Temanya tetap satu, KORBAN.. sedar tak sedar dah dekat 2 tahun aku tak menulis kat ruangan sini.. 2 tahun kau, ingat sekejap.. tau-tau je dah genap 2 tahun.. okey aku tipu, seriously aku tak sempat kira berapa lama aku tinggalkan blog nie dulu.. haha.. tapi apa ada hal kan..
Yup, aku BERKORBAN jiwa raga penulis aku semata-mata nak concentrate pada kerja kat office dan life aku.. nafsu menulis yang berkobar-kobar tue aku terpaksa pendamkan sampai aku lupa macam mana nak start menulis balik kot (seriously, aku amek masa 18 hari untuk pikir apa yang patut aku tulis sebagai mukadimah re-opening entri nie).. gila !!
Dek sebab kerja dan life jugaklah, akhirnya blog nie TERKORBAN tanpa ada sebarang penulisan kreatif macam dulu-dulu.. okey aku tipu lagi kot.. reason utama adalah sebab aku sendiri pun macam tak berapa nak ingat yang aku ada blog sebenarnya #shorttermlostmemorybetul... now aku start jealous bila orang lain ada B-log, V-log @ S-log.. okey S-log tue aku je yang tau apa maknanya.. haha.. :P
Sempena HARI RAYA KORBAN yang baru lepas nie, hopefully aku dapat semangat baru nak menulis dan menterjemah imaginasi kreatif aku nie.. aku macam terpikir nak sambung balik siri mini-novel yang dah berkurun abad aku gantung tak bertali tue.. ada sesiapa yang sudi nak baca lagi tak agak-agaknya ?? huhu..
p/s: entri nie dihasilkan tanpa menggunakan button delete atau backspace.. kau percaya tak ?? seriously kot (okey, dah 3 kali aku sebut perkataan seriously tue, kau faham tak apa yang cuba sampaikan nie ?)
Sekian, wassalam..
Penulis Picisan,
Aidy Shahiezad