[go: up one dir, main page]

Pages

Sunday, May 8, 2011

Jalan-jalan cari pasal di tengah-tengah bulan

Aktiviti sabtu lepas...

plan asal adalah untuk pegi melihat rumah...
satu kat taman paya rumput perdana. member aku cakap cantik design dia.

satu lagi kat taman malim puncak. yang ni mmg aku berkenan, coz slalu lalu nampak tp nak g masuk tgk adalah susah skit sebab dia ada guard dan dh ada org duduk... bukan senang2 dia nk lepas masuk..

pagi-pagi lepas anas balik terus la ajak pegi, katanya kalo dh tido dia dh malas nk kuar...
aku apa lagi, siap laju laju. mandikan danial ngn deliesya..

time nak kuar deliesya tertido, so tak sampai hati nak kejutkan. tinggalkan dia dgn tok n wan kat umah...

bila katanya nak jalan jalan tengok rumah, so aku takde la siap beria sangat... kata nak ke site, t-shirt ngn jeans pon dh cukup kan...

destinasi pertama ke taman paya rumput perdana. rumah ada 5 patern. semua set-set banglo... design mmg cantik.. harga pon dalan 300k - 500k.. katanya kat melaka, so takde la mahal sgt, reasonable la untuk lot banglo.

seterusnya ke taman puncak malim.. yang ni kitorang tgk fasa ke 3... teres ngn semi D... cantik jugak, tapi anas tak berapa suka. pertama sbb area tu kebanyakannya cina yang ramai, ke dua fasa3 ni dah kebelakang-belakang.. fasa1 yang depan taman aku tanya yg tu utk lot non bumi. yang bumi lot kat belakang... amboiii, double standard nmpak, view cantik2 tak dak langsung untuk bumi, semua reserve tuk non bumi... area sini mmg cantik sbb dia atas bukit, range dari 254k - 500k jugak...

last pk pk anas cakap tunggu dulu, nnti try tgk kat area sungai udang pulak...

time tu dah pukul 11++.. danial dah bising-bising nak makan eskrem.. manaa na
k cari kedai jual eskrem time tu. kedai makan tengahari ada la.. last, anas ajak g BR kat Mahkota Parade.. aku pandang je dia. buang tebiat ke apa mamat ni.. takan sebab anak mintak nak makan eskrem terus ajak g BR.. baik singgah kedai runcit beli eskrim walls satu tepaware.. leh makan ulangkali..

tapi dah dia kata nak blanja sekali sekala tak apa. Lagipun lately kitorang asyik keje je manjang, sabtu ahad pon tak lekat kat rumah, so dia kata sekalisekala jom la buat aktiviti sesuatu yang bukan rutin. Aku ikut aje, dah orang nak belanja jangan banyak bunyi, kang tak pasal-pasal kensel. Melepas aku nak merasa BR. Series aku tak pernah try sbb aku rasa benda tu mahal dan sebagai bukan penggemar eskrim tak der la kalo tak makan kat BR menjadi satu kerugian besar dalam hidup aku.

Sampai je kat MP, terus ke kaunter BR. Tunaikan dulu niat asal.. Hasilnya, satu banana spit dengan ice blanded coklat. Makan tuk 3 orang.. Portion dia besar dan ok la taste dia. Tak tau nak beza dgn eskrem walls dlm tepaware tu.. sama aja. kata bukan penggemar eskrem mmg tak tau la jawabnya. Danial yang dok bising2 nak eskrem suka makan 2-3 suap saja. Pastu aku paksa papa dia habiskan.
Seterusnya, dah abis makan, aku cakap kat anas nak masuk parkson nak beli baju deliesya. baju dah kecik so sian pulak tengok. Danial, bila cakap nak pegi beli baju adik, terus dia jawab
" Asyik-asyik baju deliesya, asyik-asyik baju deliesya, baju abang bila nak beli?"
Omakaih, dah pandai demand rupanya... ish ish ish...
Skit kpala aku... baik la, taknak bagi mood dia ke laut, so aku pon sampai je kat parkson terus cari baju dia dulu. Pastu baru bole cari baju adik dia dgn aman. Tak banyak sangat pilihan, just dapat 2 saja. Jadila, nnti cari lain kat sogo.

Sambil tu bukan anak-anak je yang dapat habuan, mak bapak pon nak jugak... anas cakap dia dh belanja makan eskrem, skrg turn aku pulak kena blanja. Tapi yang tak tahan, ko kuarkan 50 hinggit saja, tapi aku kene balas balik sampai 200 hinggit... adooiii... papa ngn anak sama saja, kaki mengepoww...

Tak tahan tgk anas dapat perfum so aku pon nak jugak kan. Pilihan tetap sama hanya Ralph saja di hati.. walaupon dah lama tapi yg tu sj terbekenan. Tak kisah la kan.

So ni la hasil-hasil yang berjaya merabakkan poket di tengah-tengah bulan Mei ni... selamat makan megi untuk bulan ni... Tenkiew...

Orang lain semua dapat lebih dari 2 item. tapi aku hanya dapat 1 saja. yang tengah-tengah tu...

Friday, May 6, 2011

Saya menyerah kalah....!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Semalam berjaya me redeem Di petronas..
Seriously xpenah lg redeem kad mesra walaupun dh guna lama. Smlm ter rajin check point, tgk ada dlm 33k.. so bila ptg masa g isi minyak terus tanya diorang cemana nk redeem..
Rupanya skrg dh leh redeem brg kat kedai mesra & yg paling best leh redeem fuel..
That's means sy leh redeem fuel untuk rm300.. yyeeeaaa...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

jom check up!

Harini ader promosi dr klinik kesihatan kat kolej.. so diorg buat check up tuk kolestrol n gula.. ni ler result aku.. still ok le.. gula mesti less than 10 Dan kolestrol mesti less than 5..

Td nurse tu tny nk tak buat pap smear... sorry aku xberani.. tgu le bila kekuatan dh penuh didada nnti...
Takut ssiiiioottt...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Nuffnang Advertisment