[go: up one dir, main page]

20 January, 2026

Sesekali tu rindu

by on January 20, 2026

Sesekali tu rindu juga nieyl dekat anak buah nieyl yang sambung study dekat Uniza tu..
Dia ni adik si bella..memang membesar depan mata nieyl..
rapat juga dengan nieyl..
Hari tu saja je la boring-boring tu text dia..
Tanya tengah buat apa..
dia kata baru habis kelas..
nak pergi lepak dekat pantai..

wow!untunglah ya..
habis kelas , boleh ambil angin pantai..
nieyl dulu tak sempat merasa masuk U..
dah bekerja sampai ke hari ini..hahhaha...
Stress-stress kita cari COFFEE..

 

Happy Tuesday

by on January 20, 2026


Assalamualaikum..
Selamat pagi..
ye..pagi ni nieyl berjaya sampai awal..
7.32 nieyl dah sampai ofis..
    

Pagi ni mak bekalkan nasi goreng dan telur mata..
Alhamdulillah..untuk lunch nasi dan ayam goreng..
tapi lunch ni nak g cafe beli sayur ke sambal ke..

Nieyl setiap hari bawa bekal pergi kerja..
Breakfast dan lunch..
Kalau sebulan tu mungkin hari jumaat je nieyl tak bawa bekal..
sebab ada yang belanja ambil berkat jumaat..

Sehari nieyl boleh jimat rm10-15 kalau bawa bekal..
Alhamdulillah..


Happy working semua..


 

19 January, 2026

Monday

by on January 19, 2026

 

Assalamualaikum..
Selamat pagi..
hari ni nieyl sampai opis lambat..
Malam tadi pukul12 tengah malam..
1 pekan blackout..

Dah la masa tu baru je nak tidur..
pejam mata juga la dapatlah tidur sampai 3.00 pagi..
tersedar sebab baju dah lencun peluh ya..
husband ajak tidur dalam kereta..
nieyl malas, nieyl gigih juga kipas guna kertas sambil pejam mata..
Tak mahunya weh ..

Fikir esoknya nak kerja je tu..
dalam pukul3.30 macam tu baru lah ada letrik...
memang stress ya..

Pagi ni pun lewat breakfast..
sambil buat kerja, sambil makan..
tup tup dah pukul10 lebih..

Happy working semua...


16 January, 2026

Selamat pagi

by on January 16, 2026

 


Assalamualaikum..
selamat pagi..
pagi ni nieyl ada mesyuarat bahagian..
selalunya sampai pukul12..

Pagi ni Alhamdulillah..
Ada rezeki pagi ni breakfast bos nieyl bagi nasi lemak..
dan team depan bilik nieyl pun belanja nasi lemak..
bolehlah satu bawa ke tengah hari..

Semoga Allah murahkan rezeki mereka-mereka yang bersedekah..
Aamin...



15 January, 2026

It's A Girl

by on January 15, 2026

 

Syukur Alhamdulillah..
tahniah kepada kakak nieyl yang bernama Melur..
Semalam selamat melahirkan baby girl
merupakan anak ke-4 ..

Untuk pengetahuan korang..
baby ini merupakan anak buah nieyl yang ke - 32
wah!meriahnyaaaa....

Nama kakak nieyl tu Melur..
Nama anak perempuan dia yang first tu Dahlia..
Ni baby girl baru ni dia tengah fikir nak letak nama bunga apa..

Malam tadi meriah group whatsapp family..
bagi cadangan nama -nama bunga..

Semoga baby dan ibu sentiasa sihat ..
selamat berpantang kakak!

Rezeki Breakfast Hari Ini

by on January 15, 2026


Rezeki Breakfast Hari Ini | tadi nieyl ada cakap kan, nieyl order breakfast untuk pagi ni. Nieyl nak try rasa Punten ada staff ofis jual. Katanya Punten ni makanan tradisional jawa. termasuk Jawa di Malaysia & Indonesia. Dibuat daripada beras (biasanya beras biasa atau beras pulut ). Dimasak hingga menjadi lembut dan mampat, kemudian dibentuk seperti silinder atau ketulan .Teksturnya kenyal, lembut, seakan lontong atau nasi impit, tetapi lebih halus. Nieyl dah makan tadi rasa dia macam nasi impit versi halus dan lembut. 

Selalunya dimakan dengan
sambal kelapa, serunding, atau kuah santan. Ada juga yang makan dengan ikan masin atau sayur tumis. Yang nieyl beli ni dia bagi dengan sambal hijau. Sangat sedap sambal hijau dia tu, kalau ada jual sambal hijau je memang nieyl nak beli untuk buat stok bulan puasa nanti hehehe. 

 
Laksam ni dari tetamu bos nieyl pagi ni, dia datang discussion dan bagi nieyl laksam. Jadinya hari ini memang nieyl kekenyangan dengan makanan..Alhamdulillah..Laksam nanti buat minum pagi nanti lah, nak makan sekali gus memang tak boleh..Punten tu pun mampu telan 2 biji je baru..haha.. 

Korang dah breakfast belum tu?