Assalamualaikum,
Hohoiiiiii!!!
Setahun aku duduk
dalam gua. Menjadi anti-sosial. Dan hanya mengadap keletah anak aku.
Stress.
Seriously, pergi
kerja pun tak penat dan stress menjadi suri rumah.
Apa yang aku buat di
rumah? Aku mula berhenti menonton drama terutamanya drama melayu. Macam pelik
je kan. Duduk rumah, tapi aku tak tau apa apa pasal drama petang petang. Kalau aku bukak tv pun, aku hanya menonton rancang
ilmiah seperti Cinta Ilmu, Tanyalah Ustaz, Hadis, J.O.M (Jalan Orang Mukmin),
Kalau Dah Jodoh dan pelbagai lagi yang
lebih kepada rancangan islamik ataupun bual bicara macam rancangan Prof Muhaya.
Aku dah lupa tajuknya.
Rancangan Prof Muhaya
sangat bagus dan aku cuba untuk amalkan.
Teori Prof Muhaya,
semua perkara yang terjadi mungkin kita sukar nak ubah. Tetapi yang boleh
diubah adalah RESPON KITA. Bagaimana sikap kita menghadapi situasi tersebut.
Kalau kita sentiasa berfikiran negative, maka kita akan mendapat hasil yang
negative. Tetapi apabila kita sering positif, bersabar dan sentiasa bersangka
baik pada Allah, kita akan dapat melihat kesemuanya yang baik baik.
Begitu juga dengan
sikap orang lain, suami atau anak kita misalnya. Kita tak boleh sesuka hati nak suruh dia ubah sikap jadi
begini dan begitu. Mungkin dia boleh cuba untuk ubah namun ianya tak kekal dan hanya untuk
sekali dua atau sehari dua. Tetapi bukan untuk selamanya.
Nah, sekali lagi
ianya bergantung kepada respon kita. Bagaimana layanan kita kepada mereka.
Contohnya anak aku.
Apabila anak aku buat
silap, dan aku hanya tahu memarahi mereka, mereka akan cenderung untuk
memberontak. Mengamuk tak tentu hala dan mungkin akan mencederakan diri mereka
hanya untuk mendapatkan perhatian kita.
Aku mula berfikir.
Aku tak nak dia jadi
macam tu. Jadi, aku cuba ubah layanan aku.
Bila rasa nak marah
dengan apa yang dia buat,
aku cuba amalkan
3 langkah
untuk mengawal marah.
1.Ucap ‘Auzubillahiminasyaitonnirajim’
‘Aku berlindung dari
Syaitan yang direjam’
Bila sekali, aku
masih tak cool down. Aku pejam mata dan ungkap ayat itu berkali kali.
2. Kemudian aku Tarik
nafas dan hembus perlahan
3. Beristighfar.
Bila mana aku hadapi
perangai anak aku yang sering meragam. dengan aku dah penat layan kerenah
dia, dengan tak sempat nak makan,
lepastu dia pulak asyik mintak menyusu… aku keletihan.
Bila kita penat, kita
akan rasa nak marah, di tambah pulak dengan kelaparan dan dia tak sudah nak
memekak.
Memang tension.
3 hari pertama, aku
menangis kerana TAK NAK MARAH dengan amalkan 3 langkah tadi.
Alhamdulillah, hari
hari berikutnya. Aku jadi lebih penyabar. Dia meragam ke mengamuk ke aku hanya
perbanyakkan istighfar. Setiap kali aku tak berpuas hati rumah bersepah ke
kotor, aku buat kerja rumah sambil berselawat atau istighfar.
Memang sukar untuk
kita berubah, tetapi percayalah. Sukar itu hanya untuk 3 hari. Dan hari berikutnya,
kita akan jadi lebih baik. Selalulah muhasabah diri.
Ingat, kita tak boleh
nak ubah orang.
Tetapi kita boleh ubah sikap kita, dengan syarat, KITA YANG
NAK!