'Hantu ada hantu mana hantu mana mana... '
.
Wah.. dah lama tak update tetiba plak citer pasal hantu ni. Sebenarnya aku tertarik dengan satu siri motivasi yang aku dengar dekat radio berkenaan dengan hantu yang disampaikan oleh Dr. HM Tuah Iskandar. Yelah sekarang ni hantu lagi glamer n lagi cun dari manusia. Mana-mana stesen tv dan hampir setiap hari akan menayang kan cerita hantu. Tak cukup kat tv kat layar perak juga orang berlumba2 menghasilkan filem hantu untuk mendapat kutipan 'kotak pejabat'. X kisahlah apa cara sekalipon orang akan lakukan untuk mendapatkan rezeki. Yang penting tidak menyimpang dan melanggar aqidah.
.
Biler disebut pasal hantu, jgnkan budak2 kita yg dewasa ni pon sedikit sebanyak akan meremang jika melalui kawasan yg sering dikaitkan dengan hantu ni mcm tanah perkuburan, rumah tinggal dan kawasan yg sering berlaku kemalangan maut. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita sedang mempengaruhi minda kita supaya takut makhluk yang juga ciptaan Allah. Bukan la niat aku nak 'cakap besar' nanti ada pulak yg doakan aku jumpa dgn hantu.. aih mintak simpang la yer.. tetapi melalui respon pendengar pada siri ini juga ada mengatakan bahawa, hantu, pontianak, langsuir, pocong dan sebagainya hanyalah nama komersial yg diberikan oleh org2 terdahulu. Bak kata pepatah nama glamer kepada makhluk yang keujudannya juga diceritakan dalam Al Quran iaitu,... syaitan.
.
Melalui sejarah syaitan ini juga merupakan malaikat pada asalnya yg telah dilaknat oleh Allah hanya kerana melanggar satu (1) dari 6666 ayat Allah. Iaitu tidak tunduk pada Adam. sedangkan 1 ayat yg dilanggar oleh syaitan dia terus dilaknat malah bersumpah akan menyesatkan umat nabi Adam. Bagaimana pula kita manusia.. berapa agaknya ayat2 Allah yg kita langgar?? (menginsafi diri sendiri juga,.. )
.
Suka aku nak review satu atau 2 sebenarnya ayat dalam Al-Quran iaitu surah An-nahl (16) ayat 99 dan 100 yang bermaksud.
.
99) Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Allah.
.
100) Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukan Allah.
.
Jadi dari 2 ayat ni jelas menunjukkan sekiranya kita dihantui oleh syaitan dan kita takut kepadanya dengan mudah syaitan akan menakluk manusia. Sama-samalah kita renungkan.
.
Jadi diakhir siri motivasi ini Dj radio berkenaan ada berkata.. "kenapalah masa kita kecik2 @ kita selalu cakap dengan anak2.. kamu pegilah sana tu.. sana ada hantu... dan budak2 akan takut. Tetapi kenapa kita tak didik mereka dengan berkata.. jangan buat perkara ni.. Allah nampak nnt kamu akan diazab.. " maknanya kita sendiri telah di didik dari kecik supaya takut hantu....
.
* sekadar untuk renungan bersama...
* jgnkan org lain aku pon kalo Naylie dah degil sgt aku cakap jugak.. ada keliwon.... padahal keliwon tu mlm jumaat... huhu