Assalamualaikum..
Pagi ni nama aku naik tuk hadir program bicara psikologi : Tips Tiap Hari Bahagia.. Biasalah aku lau kene dengar ceramah ni mesti nk ngantuk je kan.. tapi bila penceramah tu mula cakap je aku dh bersemangat dan sgt menumpukan perhatian..this is not me! Haha.. maybe isi² yg disampaikan buat aku rasa cam ada kene mengena je dalam hidup aku..dan aku mesti aplikasikan dalam kehidupan seharian aku..
Macam mana kita nk bahagia? Kalau nk bahagia mesti kena gembira kan..so macam mana nk gembira? Diri kita sendiri lah yg menentukan cara untuk kita gembira.. memang betul! Cube hari² korang datang opis pastu buat² gembira for sure smpai balik kerja korang akan rasa gembira.. walaupun korang kena fotostat tapi cuba buat kerja tu dengan gembira, sure korang akan gembira dengan kerja tu kan? cerbuat pastu cerita kat aku..
Jangan biarkan keadaan sekeliling wat kita stress.. penceramah juga banyak tekankan dalam hubungan suami isteri.. suami isteri kena sentiasa kekalkan hubungan mesra.. sesama keluarga dan anak² juga.. dia adalah seorg motivater a.k.a kaunselor.. so dh banyak kes yg dia handle dan dia ade ceritakan beberapa cerita untuk dijadikan panduan.. yg aku ingat pasal seorg polis yg bunuh diri kerana tertekan dengan kerja dan masalah keluarga yg daif..dia tk gembira dengan kerja dan kehidupan sehingga membuatkan dia menambil tindakan sebegitu..moralnya walaupum macam mana teruk pun keadaan kita, kita mesti hadapi dengan keadaan yg gembira.. barulah kita akan bahagia..
Hmm sejauh mana kebenaranya marilah kita sama² mencuba.. penceramah ni bagi tips 30 Hari Mencari Bahagia iaitu :
30 Hari Mencari Bahagia
Hari 1: Ucapkan TERIMA KASIH mulai hari ini dan hari-hari berikutnya
Hari 2: Lihat hanya yang terbaik dan mengakui kekurangan yang ada
Hari 3: Mula melaksanakan kerja-kerja yang baik dan mulia
Hari 4: Akui kesilapan dan maafkan diri anda
Hari 5: Bersabarlah apabila merasa marah dan menerima kritikan
Hari 6: Tunjukkan kemesraan pada yang tersayang
Hari 7: Jadilah seorang yang pemurah
Hari 8: Lihat yang terbaik ada pada orang lain dan jangan prejudis
Hari 9: Belajar menerima apa saja/ bersyukur seadanya
Hari 10: Kongsikan ilmu-ilmu yang ada dengan orang lain
Hari 11: Raikan hari penting bersama –sama
Hari 12: Jangan mudah bersangka buruk dan mulakanlah persahabatan
Hari 13: Ubah diri anda
Hari 14: Hormati perasaan orang lain
Hari 15: Sentiasa menjaga kerahsiaan
Hari 16: Hargai segala jasa baik dan pengorbanan orang lain
Hari 17: Berilah pujian tanpa teragak-agak
Hari 18: Lupakan kisah lama dan fokus pada masa depan
Hari 19: Jadilah seorang yang asertif
Hari 20: Atasi perasaan sedih / menyesal
Hari 21: Elakkan perasaan untuk berebut kuasa
Hari 22: Buang perasaan dendam yang ada
Hari 23: Hentikan kritikan yang tidak membina
Hari 24: Terima dan hormati orang lain seadanya
Hari 25: Berikan galakan dan dorongan
Hari 26: Gunakan kata-kata yang positif
Hari 27: Bergembiralah dengan lawak jenaka
Hari 28: Berikan hadiah /cenderamata
Hari 29: Sebarkan berita gembira dengan orang sekeliling
Hari 30: Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
 |
| courtesy from google |
Sumber : Buku yg ditulis oleh penceramah sendiri Tuan Jowel Nooh, Penguasa Kastam (sebelum ini adalah Pegawai Psikologi, Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM ): Buku bertajuk 30 Hari Mencari Bahagia.. penulis bersama adalah Nik Syuharul Apizo Safien.
p/s : Tuan Jowel Nooh adalah pegawai di pejabat aku.. buku ni boleh didapati di kedai² buku juga secara
online di sini.
Jom kita sama² rasa BAHAGIA...
Sekian dulu..
Wassalam..