[go: up one dir, main page]

CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 24, 2009

Sessi Luahan Perasaan

Aku tension!!!

Aku pressure!!!

Aku letih!!!

Aku sedih!!!

Aku bosan!!!!!


Apa yang ingin aku katakan..semua ini berada dalam perasaan ku sekarang. Aku tak tahu macam mana nak hilangkan semua ini. Kadang-kadang secara tiba-tiba air mata ku mengalir bila mengenangkan semua ini. Tak terdaya utk diriku mengharungi semua ini. Ya Allah!! Tolong lah aku!!!

Tolong!!! Tolong!!!

Wednesday, February 18, 2009

Rezeki Allah S.W.T

Aku tak tahu mcm mana nak mula kan cite.....

Cite dia begini.. pada bulan Januari..aku dah mula cuak sebab aku dah lewat 5 hari datang bulan dr hari yang sepatutnya aku dpt. Aku tahu yang diri aku nie..kalau lewat dtg bulan mesti ada somethin wrong some where pada diri aku..aku pun beli pregnancy test utk menyedap kan hati aku. Pada mulanya aku buat pregnancy test..it shows negative!!! Aku pun cool down jap...dlm hati terdetik mungkin kali nie pusingan haid aku berubah kot. Dalam tempoh itu..macam-macam aku lakukan..aku active dgn bersukan..main badminton, swimming dan bermain futsal supaya aku cepat dtg bulan.Tunggu punya tunggu....dah nak masuk bulan Februari aku masih tak dtg bulan lagi..hati dah risau ..kenapa nie..kenapa nie...??? Aku rasa dah tak sedap hati..terus ke farmasi lagi..utk beli pregnancy test lagi...tup! tup! tup!!! Aku dgn perasaan yang bercampur baur..rasa terkejut pun ada..rasa nak menangis pun ada..rasa sedih pun ada.It was POSITIVE!!!!!
Aku sekeluarga sungguh terkejut dgn berita ini. sbb aku mmg tak plan utk mengandung dlm masa terdekat ini. Walaubagaimana pun...kami sekeluarga bersyukur dgn Allah s.w.t kerana mengkurniakan kami rezeki ini. Kelmarin aku telah ke DEMC utk mengesahkan aku mengandung..dan di dapati usia kandungan aku sudah 8 minggu..dan due aku insyaAllah hujung bulan September. Bila check kalender....rupa-rupanya seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri..Mudah-mudahan baby ini..baby Hari Raya!!!!.

Ya Allah Ya Tuhan Ku!! Mudah-mudahan aku di kurnia kan seorg bayi lelaki yang cukup sifat dan sihat...AMIN!!!!!!

Thursday, February 12, 2009

My wedding!!

Since semalam aku asyik cite pasal wedding jerkan. Hari nie tiba-tiba aku teringat zaman wedding aku plak...Pada bulan itu dan masa itu aku rasakan aku lah manusia yang paling bahagia sekali...hehehehe..:). Aku rasa semua org pun rasa mcm tu kan. Aku telah menamatkan zaman bujang ku pada bulan Julai 2005. Aku rasa pada bulan itu ..mmg bulan aku..dr awal bulan sampai lah hujung bulan..setiap hujung minggu majlis kenduri kendara aku yang punya. Bak kata org ada je makan preee....:). Aku rasa tak pernah di buat org bersanding sampai 4 kali. Kalau korang nak tahu kenapa aku bersanding sebanyak 4 kali. Mari aku pendek kan story..

Aku mulakan dengan cite aku bersanding di rumah mak aku sendiri di Kajang. Aku nikah di Masjid di Pekan Kajang. Nama masjid tu aku dah lupa da...;). Di rumah mak aku..aku memilih tema warna soft pink..sbb it is my favourite colour. Masa nikah aku memilih warna tema off white..putih ala-ala nak cream skit gitu.

Nie gambar aku masa nikah

Selepas majlis akad nikah di sebelah pagi, aku sibuk pula dgn sessi shoots photo dgn gaya 3 jenis pakaian. Selepas tu baru majlis persandingan di sebelah tghari.

Gaya ala korean

gaya ala vietnames

gaya ala hindustan

dr kiri: bapa tiri aku dan yang sebelah aku pasti mama tercinta ku

Minggu selepas itu pula merupakan majlis bertandang di rumah keluarga lelaki pula..Hubby ku memilih tema warna baby blue. Itu warna favourite hubby kan..kita ikut jer...

dari kiri: adik (no.3) kembar , mak mertua aku, adik pompuan yang bongsu & adik (no.2) kembar

Pasti semua tertanya-tanya kan..mana bapa hubby ku. Bapa hubby aku dah lama meninggal dunia kerna sakit jantung. Aku sendiri tak sempat nak berkenalan dgn arwah bapa mertua ku...:(. Setelah tamat majlis bertandang di rumah keluarga lelaki..majlis wedding aku belum tamat lagi..sbb bapa ku sendiri pula inginkan aku bersanding di rumah dia pula..jadi aku terpaksa bersanding lagi buat ke-3 kali nya. Majlis tersebut di adakan pada minggu yang ke-3 pula.Di majlis wedding di rumah bapa ku..aku memilih tema warna merah maroon..pun warna favourite aku.

dari kiri: mak tiri aku dan yang kanan pasti ayahanda tercintaku

Yang pasti majlis penutup segala majlis..adalah majlis makan malam aku yang terakhir di sebuah dewan di TTDI. Majlis ini merupakan majlis formal. Majlis ini memang tertutup utk ahli keluarga terdekat, sahabat handai yang rapat dan org-org VIP ayahanda aku. Untuk penutup aku memilih warna peach. Soft peach juga.

Masa nie di holding room. Bersama tetamu VIP. Dari kiri: Y.Bhg Datuk Haron Siraj & Isteri merupakan bekas CEO (MPOC) a.k.a x-boss akulah kan danY.Bhg Dato' Mamat Salleh merupakan CEO MPOA a.k.a best friend ayahanda aku. Barisan depan semua anak-anak my aunties & uncles and my only step sister.

Memandangkan majlis ini formal. Tenaga kerja mmg amat di perlukan. Jadi ini semua merupakan org-org kuat pada malam majlis. Tanpa mrk mahu tunggang langgang majlis aku kan. Berterima kasih banyak-banyak pada mereka semua.

aku bersama keluarga ayahanda tercinta

Memotong kek sbg penutup majlis..:)

Shoots photo beramai-ramai sebelum pulang

Aku masih teringat lagi. Majlis makan mlm ini tamat jam 12 mlm. Beberapa hari selepas majlis ini aku jatuh sakit..kena demam panas. Siap admitted lagi di hospital selama 4 hari..suspected denggi tp alhamdullilah it was negative. Doctor kata aku terlalu kepenatan dan stress. Sebulan selepas itu ..aku di sahkan mengandungkan Trisyia...:).

Camna plak dgn kisah majlis perkahwinan member-member ku semua. Aku nak tahu juga???..:)

Wednesday, February 11, 2009

Busy Weekend

Weekend tempoh hari ..aku sekeluarga amatlah busy. Busy dengan majlis perkahwinan adik ipar aku yang kembar nie..:). Oh..buat pengetahuan anda semua..hubby aku ada adik kembar lelaki sepasang. Yang berkahwin tempoh hari adalah abg kepada kembar. Calon nyer berasal dr Pasir Mas, Kelantan. Dengar cite kenal dah lama...akhirnya ke jinjang pelamin jua. Tahniah buat Pak Ngah Trisyia & Sara.!!!!Dengan ini semua anak teruna mak mertua aku dah pun berumah tangga...tinggal seorg lagi anak perempuannya yang belum berumah tangga.

Kali nie majlis perkahwinan di rumah mertua ku ...temanya silver. Okay gak lah tema warna silver..tp aku tetap tak suka..sbb bg aku warna nyer pucat. Aku sebagai kakak ipar yang sulung mmg lah tak menang tangan okay!!! Busy melayan..busy prepare itu dan ini. Penat siooooot!!!
Aku pun tak banyak ambil gambar sbb dah terlalu busy. Ini jer yang ada...

Ini lah pengantin nyer!!

Thursday, February 5, 2009

Sara-9months

Kelmarin bila daku ada selit skit cite pasal Sara dah mula bertatih..semua mcm terkejutkan..ada yang kata awal nyer..??? ada yang tanya Sara dah berapa bulan???? Sara dah satu tahun ker??

Meh sini aku cite skit pasal Sara.Actually aku Mama nyer sendiri terkejut dgn perkembangan anak ku Sara yang begitu advanced. Sejak usia dia 1 bulan aku dah nampak bayang yang Sara nie akan cepat buat kerja. Ketika usia dia 1 bulan, Sara dah mula pandai angkat bontot dgn menggunakan tenaga kaki nyer. Aku sendiri terkejut!!! Kadang-kadang aku pk betul juga ckp orang-orang tua..kalau budak cepat putus tali pusatnya..dia akan cepat buat kerja..ialah anak ku Sara seusia 3 hari dah putus tali pusatnya. Sungguh berbeza dgn kakaknya yang 7 hari baru terputus.

Sekarang usia Sara dah pun menjangkau 9 bulan dan pe'el nyer serupa mcm budak dah 12 bulan. Aku rasa mungkin disebabkan Sara melihat tingkah laku kakaknya Trisyia yang boleh berjalan, berlari dan melompat menjadikan dia mempunyai impian utk berjalan cepat. Aku selalu melihat bila Sara nampak kakak nyer berlari..kaki dia pun laju mcm nak berlari kejar kakaknya..bila dia melihat kakak nyer melompat.dia akan mula cuba mengangkat bontot nyer utk melompat..kadang-kadang aku yang naik takut melihat sbb Sara badan nyer halus..petite gitu..:) Sara pun dah mula pandai bercakap. Sara dah pandai sebut Mama..:) Of course okay harus Mama dulu..baru Ayah.hehehehe...:) Bangga aku. Sara pun dah pandai ckp "mam" utk makan. Bila dia nampak aku atau maid aku sedia kan bubur dia..Sara pasti ckp "mam".."mam".

Apa-apa pun Mama harap Sara bila dah usia 1 thn dah pandai jalan ek!!

Wednesday, February 4, 2009

Trisyia new haircut

Kelmarin aku saja suruh maid aku tolong potong kan rambut Trisyia..sbb aku rimas kalau tgk dia berambut panjang. Trisyia kalau rambut dia dah melebihi paras leher..dia pasti rimas. Asyik-asyik mengaru. Jadi kali nie aku suruh maid aku potongkan rambut dia ala-ala style boobs gitu!!!!Ini lah jadi nyer...Lawa tak????


Apa-apa pun aku nak juga tepek gambar latest Sara dlm post kali nie. Sara sekarang dah makin lincah. Dah mula belajar bertatih nak jalan...:)..Suka kau org ajak dia bertatih.

Tuesday, February 3, 2009

Mommies Outing at Pyramid!

ceria je muka mommies semua berjalan tanpa kiddos

1st time nie..mommies buat outing tanpa daddies and kiddos around..:) hehehehe. Sekali sekala mmg fun kan..bleh chit chat tanpa gangguan..:) Betul tak kawan-kawan????
As everybody knows...idea nie semua dtg dr cik Pn. Hirda kita..Yang hadir pada hari Sabtu yang lalu cuma kami ber-5 iaitu aku, Hirda, Sham, As dan Sue. Apa-apa pun kengkawan..aku nak minta maaf awal-awal ek..tempoh hari aku sampai lambat skit...::) Aku sampai je tengok semua dah tercegat kat dpn entrance singa tu tunggu aku sorang nie.hehehehehe.

Aku sampai jer...kami semua jalan-jalan ronda-ronda cuti mata. Shoot sana shoot sini..Yang pasti masa tu kat Pyramid tak ramai orang lagi okay. Cari parking pun senang...sampai daku tak tahu nak pilih parking kete kat mana..hehehehe punya tamak nyer...:)Enjoy the pics okay!!

Mak dara yang masih cun melecun..:)

Bila dah penat meronda. Perut pun mula berbunyi..tekak pun dah kehausan. Apalagi pk punya pk...bincang punya bincang at the end kami semua setuju untuk menjamu selera di Ole-Ole Bali. Sementara menunggu makanan sampai..kami shoot photos dulu..chit chat. Topik yang paling hangat tempoh hari adalah pengalaman mengandung dan bersalin. Perghhh..masing-masing buka story..aku ingat aku yang mengalami pengalaman yang teruk..rupa-rupa nyer ada yang lagi teruk dr aku. Bila dgr cite dr Sue dan Hirda...aku rasa Ya Allah!! Bersyukur nyer aku kepada mu. Tapi apa-apa pun Sue dan Hirda..jgn serik tau...lain anak...lain gaya nyer..mudah-mudahan lepas nie you all akan lalui nyer dgn mudah k! Aku doakan tau..cepat-sepat skit k! :)

Me with Sue

Nie Nasi Campur Ole-Ole Bali yang aku, Sue dan As order

Pose ayu dulu dgn food sebelum aku terjah food nie


Nie dia pasta seafood yang Pn. Hirda order


Nie Ole-Ole trio yang Sham order

Bila semua dah selesai makan..jam pun dah menandakan pukul 1ptg. Hirda dan Sue pun kena berangkat..kami pun berangkat sekali untuk pulang ker rumah. Sblm balik...kami masih lagi sempat shoot di depan pintu kedai..