CHINA, Tianjin-Beijing: 3nd Day
Hari 3 : 05/02/2010
Fujian Hotel: Awal-awal pagi lagi hubby dah ajak cikEmi pi McD cari makanan untuk sarapan + bekal perjalanan. Sejuk-sejuk ni cepat lapar. Kesian anakanda semalam minta biskut nak makan tapi takde. So harini get prepare apa yang patut. Kami akan memulakan perjalanan kami ke galeri Jade yang sememangkan sinonim dengan masyarakat Cina. Next..

Jade Gallery : Beijing Dragon Land Superior Jade Gallery merupakan galery Jade terbesar di Beijing (klau tak silap). Setiap rombongan yang datang akan ditemani seorang jurucakap walaupun rombongan sekecil 2 orang. Pelbagai jenis jade dipamerkan dari sekecil guli sehingga sebesar sebuah kapal. Di sini kami diterangan mengenai keajaiban jade (mengikut kepercayaan mereka), mengenali mutu-mutu jade, cara mengenali jade tiruan dan asli, cara membentuk jade dan sebagainya. Terdapat juga handicraft lain di jual di sini seperti lukisan dan jewellery. Kami cuma membeli (Mr.Hubby dan aku) cop nama dalam tulisan korea. Cepat betul dier ukir nama kami di atas batu jade tu. Kecil je.. Ala-ala cop mohor nama ghitu..sekali dengan ink. Buat syarat sebagai kenangan. Next…


Ming Tombs : Perjalanan di teruskan ke Ming Tombs. Ia merupakan tempat perkuburan dari tiga belas pemimpin Dinasti Ming dan monument ini juga terdaftar sebagai Harta Bersejarah Dunia UNESCO. Menurut Julia, mereka akan sembahyang di sini 3 kali setahun. Next…



Golden Palace Restaurant : Kami berhenti makan di restoran semalam. Kali ni siap tapau untuk dinner sekali. Bukan apa, selain makanan yang sedap, di sini ada tempat solat sekali..mudah dan selesa. Kebetulan ada rombongan pelajar masa kami sampai di restoran. Dorang berkenan pulak dengan anakanda berdua tu, siap ajak bergambar bagai. Dengan cikEmi skali glamour. Selepas selesai makan dan solat kami memulakan perjalan ke Olympic Green
. Next…

Olympic Green/Olympic Stadium : Kami terus ke Olympic Green yang di bina sempena Sukan Olympic 2008 , tempat yang wajib anda lawati. 2 sasaran kami ialah Stadium National Beijing atau Stadium Sarang Burung dan Pusat Akuatik Nasional Beijing yang berbentuk Ice Cube. Kami sangat kagum dengan hasil arkiteknya. Menurut Julia, kalau datang malam lagi cantik sebab ice cube ni akan bercahaya. Takpela, lain tahun kitorang datang malam ye. Besar juga kawasannya. Penat jugalah berjalan. Puas anakanda berlari. Di situ juga ada perkhidmatan kereta (macam train / bas yang boleh duduk ramai-ramai) berharga 10Yuen. Pada mulanya kami naik kereta tu nak pergi ke stadium luar coz ada penguin kat situ. Bila sampai kat gate pengawal kata jalan ditutup. Kalau nak ke stadium luar kena jalam kaki. Tak laratlah omak. So kitorng pun patah balik untuk ke tempat parking. Sebelum ke destinasi seterusnya, mr.Hubby meminta pemandu pelancong kami singgah sekejap ke silk store. Ada lagi tak cukup rupanya..Hehe.
Next…


Bangunan tinggi dibelakang kami adalah bangunan khas utk reporter semasa sukan olympic berlangsung.
Freesky Pearls : Kami meneruskan perjalanan ke kedai mutiara Freesky Pearls. Tiram di sini diambil dari tasik di Summer Palace. Summer Palace ni merupakan istana khas dikunjungi oleh maharaja dan maharani pada musim panas sahaja. Ia mempunyai tasik yang sangat cantik. Aku sempat juga membeli 3-4 utas gelang pearls berlayer. Menarik je aku tengok. Promoter tu siap promote suruh beli krim pearl bagai. Promoter kitorang tu pandai berbahasa Thailand. Mr.Hubby pun bolehlah sikit-sikit berbahasa Thailand. Dah macam ayam dengan itik lak aku dengar . ehh..ada orang jual berangan panas-panas kat luar kedai..sedapnya nampak sejuk2 ni.. Next day…

Letih seharian berjalan. Masa untuk balik hotel dan rehat. Anakanda-anakanda pun dah ngantuk nampaknya. Mandi, Makan, Solat, Rehat ..ZZZZzzz. Jumpa lagi esok..






















































