As salam.
Lama tak menulis.Sibuk dgn urusan2 rumahtangga, diri dan pekerjaan. Baru ade semangat dan kekuatan utk menulis. Majlis kawin adik dah selesai.Alhamdulillah.Raya pon biasa2 saje banyak benda tercicir tahun ni lepas kes huru hara di ofis.Maka officially bibu dah bertukar tempat kerja baru.Tak sampai 5 hari cuti sudah mula bekerja di tempat baru.Beriye la kan..nak cuti sebulanlah, tenangkan fikiranlah.Hakikatnya baru 4 hari kat rumah dah rasa terperuk otak hehehe
Rasanya eloklah blog ni bertukar kepada Travel log saje. Nak update kejadian seharian macam dah tak sesuai. Setiap minit dan jam banyak benda berlaku dan kadang2 kita terlepas pandang sesetangah perkara dalam hidup. Realiti hidup kadang2 tak sama seperti yang dipaparkan.Sungguh. Berbeza. Bila realiti jadi tontonan kadang kala rimas juga. Things never get easy and easy thing never come alive.(tah ape aku merepek tapi to simplify,bila kita sibuk mengejar kebendaan, adakalanya kite terlupa apa yang dibawa) paham ke?tak paham sudah. Aku pon tak bape paham hahahaha
Ok. Just nak share my experience beberapa bulan lepas bila bibu dapat jemputan ke Istanbul,Turki atas urusan sesuatu dari pihak client. Memang short trip tapi bibu rasa worth experience ever. Yelah selama ni belum pernah jejak negara jauh2 apatah lagi perjalanan berbelas-belas jam dalam kapal. Sangat2 teruja tapi kesan dia huuuu sampai hari ni kaki kanan bibu keras kematu (saraf rasanya). Jenuh dah berurut. Mungkin sebab 2 bulan bercuti exercise hehehe

Bibu pegi Khamis, Sabtu dah balik. Sekejap betul. Hotel dan tiket semua dah diuruskan. Itupon short notice takde angin takde ribut tetibe kene pergi.Client booked hotel Sheraton Atakoy. Hotel ni menghadap laut Marmara dan ada port bernama Atakoy Marina. SubhanaAllah cantik sgt2 tempat ni. Bibu sampai dalam kol 10 malam. Tido pon 4 jam. Bilik besar tapi sukar nak lelap.Bantal peluk semua tertinggal hehehe. Esok paginya bibu dah bangun jam 5. Pukul 7 dah merayap kat bawah hotel jalan tepi taman de. Angin wah sangat2 nyaman. Sejuk. Masa ni musim panas tapi angin dia kuat.

Selepas sarapan, meeting hingga 12. Kemudian kami dibawa ke sebuah Restoren - Celik. Bibu cube seme jenis makanan. Cume grilled je yang masuk tekak. Lassi de pekat dan sedap. Bibu tak kisah sgt sebab biasa juga makan2 mid eastern ni. Cume yang bungkus2 daun tu agak pelik . Oh ya kalo pergi Turki, wajib cuba Turkish Ice cream ye. Lebih kurang Tutti Fruit yogurt based ice cream. Kat bukit Bintang pon ada. Mahal juga TL (Turkish Lira ) 10 kali 1.8 RM18 satu scoop aiskrim huhuhu. Currency mase bibu tukar ni agak mahal. Bibu tukar RM500 dapat TL280.Bapak mahal.

Selepas lunch, ada 2nd meeting tapi bibu tak involve. Bibu just merayap kat shopping mall depan hotel. Masuk grocery mart bibu beli gelas turki (cawan kecik), teh, tupperware gelas dan jajan2. Dalam 5.30 client ajak jalan ke Sultahahmet area. Mase ni bibu ingat dah tak dpt pegi. Try tanye sheraton pakej gile mahai Euro200 per trip.erk!!!!Sebab flight balik kol 1pagi Sabtu. Tak boleh extend sebab Ahd tiket tade kalo tak bole stay 1 hari lagi.
Tapi dengan berbekal keingingan yg tebal tambah pulak Mr M kata..eleh kita naik cab kuning je. JOM!!!!
Masa tu aku punya suka melompat lah. Sporting sgt Mr M ni. De ni bangsa Swiss tapi tahap berkira2 de adala macam pak aji bakhil hehehe.Tak sombong dan sgt2 humble.

Perjalanan ke Sultahahmet mengambil masa kira2 40minit campur trafik. Byzantine wall ni aku tanyela driver taksi tu ape ke bende tapi taulaa...de punya mengarut dkt 10minit dlm bahasa de.Last aku tau2 de sebut Attartuk. Tu je. Heh, baik aku googlelah pakcik. Penat aku tanye hahaha.Masa ni tak dapat ke Grand Bazaar sebab kawasan yang berlainan. Aku paham kebanyakan teksi driver tidak boleh berbahasa Inggeris jadi agak susah komunikasi di situ. Just tunjuk pic dan anda bolehlah nak ke mana2 dgn bantuan pic. (ini sebab men terjah je, kalo amik pakej tade masalah).
Museum ni dah tutup last tiket kol 6. Aku sampai ngam2 pukul 7 huhuh. Tapelah tgk live pon dah bersyukur sgt kan?Masa ni angin sgt2 kencang. Sejuk je. On the way ke masjid area ni byk kedai2 western. Kejap2 rasa cam ko kat Italy pulak eh. Sebab setau aku Turki ni terbahagi kepada 2 . Satu western satu eastern.
Yang ni full pic masjid aku snap dari papan notis. Tak puas ati Mr M buleh snap cantek sebiji cam amik dari atas. Turn aku snap nampak cermin chet!
Masa ni dah masuk kul 8. Gelap dah. Bazar kecik2 ada tapi macam seme tutup je.Akhirnya dapat jugak jejak ke
Hippodrome (sila ketik utk maklumat penuh) .Oh ya yang macam tiang lampu kat depan Hippodrome tu aku lah hahaha. Tah ape2 sape yang snap (padahal aku yang suruh) serupa tayah amik =_=
Ha ni gambo siangnya.(ihsan google)
Dapat jugak jejak Blue Mosque yang besar tu. SubhanaAllah sgt2 cantik dan bersejarah.Dapat juga masuk dalam kawasan masjid. Memang betul2 blue.Lagi satu kawasan masjid ni ramai juga peminta sedekah. Hermm panorama sama di mana2 kalau ada pelancong kan?Tapi time ni aku buat pekak jela sama macam kes kat Bandung hari tu. Yang tak boleh belah tu ada budak laki ni punya la menagih dalam bahasa dia. Dia akan ikut kami sampai mana2.Naik rimas telinga aku dengar .Selagi kite tak bagi duit. Selagi tu dia ikut. Masa ni aku jalan dgn Mr M selamat sket lah. Diapon rela hati sambil jalan sambil layan budak ni bercakap. Tapi yang pasti aku dgr budak pemintak sedekah tu layan bahasa dia. Mr M layan bahasa Swiss de.Last2 budak tu fed up kot de berhenti ikut kami .aku punya gelak tgk .Bijok jugak idea gitu hahahaha
Yang ni Hagyia Sophia Mosque. Bibu tak masuk. Nak kejar tempat lain.
Time ni dah gelap sgt walopon ada lampu tapi opkos ape pon tak boleh nak hayati. Maka bibu pegi ke bazaar kecik2 sepanjang2 kaki lima area masjid tu. Tapi aku mampu tgk jelah mcm mangkuk2 dan lampu2 ni beratus ratus ok harganya. Len kali kalo pegi trip melancong standby la duit kalo nak ye!Aku dapat beli FM, shawl, keychain, cawan kecik souvenir dan beg duit syiling. Abis dlm TL180 semua sekali. Balik mesia ada belen TL40 je ehehehe.Pukul 9pm kami keluar dari situ terus menuju ke Airport.
Oklah tu je. Banyak pic benonya tapi agak sulit hehe.Apa pon semoga satu hari nanti dapat jejak lagi bersama-sama satu keluarga. Amin.