[go: up one dir, main page]

Pages

Sunday, December 25, 2011

cuti cuti mesia 2011

Cuba teksi gambar apa kat atas tu...
Ya betul... It's a belitung goreng cili kering... Sedap yoo... Ni adalah hasil Makan Makan di foodcourt uptown d'sara...
Seriyes lama sangat xkesana.. semenjak beranak pinak mmg xpnh jejak lg ke sana.. mlm td decide nk mkn kat situ sbb dh bosan mkn fastfood.. 2 hari cuti2 kat kl asyik mkn yg bukan2.. dh la mahal nk mampos.. sekali hadap seratus melayang.. mana tahan kan.. kali ni ajak en anas mkn kat tmpt bajet2 pulak.. lagipun buleh mengimbau zaman mudo mudo...
Mcm2 kami oder dari rojak buah, kerang bakar, nasi goreng cina, belitong goreng cili kering, air 3 gelas,abc, 2kali beli tisu, baru berjumlah rm30.. mmg berbaloi baloi kalo nk compare mkn kat Sri ayutthaya dan Manhattan fish market..
Mmg sedap dan murah.. lain kali boleh datang lagi...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, December 4, 2011

seafarer time...

Series, dah hampir 2 tahun dok melaka, baru ku tahu ada tmpt mkn best kat sini.. dah la dekat je dgn rumah..
Ni yg boleh dtg pon sebab temankn family abang ipar dtg bercuti di melaka..kalo tak smpai sudah xbrani try, sbb selama ni igtkan restoran cina, tp rupanya restoran peranakan..
Whatever it is, just enjoy the food...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 28, 2011

cuba teka...

Apakah ini...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 9, 2011

puasa 2011

Harini dah hari ke 9 puasa... Sekejap saja rasanya.. menu berbuka hari ni ialah hasil tunjuk2 di param masjid tanah...
Menu berbuka harini :
1. Nasi beriani daging
2. Nasi beriani burung puyuh goreng berempah
3. Murtabak daging
4. Kek choc indulgence n espresso cheese SR ( yg ni beli kt Tesco Cheng).
5. Air sirap+ribena buat kat umah

Itu sahaja... Moga x berlaku pembaziran di bulan ramadhan kali ni.. insyaallah...

To all of u out there, selamat berpuasa dan jgn ghairah berbelanja wlaupun bonus kali ni 1/2 bulan gaji...
Simpan sikit untuk lepas raya nnti.... Peace... :-)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, May 8, 2011

Jalan-jalan cari pasal di tengah-tengah bulan

Aktiviti sabtu lepas...

plan asal adalah untuk pegi melihat rumah...
satu kat taman paya rumput perdana. member aku cakap cantik design dia.

satu lagi kat taman malim puncak. yang ni mmg aku berkenan, coz slalu lalu nampak tp nak g masuk tgk adalah susah skit sebab dia ada guard dan dh ada org duduk... bukan senang2 dia nk lepas masuk..

pagi-pagi lepas anas balik terus la ajak pegi, katanya kalo dh tido dia dh malas nk kuar...
aku apa lagi, siap laju laju. mandikan danial ngn deliesya..

time nak kuar deliesya tertido, so tak sampai hati nak kejutkan. tinggalkan dia dgn tok n wan kat umah...

bila katanya nak jalan jalan tengok rumah, so aku takde la siap beria sangat... kata nak ke site, t-shirt ngn jeans pon dh cukup kan...

destinasi pertama ke taman paya rumput perdana. rumah ada 5 patern. semua set-set banglo... design mmg cantik.. harga pon dalan 300k - 500k.. katanya kat melaka, so takde la mahal sgt, reasonable la untuk lot banglo.

seterusnya ke taman puncak malim.. yang ni kitorang tgk fasa ke 3... teres ngn semi D... cantik jugak, tapi anas tak berapa suka. pertama sbb area tu kebanyakannya cina yang ramai, ke dua fasa3 ni dah kebelakang-belakang.. fasa1 yang depan taman aku tanya yg tu utk lot non bumi. yang bumi lot kat belakang... amboiii, double standard nmpak, view cantik2 tak dak langsung untuk bumi, semua reserve tuk non bumi... area sini mmg cantik sbb dia atas bukit, range dari 254k - 500k jugak...

last pk pk anas cakap tunggu dulu, nnti try tgk kat area sungai udang pulak...

time tu dah pukul 11++.. danial dah bising-bising nak makan eskrem.. manaa na
k cari kedai jual eskrem time tu. kedai makan tengahari ada la.. last, anas ajak g BR kat Mahkota Parade.. aku pandang je dia. buang tebiat ke apa mamat ni.. takan sebab anak mintak nak makan eskrem terus ajak g BR.. baik singgah kedai runcit beli eskrim walls satu tepaware.. leh makan ulangkali..

tapi dah dia kata nak blanja sekali sekala tak apa. Lagipun lately kitorang asyik keje je manjang, sabtu ahad pon tak lekat kat rumah, so dia kata sekalisekala jom la buat aktiviti sesuatu yang bukan rutin. Aku ikut aje, dah orang nak belanja jangan banyak bunyi, kang tak pasal-pasal kensel. Melepas aku nak merasa BR. Series aku tak pernah try sbb aku rasa benda tu mahal dan sebagai bukan penggemar eskrim tak der la kalo tak makan kat BR menjadi satu kerugian besar dalam hidup aku.

Sampai je kat MP, terus ke kaunter BR. Tunaikan dulu niat asal.. Hasilnya, satu banana spit dengan ice blanded coklat. Makan tuk 3 orang.. Portion dia besar dan ok la taste dia. Tak tau nak beza dgn eskrem walls dlm tepaware tu.. sama aja. kata bukan penggemar eskrem mmg tak tau la jawabnya. Danial yang dok bising2 nak eskrem suka makan 2-3 suap saja. Pastu aku paksa papa dia habiskan.
Seterusnya, dah abis makan, aku cakap kat anas nak masuk parkson nak beli baju deliesya. baju dah kecik so sian pulak tengok. Danial, bila cakap nak pegi beli baju adik, terus dia jawab
" Asyik-asyik baju deliesya, asyik-asyik baju deliesya, baju abang bila nak beli?"
Omakaih, dah pandai demand rupanya... ish ish ish...
Skit kpala aku... baik la, taknak bagi mood dia ke laut, so aku pon sampai je kat parkson terus cari baju dia dulu. Pastu baru bole cari baju adik dia dgn aman. Tak banyak sangat pilihan, just dapat 2 saja. Jadila, nnti cari lain kat sogo.

Sambil tu bukan anak-anak je yang dapat habuan, mak bapak pon nak jugak... anas cakap dia dh belanja makan eskrem, skrg turn aku pulak kena blanja. Tapi yang tak tahan, ko kuarkan 50 hinggit saja, tapi aku kene balas balik sampai 200 hinggit... adooiii... papa ngn anak sama saja, kaki mengepoww...

Tak tahan tgk anas dapat perfum so aku pon nak jugak kan. Pilihan tetap sama hanya Ralph saja di hati.. walaupon dah lama tapi yg tu sj terbekenan. Tak kisah la kan.

So ni la hasil-hasil yang berjaya merabakkan poket di tengah-tengah bulan Mei ni... selamat makan megi untuk bulan ni... Tenkiew...

Orang lain semua dapat lebih dari 2 item. tapi aku hanya dapat 1 saja. yang tengah-tengah tu...

Friday, May 6, 2011

Saya menyerah kalah....!!!!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Semalam berjaya me redeem Di petronas..
Seriously xpenah lg redeem kad mesra walaupun dh guna lama. Smlm ter rajin check point, tgk ada dlm 33k.. so bila ptg masa g isi minyak terus tanya diorang cemana nk redeem..
Rupanya skrg dh leh redeem brg kat kedai mesra & yg paling best leh redeem fuel..
That's means sy leh redeem fuel untuk rm300.. yyeeeaaa...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, May 5, 2011

jom check up!

Harini ader promosi dr klinik kesihatan kat kolej.. so diorg buat check up tuk kolestrol n gula.. ni ler result aku.. still ok le.. gula mesti less than 10 Dan kolestrol mesti less than 5..

Td nurse tu tny nk tak buat pap smear... sorry aku xberani.. tgu le bila kekuatan dh penuh didada nnti...
Takut ssiiiioottt...
Published with Blogger-droid v1.6.8

Thursday, April 28, 2011

Touching habis....!!!

sob sob sob...

even tho takder la best mana lagu ni, tapi video clip dia mmg touching!

SUPERB..!!!!

Thursday, April 21, 2011

Kenduri.....

15hb April lepas adalah hari Melaka bersejarah...

public holiday untuk negeri Melaka.

so straight cuti 3 hari sampai ahad..

we (me+anas) decide nak wat kenduri doa selamat + kesyukuran.

so, here we go...

majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat.. untuk mendapat keberkatan.. Insyaallah....

menu-menunya....

pertama; spageti, buah-buahan, dadih, nasi go
reng

kedua; ayam, sosej n kambing

ketiga; cendol n bubur kacang

keempat; dan UTAMA; kambing golek

terima kasih kepada semua jiran-jiran taman rambai jaya terutamanya tuk RJ25 sekalian...

penat memang penat tapi mmg BEST!

test

Hai....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Wajah kesayangan hamba...

dah lama tak update wajah-wajah putra putri kesayangan hamba...

layaaaannn....

mulakan dengan muka si sengal ... danial azhad..

dan lagi...

show off skit gigi rongak tu..

ok.. ni dah terlalu over...

NEXT.....!

si bulat ddsya...

muka masam kena pegang ngan tok yam..

main jari..

tengah ngomel aper ntah...

last but not least, its meee......! yehaaa...

Sekian... ;-)

Wednesday, February 16, 2011

Ddsya kena Injek

baru balik dari klinik bukit rambai...

bawak deliesya untuk 2nd month injection...

lambat 3 minggu dari asal sebab aritu pegi ubat dah abih, so tunggu stok smpai 3 minggu... huiihhh..

meraung la jugak anak dara tu...

nurse cakap injek kali ni bby mungkin demam..

so, dah bagi siap-siap ubat demam sblum dia tido tadi...

harap2 tak demam la... sebab aku takut tak terhandle kalo anak2 sakit ni...

danial dulu tak demam wpun tiap kali kena injek..

Friday, February 11, 2011

Danial Pertama kali Main Boling... Kononnn!

Kita mulakan dengan gambar aksi si teruna nak baling bola... nampak macam pro tak..

Nasib baik la dah pasang pagar kiri kanan, kalo tak maunye masuk lane sebelah..

Kitorang 3 beranak g main boling kat MidValley... Early bird dapat ler 3 game rm10++...

Macam mana la leh terjebak g main boling ni? Si papa ler ader ke dia janji ngn si anak ajak main boling sehari sebelum tu.. Sebenarnya umpan sebab dia nak kuar g jumpa member, tak nak bawak danial, tu yang berjanji tu... Last2 dengan aku sekali kena pegi...

Dengar MidValley, eermm.. ok jugak boleh cari kasut kerja sekali... last2 hampeh... tak der yang berkenan kat hati... eh kat kaki... :-)

Skor Danial untuk 1st game... terer gak anak omak aihh!!!

Tapi bila dah masuk game kedua.. dia dah malas... last-last si papa yang kena amik turn baling... aku dah penat nak tunggu nak abih 3 game tu... nyesal pulak sebat sampai 3 game.. nak tunggu satu pon berjanggut... katernye aku nak main, tak kuasa aihh, baru lepas pantang, tak berani lagi nak angkat berat2... tak elok kan...

Abis saja, terus menonong g carik makan, kat foodcourt MV saja.. senang & variety...

Buat Apa Hari Nie

pagi ni join ahli mesyuarat gate pegi "ngeteh" (bahasa orang Melaka)... sekali sekala boleh kan.. kalo malam geng laki2 yang ngeteh, tapi pagi hari turn suri rumah pulak.. minum teh, nasi lemak, roti canai kat kedai kopi... okey apa.. sementara tak keje lagi nih.

best gak join diorang ni.. leh dengar plak crita suri-suri rumah ni.. bukan mengumpat tau.. just kongsi-kongsi tips apa yang patut...

I looikee... :-)

Saturday, February 5, 2011

8gencc---->kuantan

Sebenarnya ini adalah cerita bulan lepas. Sangatlah bz sampai tak sempat nak update. Kena tarik nafas panjang panjang sebab banyak yang nak kena recap balik satu-satu. Maklumlah semenjak jadi full time hoswife memang masa nak update blog amatlah terhad...Nasib baik 3 bulan saja, kalo selamanya mau aku jadik sasau kat umah ni...

Okey, back to the story, trip kali ni ialah ke kuantan bersama dengan 8gencivicclub members @ 21.01.2011. Kiranya lepas annual dinner pada 8 jan lepas, ini adalah trip yang pertama tuk club 8gen ni.. ada 2 sesi konvoi iaitu pada jumaat malam dan trip ke dua pada hari sabtu... Tapi kami telah menjoin trip yang pertama iaitu pada jumaat malam.

Bertolak dari shell gombak lebih kurang kul 12.15 am(kira dh ari sabtu kan)... Adalah dalam 10 buah keta.. Prang prang prang sepanjang higway pantai timur tu adalah lebih kurang 2 jam sampai ke kuantan... malam tu semua stay kat umah family presiden... so bergelimpangan la tido beramai2 sementara nak tunggu hari siang.. lokasi kat mana umah dia mmg aku tak tau sbb dh awal pagi, mata pun mmg nak tutup dah.. nasib la deliesya ngan danial tak wat perangai... elok je tido sampai pagi..

Esok pagi-pagi semua siap siap pegi bekfas kat satu restoran kat kuantan... lupa nak amik gambar sebab sebok nak handle 2 orang budak kecik.. nama restoran tu pon aku dah lupa.. tapi ramai gila orang. rasanya mmg tempat tumpuan orang kuantan kot... So kat situ masing2 makan nasi lemak dengan nasi dagang.. Sedap la jugak...Kat situ la jugak kitorang jumpa geng 8gen dari kuantan & terengganu. Habis semua makan so konvoi pon bersedia nak bertolak ke destinasi pertama iaitu Gambang Resort... yeeeyy, jom main air...!

Kira okey la gambang. Wpun tempat dia tak la besar macam Tambun tapi facilities dia memang terbaik... Dia guna system cashless, dimana nak beli makan ke, sewa pelampung ke tak perlu guna cash. Tapi ko perlu topup masa beli tiket kat luar. Harga tiket + topup RM50.. So yang
rm50 tu boleh la nak beli makanan atau sewa pelampung kat dalam tu... Time nak bayar, casher tu akan scan kat gelang tangan... so easy... Bila dah kuar nnti boleh claim balik baki duit RM 50 tadi.. tak la rugi kan...

Satu lagi masa kat dalam tu, kalo nak selesa kita boleh sewa pondok-pondok kecil yang ada.. Tak payah nak berebut tempat dengan orang... Untuk yang datang beramai2 sangat la berbaloi sebab pondok tu ada 2 tilam yang boleh landing2 bila penat mandi.. Tak mahal pon dalam RM50/day kalo tak silap aku... Macam aku ni yang memang tak der peluang nak mandi, just melepak la kat situ dengan deliesya... Dia tido aku pon bantai tido sama...

Ada la dalam 4 jam lebih kat dalam tu... Lebih kurang kul 4pm, kami pon siap sedia nak bertolak ke bandar kuantan, sebab kovoi yang ke-2 dah nak sampai... Bila diorang sampai semua bergerak menuju ke hotel.. serius memang penat tapi nasib la Vistana hotel memang best... tilam dengan bantal dia memang la empuk sangat... best-best...

Stop kat sini dulu... sesi lepas ni ialah makan ikan bakar di Tanjung Lumpur... Yang tu untuk entry seterusnya okey..

Nuffnang Advertisment