KANGAR: Keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang semakin baik dengan tahap jantung menunjukkan perkembangan positif. Anak bongsunya, Husna Hashim berkata, tahap jantung bapanya yang sebelum ini sangat lemah sekitar 35 peratus mula menunjukkan peningkatan. Katanya, apabila keadaan buah pinggang Hashim bertambah baik, beliau akan dilaksanakan prosedur angiogram. “Sekarang keadaan abah (Hashim) semakin baik berbanding sebelum ini. Saya…



