Posts

Korea!

 Al salam alaykum


Ubat duromine tu macam dah tak berkesan kat aku. Sekejap nau rasa lapar. Sedangkan makan tengahsri dah 1000kcal. 


Tengahari tadi ofismet ajak makan Dodo. Aku tamau sbb takde menu yg aku nak. Puas la pikir apa menda nak cakap nama menu tu. 



Diorang berteka-teka, kimbap? Bukan. Kimchi? Bukan. Kimchi hari2 ada. 


Ala suhun tu. Ap nama ntah. 


Dan sekarang dalam tren perut aku betul berdendang sayang. Aku pun teringat, japchae namanya. Ahh!

Susah!

 Al salam alaykum


3 hari aku berkampung kat USIM utk kuliah bersemuka EPIH 2026. Susahnyaaa. Pulak tu ada assignment menanti. 2 assignment. Utk aku yg bukan bidang agama, memang susah! Mana nak cari buku rujukan lagi. Kena submit 7/2. Aku plan nak masuk hospital tak jadi la cenggini. Adui. 

Lepas kuliah bersemuka kuliah online pula wajib hadir. Exam lepas raya. Kalau lulus kita konvo bulan 4.


Doakan aku ye ytk cemerlang dan dapat konvo nanti


Doakan aku 

Texas

 Al salam alaykum


Tadi skrol tiktok tengok iklan Texas. Beli dua set harga RM 25.00. Texas tidak sokong Zionist, tapi sbb operasi boikot di merata-rata membuatkan aku tak masuk Texas. 


Hari ni mcm FOMO. Aku pergi. Beli. Dapat 2 set. Aku tak larat pun nak makan. Hanya nak simpan 1 set utk buka puasa esok. Lagi 1 set nak bagi kat budak-budak yg main bawah blok. 


Tapi budak-budak takde. Adik Grab pun takde. Guard pun takde melawat kawasan. Akhirnya dua-dua masuk peti ais. 


Sedih juga, niat tak tercapai. Tapi dah niat maka ok kot kan?


Mungkin beli Texas pun buat aku happy hari ni. Sbb dah lama tak makan biskut Texas yg lembut dan sedap itu. 

Tiga

 Al salam alaykum


Kaunselor mintak aku senaraikan 3 perkara yg buat aku gembira minggu ni. Aku pun tak tahu. 

Kena fikir. 


Mungkin aku dapat lap almari aku yg penuh dgn kulat. 

Mungkin sbb aku dapat staycation dgn Erna walau sekejap semasa konsert Siti

Mungkin pergi tengok konsert Siti (walaupun menangis diam utk kebanyakan lagu)

Oh, aku dapat nenas percuma sbb nenas last orang jual. Takde orang ambik, maka aku tanya, kalau percuma saya ambik. Dia cakap percuma. 

Mungkin sbb aku pergi shopping kat Mr DIY beli dehumidifier

Mungkin sbb bos aku bagitau yg dia nak sambung kontrak aku lagi 6 bulan.

Mungkin dapat jumpa Syamim semalam. 

Mungkin sbb aku dapat daftar Program EPIH Tabung Haji.

Mungkin aku dapat tulis 3 perenggan perkataan kat FB.

Mungkin sbb aku dah padan semula baju kurung yg aku tak pernah dapat pakai sepanjang keja kat KL ni.

Apa lagi yg menggembirakan aku?


Syamim ajak minum

 Al salam alaykum


Tiba-tiba Syamim ajak minum nak tanya soalan ni “cane kakay boleh tengok konsert Siti? Kan kakay tak minat Siti? Fomo eh?” Hahahaahaha. Memang masih tak minat, tapi dia Siti Nurhaliza! Lama tak jumpa Syamim sibuk sangat terbang ke sana ke mari kemudian ke offshore lagi. Pastu dia nak exam lagi. Selamat mendapat kejayaan gemilang!

Anta PG7

 Al salam alaykum


Semasa aku masuk kelas Kevin Zahri, ada beberapa orang peserta menyarankan utk memakai kasut jenama Anta semasa training di rumah. Aku pun cari kat Shopee. Harga menarik. Tapi lepas tu tak beli pun sebab kat rumah training paddle basikal je. 


Kemudian jumpa kat Thread pulak, ramai cerita kasut Anta PG7 ni best sangat! Berdiri lama pun ok, support sakit kaki yada yada. Kita pun pergi la outlet Anta, cuba-cuba kasut PG7 di kaki. Sambil tanya-tanya betul ke best. Kita pergi dua outlet Anta. Jadinya feedback adik cantik manis di dua outlet tu mengesahkan memang PG7 best, sebab mereka kan kena berdiri lama di outlet, jadi PG7 sangat sesuai utk kaki kita. 


Seperti biasa, harga kat Shopee murah, jadi kita beli kat Shopee je la. Aku beli hitam dulu sbb paling murah, sbb bimbang nanti tak sedap pakai, tak lah menyesal. Untuk pilihan tapak kaki lebar, boleh cari  pilihan Anta PG7 Travel, Travel 2, Travel 2S and travel 2.5. 


Untuk seminggu ni, memang sedap, tak lenguh, dan lutut pun tak sakit sangat bila berdiri lama dan berjalan banyak. Sbb dah macam-macam kasut aku beli utk support lutut ni, setakat ni Anta PG7 ok utk aku. Cuma semalam masa hujan, tapak agak licin juga lah. 


Aku dapat harga RM 179.00. 


https://s.shopee.com.my/qdCYu3PKV