[go: up one dir, main page]

BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

i'm engaged!~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

i'm married!~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 14, 2014

Mom's milk is the best milk!

assalamualaikum semueeeeee

hye uolss.. eh uolsss tu... haha. loghat baru skang. uolsss weollsss gtu.
ecteli bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt menda nak cerita tapiiii............... 
mana da bykkk masa nk update update lani. 

nak elakkan SETAHUN tak update belog kesayangan ni, ku gagahi jua la ni update arini.

memperkenalkannnnnn..... 

Hasyeefa Amnani binti Hasrul Faizul, lahir puteri ni 15.2.14 jam 11.01am berat 3.535kg di Hospital Lam wah Ee. bab2 bersalin ni nnti la kita ceghita len.

arini nak seronok sket. sbb esok. 15.8.2014 mek syeefa ni nk buleh makan dah..
Syukur Alhamdulillah.. 6bulan dah dia esok.. Sepenuhnya susu mummy dia ni. alhamdulillah juga... rezeki anak kedua ni murah n urusan nak mnyusukan anak kali ke 2 ni dipermudahkan.
Mgkn jugak la sbb nya pengalaman anak pertama tu dah ada, kali ni lebih la sket ilmu dia. hehe... maklumla susu badan bukan la jenis yg meriahhhhh cam org len. so, kalau tak atur strategik, takut niat nak nyusu slama yg boleh tu terkandas.

oh how i miss nak cerita pengalaman anak sulung. tp masa tu tak mengizinkan. masa hasif ammar, aku ep (exclusive pumping) mom. so.... sangat la mencabar wpun dalam tempoh satt sebelum peknen kan syeefa. tp still leh nak kongsi ngn smua...

tgk la anak dara ni..

bip comel ni wat khas utk hasyeefa amnani... cara lembut nk habaq anak kita ni tak makan yg macam2. bukan la nak kawai makan ka apa tp kan dia ada the rest of her life nak makan kan so... skang biar kita jaga btui2 usus si kecit ni. 



tgk pic bawah ni plak.. gelagat dia. suka wat muka tauuuu... eee.... geram mmy ngan dia.



just nk kongsi sket... satu tips dia... dalam pantang... sila la wat stok susu banyak2 bukan apa.. kita tatau mcm mana tuaian susu kita utk masa akan datang kan..
alhamdulillah. rasanya dalam pantang kali ni. aku wat stok yg banyakk.. smpai tak cukup nak letak dlm peti ais. n kena tumpang freezer kawan. hehe. nk beli deep freezer mcm tatau la plak syeefa ni nak ada adik ke takk...opsss..hehehe


mcm ni la. shari displin kan la shari dapat satu pek. so. bayang kan kalau cuti 90ari tolak 14 ari kot nak bg sihat betui2. so ada dalam 76 packs kan. haaa... bygkan brapa oz ada utk back up nnti waktu keja waktu susu tak meriah. alhamdulillah... skang syeefa dah 6bulan. stok susu ada lg bulan jun n julai. skang pun SISO. stock in and out. 

syukur...syukur..syukur....


eh eh. si bei tuuuu.....



tgk tangan tecik tu.... eee... tak leh tgk org sebuk2. dia sebuk jugak..





so.. mak2 smuaaa..... jom la kita bg yg terbaik utk anak2... mom's milk is the best milk...

semoga sentiasa murah rezeki hasyeefa amnani. aminn.... 




Monday, September 2, 2013

pencuri!

salam. 

fuh,fuh,fuh. bkn takat bersawang dah penuh satu kapai habuk belog yg satu ketika menjadi kesayangan aku ni. bayang kan la. last update april kottt... wahh.. memang bz toi jadi mummy baru ni. 

ecteli. masa ada lg 30 mnt before rehat. pasni nk p release kan stress. rinduuuu sgt nk update belog. seyes!! sumpah!! belog adalah sgt mengingatkan aku zaman bercinta ngn incik shuami. konon berazam bila dah kawen n ada anak pn nak update selalu. tp kita rancang ja kan...

arini just nak update lagu je. lagu yg wat jiwa aku terawang bila dengaq. sumpah rindu incik shuami, kekasih dunia akhirat tu. biasa la kan bang.. tergigit lidah kita ni. tp ape pun, for u to know. u are owez the best for me! for the kids too.. 

eh, jiwang nye hang amy!

lagu ni ha...

Jgn tgglkan auramu
di sekelilingku
ia membuat aku termimpi
mimpikan kita

jangan biarkan wangianmu
mohon memahami
ia melekat di hidung
yang memenuhi
di setiap sudut mindaku

kan ku curi hatimu
menyamun senyummu
kan ku culik cintamu
macam kularikan lirikmu
kau tak perasan aku sukamu
dari dulu lagi
kau simpan hatiku dari darjah satu

jangan senyum bila didepan ku
fokusku tergendala
kau memaksa aku menutup mata 
tak sempat menutup telinga
bila kau ketawa

kan kukembalinya padamu nanti
bila kita berjanji
sehidup semati


eh eh. dia ada version english tau. thief. so comei jgk..

ohoi.. rindu berganda2. memang wajib turun key el dah mggu ni. abg.. tggu cek na. mish u banyakbanyak.

* aiyerk. budak kaco la nk update belog.babai!

Monday, April 8, 2013

rindu bertamu di pulapol~


salam.

sedang mengantuk yg amat. budak tgh wat task yg d bg. aku nk cari bahan utk siapkan module sem 2. sementara membelek pics. rindu kembali bertamu. baru semalam jmpa kekasih ati. tp arini? rindu membuak2.

smlm mimpi lagi. mimpi yg bila sedaq confirm ayaq mata lajulaju turun. sungguh besaq dugaan dalam idup aku kali ni. patah kaki sebelah bila berjauhan ngn suami. tambah plk berbaldi2 dugaan n ujian aku trasa skng.
last week jumpa masih blm puas bersama. so, mggu ni bila dapat tau blh melawat, ngn apa cara pn aku nk p jg. syukur Alhamdulillah. Allah permudahkn pertemuan sabtu ari tu. Syukur Ya Allah. bertemu kekasih ati, kuat rasa diri ni arini. Alhamdulillah langkah terasa ringan. Bila dikenang kembali, sebenar nya hidup aku tak susah mana, parents aku sentiasa ada utk tlg. doa & redha suami sentiasa ada bersama. tgk wajah si kecik aku mampu utk berdiri stiap ari. tp, satu hakikat yg tak mampu aku nk tipu. aku rindukan kehadiran suami di sisi. rindu gelak tawa dia. rindu segalanya. dah biasa ada dia d sisi. dah biasa ada bahu dia utk menangeh. wpun pnh PJJ before ni, tp tiap2 mggu jmpa. skang, nak contact pn susah. bila stress, aku tak dak teman. suami adalah teman terbaik aku. suami adalah pendengar setia. dia la yg byk ajaq aku erti idup. suami adalah kekuatan ku. bygkan la idup aku bl aku terpaksa berjauhan dari sumber kekuatan aku. mana tmpt nak mngadu? mama kata, sbb aku manja sgt ngn dia. sbb tu la skng jadi mcm ni. tp, tak salah kan bergantung arap kat imam kita. bergantung arap pada kekasih halal tuu.. ;P 
baru ni p shopping barang dapuq. lama aku berdiri kt depan tmpt ubat gigi. pastu mama mai. awat lama sangat, aku pun smbil pandang colgate tanya mama...mama prasan tak colgate kt umah warna apa. *sebak dah masa tu* mmg tahan je ayaq mata dari jatuh. mama tak pasan. jadi aku pn amek ja yg mana satu, blk tgk kt umah, bkn tu yg slalu kami pakai. YA Allah.. sampai tahap tu aku bergantung kat suami aku. smuanya dia yg wat, smpaikan colgate warna apa pun aku tatau. yg aku tau, aku tolak trolley, suami yg amek barang bila shopping. :'( skng, mmg terasa sgt bila smua kena wat sndiri...

kadang, aku kuat. aku bz kan diri tak mo tgk masa yg berjalan pelan. tp ada satu masa, aku akan duduk menageh semahunya. *time anak tdoqq la buley pn* masa tu, aku akan menangeh puas2, tarik napas dalam3 n lepaih. somehow, it helps.:) 
bila solat, teringat suami. tringat jemaah bersama. terngiang2 dia baca Quran kat bilik sebelah. terasa cam dia ada dalam umah tu. cepatla balik sayang... :'( 




tgk la suami ngn si kecik tu. 
dh banyak berubah incik shuami aku tu. 
bkn je luaran tp dalaman.
*dlmn bkn ati tauuuu*
hehehe,
tp mmg aku prasan dia makin matang, mmg bila dia nasihat aku tu rasa sgt menyentuh sanubari.
setiap apa yg dia kata terngiang2 di telinga. kekuatan yg ditiup terpahat kat ati.
:)
terima kasih abg. smoga doa n redha abg akan kuatkan ayg. 

tgk la pulak muka si kecik ni.
eksaited kemain nak p jmpa daddy.
kata ba, nama dak kecik ni hasif ammar ah chong. 
haha. sepet sgt kaaaa mata anakku ni..
tp tu la, terkenan kot. ms mengandung tak berkenan kat seseorang yg mata sepet camtu.
ha, hamekaw!!!!! :D



ok la. sesi luah rasa ati da abeh. hehe. rindu bertamu di kulim la kot pasni, arap2 incik shuami leh balik 36 jam pn jadi laa...hikhik. ^^

in mind..
"smoga rumah tu milik kami. aminn.."

Friday, April 5, 2013

ati mummy yg fragile!

salam.

tak kusangka cempedak menjadi nangka. eh. tak sangka dapat bukak laptop n update belog. belog yg berkurun aku publish. skang, nk cita sket sepantas kilat. sbb pastu nk bersiap utk ke satu tempat yg membahagiakan. *boleh tak jgn skema* dah lupa mcm mana penulisan kurang skema aku sejak jadi mummy ni. uwaaaa~ nangeh lajulaju.

ok. quick update. sbb sgt geram tgk belog yg dah kusam cam muka aku ni ha. huu~ 
ati mummy fragile gila. sumpah aku mengaku aku cengeng. haha. pengakuan berani mati. mesti ana ngn bu wani gelak guling2 ni. uwaaa~ *ammar, tlg jgn bgn lg. mummy cengeng ni nk update belog. sepantas kilat menaip dah ni*



hampa ada anak yg diantaq ke pengasuh??
aku ada!
uwaaa... 

hanya sapa yg pengalaman gtu akan paham napa aku buleh nangeh lajulaju bila aku tgglkan dia ngn pengasuh dia. before ni tak rasa sgt sbb tgglkan dia dkt family sendiri. tp bila kan smpai waktu dia akan dtgglkan ngn org luaq, baru la aku paham erti sebenar RISAU. mcm2 d pikiran, wat keja pn tak tenang. ari 1st, tak sampai sejam, pengasuh ammar dah call. aku tak pasan sbb masa tu kelas. then lajulaju call. mmg dupdapdupdap. bila call balik, mak (pengasuh) tu kata ammar dah tdoq. ye, anak aku mmg nak tdoq akan menangeh lajulaju. *terkenan mummy dia la kot. dulu masa ngndung, towards akhir time pregnant, tdoq ngn ayaq mata* waaaaa~ nyesai!!

ok. dah smggu antaq ammar. masih lagi lepas antaq akan meleleh ayaq mata lajulaju. aku tertnya. smpai bilakah perasaan mcm tu akan hadir. ayaq mata yg tak diminta kuaq akan kuar ngn automatik nya...uwaaaa...
buley tak nak cuti nak jaga ammar sampai dia dah blh basuh yak2 sendiri??? *MIMPI!*

aku berharap, anak aku yg cerdik bijak banyak akai suka buli mummy tu akan teruih pandai bawak diri n tak menyusahkan sesapa. because i believe Allah will owez be with us. Mmg skang sgt terasa susah berdua. tp aku yakin Allah bersama kami. Jalan yg susah tu akan bertambah senang day by day. yg penting kami tak susah kan sesapa. A big thank you to mama n ba, sbb banyak tlg. *banyak da nyusahkan depa* uwaaaa lg..

thank you yg teramaattt kat incik shuami. sbb sentiasa doakan kami dua beranak. sentiasa redha ngn setiap langkah si isteri yg cengeng ni... terima kasih sayang. sentiasa doakan ayg n ammar ye... :')

psss....cepatla masaaaa... kami amat perlukan abg di sisi. ayg tak kuat mana pun. pura2 jaaa.. hu~

alhamdulillah. takut3 aku pun dah berjaya bawak balik ammar ke penang tanpa org ke3. just d two of us. he behaved. cuma ataih jambatan berenti sat sbb daddy dia call. then kt juru sbb butang baju dia tarik sampai nak terbukak baju. haih la anak!




first dah amek si kacak aku dari pengasuh dia.
nampak muka protes tuh???
hee.. 

 ok la. c kecik dah bunyik2. mau bg mandi dia, nak bersiap sedia... hehe. ^^



gambaq kenangan last week.
saat bertentang mata ngan incik shuami setelah 9minggu tak jumpa.
hanya ayaq mata yg berbicara saat mata kami bertentang.
malu.nebes.eksaited.sayu.sebak.



1st time ammar tgk daddy?
malu2. agaknya dia tau apa mummy rasa.
hehe.
buley plk dia sembunyikan muka di celah bantai busuk dia. pastu dok snyum2 n sembunyi lg.
ammar tak pnh wat peel gtu ok.

adakah kenangan terindah mggu lepas akan berulang kembali??
jengjengjeng.
^___________________________________^


in mind..
"Allah bersama org2 yg sabaq"

post yg berkurun di draft. aiyok~

salam

pagi hari polis ke 206. agak kiciwa sbb td kol 7 terlena lepaih grandpa si kecit amek tugas jaga dia. aku yg tersengguk2 smbil ayun buai pun surrender teruih p tdoq sat. dpt sejam pun jadiii... sekali tersedar dh kol 815. tu pn dgq sora si kecit. alamak!! lupa arini ada lintas lgsg dr pulapol kl. teruih slh kn diri yg makin pelupa nii.... tu yg teruih mai bkk tonton.com. kot2 ada. tp mmg tau la, takkan nk ada secepat ni kn. so, alang2 dh on lappy, teruih update belog. sbb nya ada beberapa ucapan nk di buat..

pertamatamakali..


SELAMAT HARI POLIS utk smua anggota PDRM.
 ok. ucapan ni mmg aku tak penah wat seumur hidup aku. 

terutama sekali utk incik shuami ku yg terchenta.

td smpt jgk tgk liputan kt tv3 tu. ntah np terjd excited. tnya plak kt diri. np aura ni len mcm je ngn polis. semangat aku tgk tv. skli ngn si kecik pun teruja..nmpk la kelibat kadet2 pelatih dok berbaris kt blkg tu. nk nmpk incik shuami confirm tak la kn... huhu~ sama jee smua...


keduaduakali..

SELAMAT HARI LAHIR YG KE 28
kekasih halal ku. 
suami ku dunia akhirat

agak sedey sbb taun ni ada la taun pertama tak celebrate besday incik shuami sesama. sejak kenal, mmg ada je yg akan di rancang. so far, dh dua kali rasa nya surprise. masa di utm, surprise ngan kkawan, jenuh incik shuami kena tepung yg di beli sendiri plk tu. hihi. best nye bila di kenang kembali.
then, last year which was our first year as hubby n wifey. pun surprise kat tepi laut nun. taun ni, aku pn berpiki2 apa nk wat nk bg incik shuami yg tgh serabut training tu hepi n leh semangat plus senyum2 kambing di sana. so...aku pn take d risk, mntk tlg hem (kawan kt kl) tlg order kan fresh flowers nk antaq kan ke incik shuami. so, rancangan smua berjalan ngn lancaq. dup dap2 la ptg besday incik shuami tu. florist pn gtau kata da delivered bunga tu. so tggu je la berita dr incik shuami. sok nye, tgk2 ada pos ekspress. waaa...sepantas kilat nampanya incik shuami betindak. hehe. sonok sgt baca surat yg mengatakan kesangat hepian ngan bunga tu. senyum ja dia. n rasa semangat. syukur.. walaupun jauh, masih mampu utk watkan chenta ati aku tu tersnyum.. :) tp, ada jgk kisah di sebalik bunga tu.

katanya incik shuami.
masa tu petang, sedang dia dok bersihkan senjata, ada pengumuman, tp dia tak amek port pn sbb speaker cam pecah2. dengaq budak2 platun bersorak n kata2 awek sapa ntah antaq bunga. sekali lg dia tak amek port. n incik shuami mulai perasan bila nama aku di sbut di akhir ucapan tu. *sumpah malu ok. buleh plak kan baca ucapan aku bg  smua org dengaq??* then, incik shuami pn turun la ke pejabat. bila dia tgk bunga teruih tersenyum2. tapi....tak sangka plk ada habuan menanti. haha. kesian incik shuami bila kena pumping 50x. sebabnya bunga tu, pegawai tu kena p amek kt pintu depan. huuu~ buley plak camtu kan. tp katanya incik shuami, pumping tu pn leh lagi dia tersenyum2. yerla....bunga dok tunggu. bunga pengganti diri supaya lebih bersemangat. ;)

selamat ulangtahun kelahiran yg ke 28 sayang. *skema*
smoga sentiasa diberi kesihatan yg baik, pjg umur, murah rezeki...semoga menjadi daddy yg mithali...suami yg soleh.. ayg sentiasa doakan semua urusan abg dipermudahkan & kembali ke sisi kami. we owez miss you.. T__T *ucapan kt belog, sbb nye kad besday tak sampai ke pulapo* haih~


ucapan dah wat. mari la kita abekn di cni. moga ada kesempatan yg kurang sempit nak menaip lg. daaa~

in mind..
"sempat tak nak update satu lg postttt"