[go: up one dir, main page]

Monday, January 31, 2011

Bonus

sya terdengar ade yg hanya mendapat sebulan gaji, ade jugak yg tak dapat langsung. walau ape pon sy tetap bersyukur mendapat 2 bulan gaji.

Bonus kali ini beri mengikut KPI. bukan standard, sbb itu macam takut² bile nk cucuk duit kat ATM mesin td.

maka dengan ini, sy telah pon dipau awal² oleh papa, mintak belanja makan itu ini, lagi kene paw nk tukar tayar motor yg dah botak.isk isk isk..

xpela papa, ok je kalu rm100 tuk motor, sbb mama pau papa tahun lepas lagi bykkan ? beli gelang emas lagi :D tahun ni plak papa dah warning awal-awal, katenye bonus tahun ni die nk beli laptop..mama? awal awal dah nganga melepas nk mintak rantai leher plak..hahaha gile!

p/s: adakah ini bonus yg terakhir yg sy terima?


Friday, January 28, 2011

Penangan Pisang

Artikel ni sy copy aje..nasywah mmg suke makan pisang, sekali makan bole sampai 4 biji! kejap je dah habis die masuk dalam mulutnye, then mintak lagi, smpai buncit la perut nye...tp kalau betik macam kurang sikit..yg suke mamanye aje :D

Khasiat Buah Pisang

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.


Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”


p/s: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Bila Dah Tiada...

Kejadian kehilangan telefon, sy terima dengan pakse-rela. nk buat macam mane, bende pon dah hilang, tah kemane tercicirnye pon dah tak mampu nk ingat dah..hilang ingatan sebentar.huhu

rasenye dah masuk dalam beg, tp xde pun, macam tercicir kat dalam kete, tp dah 2 kali papa dok check, xde jugak katenye..mmg xde rezeki..tak pernah-pernah bila call je masuk dalam voice, ini bukan zaman merajuk, & nk off tepon supaya papa x dapat call huhu, pulak tu tepon tu ade simpassword tu simcard je, tu tepon xde plak..alamat org yg jumpe tepon tu sekarang sedang menikmati menggunakan tepon itu..mungkin sudah bernanah telinga nye? itupun kalau termakbul doa saya haha..

sayang mmg la sayang..tepon itu saya dah gune sejak 2007, wlaupon dah gune agak lame, tp keadaannye masih tip top, itula untungnye kalau kite beli barangan yg original disamping menjaga dengan baik, nk kate jaga dengan baik itu tak jugak, udah bape kali terpelanting kesana sini, tp baik. dan elok seperti sedia kala. itu la yg buat sy sayang sgt..

tepon itu ada camera 2.0mp.xde 3g.bole bluetooth. walaupon ade kawan sy cakap "nasib baik tepon tu tak bape nk power"..ooo tersentap seketika...kerana pada saya ianya power jugak walaupon dilevel bawah sekali..

ape ape jela..dah sekarang dengan duit gaji yg ade + bonus yg akan dpat tah dpat bape aje nilai nye, terpakse di cut sikit utk beli telepon..lagi sekali sy katekan disini ialah...

p/s: TAK PASAL-PASAL KENE BELI TEPON BARU!

Monday, January 24, 2011

Takde Rezeki

maka dengan ini sy ingin memberitahu bahawa telefon kesayangan sudah pon tercicir lalu hilang tah kemana :(

saya tak sedih pon telefon itu hilang, yg saya sedih ialah, gambar nasywah dan video keriangan nasywah..




Friday, January 14, 2011

Kami Sekeluarga Baik Baik Sahaja

ape ye yang dah terjadi pada kami sekeluarga..
senyap sunyi tanpa kabar berita..bile dah tangguh-tangguh ni..sampai satu tahap jadik malas nk share ape ape..hmm


nasywah ok ok aje..semalam manja dan mengada-ngada, minum milo campur dengan susu tepung sikit..makan plak ade kala nye bersemangat nk makan ade kala nye main main aje..haishhh..

Terasa macam nk pegi zoo la..sebabnye..nasywah bile nampak binatang je, walhal dalam tv, mulutnye bising dan muncung² dok tegur..sian plak..

p/s: bile nampak baby je, rase jeles plak..papa nk pregant lagi plzz..huhu

Wednesday, January 05, 2011

Sambungan Kejutan..

Kejutan Ke 4 tak menjadi
Mood = happy giler! hahaha dan lega

Tuesday, January 04, 2011

Hehe..Maaf Yer..Kejutan Lagi...

seperti yg sedia maklum...Kejutan pertama tak menjadi,
alhamdullilah kejutan kedua menjadi, malah dapat kejutan ketiga lagi..

lagi pagi ni..

ade kabar angin yg betul mengejutkan, walaupon baru kabar angin tp ianya bukan la sesuatu yg mengembirakan...

kejutan kedua itu ialah dpat adjustment salary sbyk RM100 -- kira alhamdullilah la dari xde langung.

ketiga ade increament elaun sebanyak RM150 so total menjadi RM350 -- Kira bersyukur jugak sbb mmg tak di sangka kenaikan ni..

mungkin sbb kejutan kedua dan ketiga ni adalah hikmah kenapa kejutan pertama tak menjadi..hm..Allah swt nk bagi aku merasa kenaikan ini, before aku dapat kejutan yg pertama tu...

dan kejutan paling latest...
mungkin kitorang dapat director baru, HOD sekarang akan report pada director itu.

dan director itu ialah org yg ....
hmm mmg tak bape nk happy...
kalu dulu bersyukur sbb tak jadi transfer under departmentnye..tp sekarang kalu betullah rumous ni..tak dapek la den nk nolong....

p/s: byknye Kejutan..