[go: up one dir, main page]

SGB

SGB
Suara Generasi Baru

Pengikut Teman

Memaparkan catatan dengan label IPOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IPOH. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Ogos 2013

PANAS TERIK!! GENGSTER 04/08 SERANG POLIS DI IPOH!!

PANAS TERIK!! GENGSTER 04/08 SERANG POLIS DI IPOH!!



IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.

“Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.

“Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain,” katanya.

Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.

“Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.

“Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.

“Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.

“Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam,” katanya.

Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. “Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini,” katanya. 

Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.

“Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini,” katanya.

Jumaat, 3 Mei 2013

PANAS BERAPI!! #PRU13 PEMUDA BN IPOH BARAT MENAKLUK BANDARAYA IPOH!! #VOTE4BN #TOLAKPR

PANAS BERAPI!! #PRU13 PEMUDA BN IPOH BARAT MENAKLUK BANDARAYA IPOH!! #VOTE4BN #TOLAKPR

Calon BN Bagi P065 IPOH BARAT Dr. Cheng Wei Yee berucap dengan penuh semangat




Sdr Erman Bin Dato Omar Sebagai Mc


Calon BN Ipoh Barat , KP Putra Bersama dengan Ketua Wira Perkasa Malaysia Sdra. Irwan Fahmi Ideris






Calon bermesra dengan peniaga sekitar Taman Kanak- kanak / Gerbang Malam



KP Putra Berganding bahu bersama Dr. Cheng berkempen sekitar medan selera taman kanak-kanak Ipoh


Seorang Peniaga Gerbang Malam  yang sebelum ini menyokong PAS telah beralih arah dengan menyokong BN dengan serta merta beliau turunkan bendera PAS dan menaikkan Bendera Barisan Nasional.. 

Ketua Wira Perkasa Membantu Berkempen untuk calon BN Bagi Menjatuhkan DAP Di Ipoh Barat








Psssttt... AKJr : Wa rasa semalam mcm Ipoh BN yang punya maaa.. Semua jentera Pemuda BN Bersatu berkempen membantu Calon bagi P065 IPOH BARAT serta DUN KEPAYANG.. Orang ramai juga menerima dan Turut Serta menyokong BN.. NAMPAK GAYANYE LAIN KALI LAA PR!!!

Jumaat, 29 Mac 2013

PANAS TERIK!! Lori Transformer PAS Mendapat Sambutan Puluhan Ribu Rakyat Di Ipoh!!

PANAS TERIK!! Lori Transformer PAS Mendapat Sambutan Puluhan Ribu Rakyat Di Ipoh!!





Ape dah jadi, ape dah jadi, lori transformer macam nak mati. Haa tu la, jangan ingat lori canggih manggih boleh tarik orang datang dengar ceramah kelentong korang. 

Siang tadi kat Pengkalan Pegoh Ipoh ade la lori "canggih" PAS ni singgah. Aku pun teruja la jugak kot-kot beribu berjuta penyokong PAS datang dengar ceramah. 

Bukan sahaja di negeri Perak, Aku dengar kemana sahaja lori ini digerakkan sudah pasti sambutannya hambar dan seolah olah kehadiran lori tersebut seperti lori yang membawa ayam di tepi jalan. 

Tengok-tengok ade la sejemput orang datang. Kalau aku la jadi penganjur, dah lama angkat kaki suruh treler tu blah. Mana taknya, yang datang semua nak ambik payung free je pastu blah. 

Nampak sangat la PAS ni dah makin kurang penyokong. Duk harapkan PKR dengan DAP je la. Kalau bergerak sendiri habis tumbang dah. Sebab tu dengan DAP komunis pun sanggup pakat. Sanggup jadi kuda. 

Itu tandanya PAS tidak lagi diterima oleh rakyat Perak, kalau dua hari lepas lori trailer tersebut parking di Parit Buntar dan tidak dikerumuni oleh orang aku tak berapa hairan sebab mungkin penduduknya yang kurang. 

Tapi apabila ianya berada di Ipoh namun masih dalam keadaan yang sama, mesti ada sesuatu yang tidak kena dan sudah pastilah ianya berpunca daripada ketidak perluan rakyat untuk mendengar segala pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka di atas lori tersebut. 

Dah la, malas nak cerita pasal PAS ni, buat malu je. Korang tak sedar yang Cina DAP duk gelak mengekek dapat guna korang sebagai jambatan nak dapatkan undi Melayu. Tak boleh fikir ke? Atau memang korang ni jenis hamba? 

Selasa, 12 Mac 2013

FAKTA!! Ceramah PKR Dihadiri 60 Orang Di Taman Perpaduan Ipoh..

FAKTA!! Ceramah PKR Dihadiri 60 Orang Di Taman Perpaduan Ipoh..



Teman dapat gambor yang dikirim dari kampung halaman teman, Taman Perpaduan, Ipoh mengenai ceramah PKR yang diadakan di Taman Perpaduan malam semalam. Kata dek demer, yang mendengar ceramah tu tak sampai 100 orang. Kalau tak salah, 60 orang.


Main lah sangat nak berceramah di penempatan pesara polis dan tentera di kala isu pembangkang menghentam polis dan tentera tak berkesudahan ni. Isu-isu lapuk dimainkan dan menurut sumber, artis cucuk muka, Pian Cecupak dijemput bagi menghambarkan lagi ceramah tersebut dengan lawak-lawak bodoh syok sendiri.


Menurut empunya gambor, ceramah tersebut bagi memperkenalkan seorang usahawan bernama Thinakaran, yang katanya mahu bertanding di DUN Hulu Kinta atas tiket PKR menentang calon UMNO. Berangan belum selesai.


Untuk rekod, Taman Perpaduan mempunyai lebih kurang 10,000 orang penduduk manakala Jelajah Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu yang turut sama menyanyi lagu 'Sabah Nak Hilang' hanya dihadiri kira-kira 300 orang.




Kata dek kawan teman, si Yop Jalan Lebor? Yop Jebelor? pun ada. Maka lebor la mata dia sekarang yang kehadiran mereka di Taman Perpaduan adalah tindakan memalukan diri sendiri.


Orang-orang tua berketayap putih yang mulanya ada, terus beransor sorang demi sorang kerana apabila program dibiaya oleh seorang bukan Islam, PKR menjadi parti yang tak akan menyebut soal Islam.