Pada 26 januari 2013, Desa Murni Batik telah mengadakan majlis pelancaran produk baru. Sempena tahun melawat Terengganu pada tahun ini, Desa Murni Batik telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan rekaan corak batik serta tudung terbaru bagi memenuhi kehendak pelangan dari seluruh pelusuk negara sebagai tarikan ke Terengganu. Pelancaran produk baru ini dimeriahkan dengan kehadiran duta Desa Murni Batik, Erra Fazira yang mengayakan reka corak batik dan tudung terkini keluaran Desa Murni.
Hj. Suhaimi dan isteri bersama duta Desa Murni Batik, Erra Fazira meyempurnakan upacara memotong reben sebagai simbolik perasmian produk baru sebelum dipamerkan kepada pihak media dan pelanggan.
Antara hadirin yang hadir pada hari pelancaran produk baru Desa Murni mengaminkan bacaan doa di hadapan galeri tudung dan batik, Desa Murni Pengadang Baru Kuala Terengganu.
Reka corak batik terkini keluaran Desa Murni di pamerkan kepada para wartawan dan pelangan.
(dari kanan: Pengaran Urusan, Hj Suhaimi,Pn. Fatimah Fatiyyah,Erra fazira dan Pn.Bibi Ramjani)
Antara reka corak terbaru, rekaan tudung bawal Miffa Eksklusif di pamerkan kepada para wartawan dan pelanggan.
(dari kanan: Pengaran Urusan, Hj Suhaimi,Pn. Fatimah Fatiyyah,Erra fazira dan Pn.Bibi Ramjani, Pengarah Urusan Desa Murni cawangan Kota Bharu,Kelantan)(dari kanan: Pengaran Urusan, Hj Suhaimi,Pn. Fatimah Fatiyyah dan Erra fazira)
Erra Fazira menunjukkan reka corak batik dan tudung terbaru daripada Desa Murni Batik.
Duta Desa Murni Batik, Erra Fazira bersama Pengarah Urusan Hj Suhaimi serta isteri Pn. Fatimah Fatiyyah sedang meneliti reka corak batik terbaru yang dilancarkan.