesihatan serta keceriaan dirimu.
Melalui warkah pendek ini sahajalah diharap dapat menghadiahkan kamu sebuah ramuan yang mujarab bagi memulihkan keadaanmu dan harapanku agar ia dapat membantu.

Banyakkan bersabar teman... Ingatlah ubat yang paling mujarab itu akan datang daripada Dia, jadi mohonlah pertolongannya... :)
Kamu kehilangan dia tapi owez remember yang kami sentiasa menjadi temanmu...
benarlah kata orang, CINTA TIDAK SEMESTINYA AKAN KEKAL, tetapi KAWAN AKAN KEKAL SELAMANYA... Love u always my friend...



Yang Jauh,
Temanmu...

Friday, November 13, 2009

Titik-titik kehidupan

Lahirnya seorang insan ke dunia yg penuh dugaan hidup.. bunyi tangisan.. membuka corong-corong telinga berdekatan... disambut dengan laungan azan, dibelai serta dikucup penuh syahdu..

Oh insan..
Seawal dikau hadir ke alam dunia, wajahmu suci, bersih dari segala noda dunia..
Namun ianya tidak berkekalan, hari-hari mendatang, bulan bersilih ganti, tahun bertukar angkanya..

Dikau kini membesar wahai insan, usiamu meningkat seiring dengan waktu... Dikau kini sudah dapat melihat dunia.. dari kanak-kanak, remaja dan seterusnya meningkat usia dewasa..

Andai dikau tahu wahai insan,
janganlah dikau sia-siakan kehidupanmu.. jangan kau lepaskan dunia kanak-kanak mu tanpa sempat tercalit sedikit pun kemanisan untuk usia depanmu..jangan dikau biarkan dirimu menyesali usia mudamu kelak. Ujian2 yang bertandang ke atas kamu, maka hendaklah kamu menyelesaikan sebaik mungkin disamping memohon pertolongan kepadaNya.

Wahai insan...
Juahilah dirimu dari perkataan "kalaulah" kerana ia bermaksud kita menyesali sesuatu perkara akibat tidak mempunyai kesungguhan. Maka wahai insan, berusahalah kamu supaya kamu tidak akan sesekali pun menyebut perkataan 'kalau' akibat dari penyesalan.

Setiap kanak-kanak bercita-cita untuk mencapai dewasa secepat yg mungkin.. jgn dikau tidak tahu wahai kanak-kanak kecil.. ramai orang dewasa bercita-cita besar ingin memutarkan masa mereka untuk kembali ke zaman kanak-kanak... Hargailah waktu zaman kecilmu...

Belajarlah menghargai waktu..menghargai dunia..menghargai agama..menghargai keluarga..
menghargai sahabat..menghargai saudara..menghargai nyawa...

Kerana insan...
Jangan dikau lupa pada suatu saat penghujung bagi setiap insan iaitu....KEMATIAN...

Ketika itulah mereka menyesal dan memohon kepada Allah SWT agar mereka diberikan kesempatan untuk dihidupkan kembali dan memperbaiki diri. Mereka berkata; “Lau anna karratan faa kunna minal muhsinin. = Sekiranya aku mempunyai kesempatan lagi, tentulah aku masuk golongan yang berbuat baik.
Tetapi, Allah SWT dengan tegas mengatakan; “Bala, qad ja’aatka aayaatiy fakazzabta biha wastakbar ta wa kunta minal kaafirin = Tidak, sungguh telah datang ayat-ayat-Ku kepadamu, kamu mendustakannya, kamu menyombongkan diri, dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.
Dalam ayat lain dijelaskan, setelah adzab di depan mata barulah mereka menyesal dan berkata; “Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan.” (QS. Yaasin: 22)