[go: up one dir, main page]

Followers

Thursday, 15 January 2026

Ziarah Wada - Ucap Selamat Tinggal Ya Rasulullah dan Cikbunga Sekeluarga Akan Kembali Lagiii

Assalammualaikum Dunia. 
Setelah sebulan tak publish☺️☺️jom sambung
Nanti lupa plak..

Subuh yang hening, syukur pada mu ya Allah. Hari terakhir cikbunga sekeluarga di Kota Madinah. 

Luggage semua dah seal.Air yang ambil dekat telaga syifah sudah diminum dan dihabiskan.ada lar bawa balik botol kecik.sorok dalam luggage .

Dalam Perjalanan jumpa Rasulullah 

Walau ramai tapi terasa sunyi

Dak akak ngan ayin 

Ziarah wada 

MasyaAllah 

SubahanAllah 

Subuh kami ke masjid Nabawi ,hati sayuuu dan sedihh nak tinggalkan kota Madinah nie..AllahuAkbar 
Cuba sehabis mungkin untuk menggunakan sisa sisa waktu yang ada sebelum meninggalkan bumi Madinah. 

🌹Assalamualaikum, semua jemaah yang di kasihi. Masa cepat berlalu. Hari ini adalah hari terakhir di bumi haramain. Ingat ye,  bag jemaah jangan lebih 25 kg. 
Nanti buat ziarah wada. Buat ziarah wada ye walaupun bukan wajib, tapi pergi Ucap selamat tinggal dgn rasulullah saw. Dan berdoa dgn Allah swt agar di beri rezeki boleh datang lagi di bumi haramain. 

Ziarah wada tiada pantang larang. Klu sudah buat ziarah wada pagi ini masih lagi boleh solat di masjid dan boleh juga beli barang jika bag masih ringan. 

Ziarah wada bukan macam tawaf wada yang ada pantang larang. 
Semoga semua jemaah dan mutawwif2 dan mutawwifah saya selamat sampai ke tanahair. 
Saya sayang semua hingga ke jannah. Ampun dan maaf jika ada kekurangan perkhidmatan dalam pemusafiran jemaah di bumi haramain.🌷

Nak masuk masjid Nabawi 

Dalam masjid Nabawi 

Allahu 

Masa ni sebakk 

Minum air zam zam 

Pandangan atas masjid Nabawi 


Sedih ya Allah ya Rasulullah 

Sedih nak tinggalkan bumi Madinah 

Dak akak minum air zam zam

Buat ziarah wada dan ucap selamat tinggal kepada Rasulullah...cikbunga akan datang balik ya Rasulullah....insyaAllah...

Selepas ucap selamat tinggal , ikhtikaf dalam masjid Nabawi..kalau boleh tak.nak.bangun. sempatlah baca al-quran dan solat solat sunat untuk sekian kali nya ...SubahanAllah maha suci Allah yang.menciptakan alam ini. 

Assalammualaikum Ya Rasulullah 

Assalammualaikum Ya Kekasih Allah 

Madinah Al munawwarah 

Apa lar dak ayin buat tuee

Merpati

Sekitar masjid Nabawi 

Jumpa.lagi ya Rasulullah 

SubahanAllah 

Dak abang 

Dak akak 

Selamat tinggal pintu 326

Selamat tinggal burung merpati 

Selamat tinggal pokok pokok 

Selamat tinggal jalan jalan 

Selamat tinggal bangunan 

Selamat tinggal batu berbukit selamat tinggal udara di.bumi madinah...cikbunga dan keluarga ingin kembali lagiii disini ya Allah ♥️ 

Sungguh berat hati dan kaki pun terasa melangkah yang amat longlai, cikbunga dan dak akak pun bergerak menuju ke hotel ...untuk makan dan last check barang.

Dalam group wasap, ada pertukaran waktu ,bas akan datang pada pukul 2.00 petang waktu Madinah...maka bermulalah episod letak luggage kat lobby...

Till then.
🌹🌹







Thursday, 27 November 2025

Malam Terakhir Di Kota Madinah

Assalammualaikum Dunia. 

Selepas puas merayau dan kemas barang barang kan...malam ini adalah malam terakhir beribadah di masjid Nabawi dan memberi salam kat Rasulullah .

Solat magrib terakhir di masjid Nabawi 🥹🥹

Jemaah pun dah semakin ramai 

Sebab jemaah haji dah sampai kan
..depa turun Madinah dulu...dapatlah jumpa jemaah dari Malaysia, Indonesia, India,Bangladesh, Turkish dan banyak lagii

Di sini...

Antara jemaah wanita

Ni kat bahagian jemaah lelaki

Dak Rayyan...dia dah mula demam

Budak ni dah demam dan batuk

Terdapat jemaah yang masuk raudah. Ada jemaah yang nak tidur kat masjid Nabawi...kena nyorok nyorok...nanti kena halau ngan askar..


Deretan kedai menjual pelbagai makanan...ada menu Asia tau...

Rinduuu kat sini jugaaa

Belakang tue masjid Nabawi 

Suasana perkarangan masjid Nabawi 

Lagiiii

Allahu...menyaksikan langit dibawah masjid Nabawi...ya Allah.....kerdil jew diri ini..
Angin yang bertiup menyapa lembut pipi terasa kedinginan..ditambah pula kipas kipas angin yang dipasang di tiang tiang masjid..
 
Pujuk hati , kami akan kembali lagiii ya Allah, permudahkan lah urusan kami..SubahanAllah..susah nak gambarkan...hati sayuuu jew..

ya Allah bagilah rezeki dibumi Madinah ya Allah...rezeki yang tak disangka sangka dan kurniakanlah kepada kami kesihatan dan hati yang kusyuk  tawadukk beribadah kepada Mu ya Allah....aminnn ..ya Allah terima lah ibadah kami dan makbulkan doa kami tanpa hijab...aminnn aminnn ya Allah 

Till then 
🌹🌹

Wednesday, 26 November 2025

Satu Hari Sebelum Hari Terakhir Di Kota Madinah 🥹🥹

Assalammualaikum Dunia. 

Malam berganti siang, siang berganti Malam...akhirnya sampai ke hari terakhir cikbunga sekeluarga di Kota Madinah ini.

Jom jumpa Rasulullah 

Assalammualaikum Ya Kekasih Allah 

Rindu wehhh

Selepas jemaah lelaki balik dari ziarah perkuburan baqi,  kami pun menjelajah lagi kawasan...google lah tempat yang menarik di sekitar kota Madinah..ingat nak pergi kawasan bermagnet atau di dikenali sebagai Jabal Magnet...kena naik kereta....mmm tak jadi lar...ada jew jemaah yang pergi ...book 1 kereta kalau tak silap kena 200 riyal. Boleh tengok kereta bergerak sendiri dan naik unta.

Duit syiling riyal sebelum bagi kat pekerja pembersihan masjid Nabawi 

Antara sebahagian syiling riyal 

Ni kat makam Rasulullah 

Ehhh ada bulu burung...

Kami sekeluarga ingat nak pergi muzium, hahaha.. macam tutup plak muzium hari itu...
Masa ni jemaah haji dah semakin ramai..memang crowded lar .maka berjalanlah kami sekeluarga dari satu bangunan ke satu bangunan...beli snak sesiap untuk pergerakan balik nanti...pergi bin Dawood, jalan jalan sekitar masjid Nabawi, tukar duit riyal...yang nie memang asyik tukar ajew...nasib bawa.duit RM untuk standby ...

Kedai ape niii

Beli niii

Ok take one 

Jom ler jalan jalan

Esok dah nak balikk

Kereta polis

Ikut jew langkah kaki...

Take picture here

Habiskan bekalan makanan yang dibawa...apalagi maggi lar...kemas sesiap barang barang kan esok dah nak gerak airport Jeddah..huuu...

Kena habiskan yer...

Riyal yang perlu dibelanja

Separuh kita simpan bawa balik Malaysia 

Rindu....MasyaAllah 

Hati sayuuu..sedihhh...nak tinggalkan bumi Madinah..

Till then 
🌹🌹