[go: up one dir, main page]

Monday, December 22, 2008

sinopsis ..

ari sabtu lepas pak cik pergi ke kuala selangor. tinggalkan anak2 di rumah kak long dan ambil mak serta kak long suami isteri dan anak sulung nya berserta suami nya, kami berangkat ke sg. besar, untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara sebelah arwah ayah mertua. sudah lama rasanya tak ke sini. banyak tahun juga.

kemudian berangkat pulang ke shah alam sebelah petang nya bersama-sama dengan mak. singgah di rnr untuk beli satey kajang. sebelah malam nya pula bertolak balik ke kampung. mak dah rindukan rumahnya di kampung. mak pun berhajat nak tinggal terus atau lama sedikit di kampung. tapi itu bergantung kepada keadaan kesihatan mak. ketika sekolah di buka semula nanti, papa akan tinggal di seremban dengan isteri nya. tak kan mak tinggal seorang dengan keadaan kesihatan yang tak menentu.

keadaan kesihatan pak cik agak tak menentu. kejap ok. kejap tak ok. penyakit apa pulak ni. kadang2 pening. kadang sakit tekak akan datang semula. macam2 lah. obat pun dah nak habis ni.

ahad malam balik ke rumah di shah alam. tidor sensorang. alahai ... tak boleh lelap pulak ....

Thursday, December 18, 2008

what may come ...

akhirnya, setelah sekian lama sibuk ke sana sini, dengan keadaan persekitaran dan suasana yang berbagai, sakit pun datang menjengah. yup ... super hero tempatan tak kebal pun.

seperti biasa, pak cik mula2 sakit tekak (amat perit), di ikuti kemudiannya dengan 'blocked nose', dan demam. i am hoping this would touch n go. and will not stay for a long time. but there is a chance that i would need a jab at my butt before i could chase it away.

adoi yaiiii ...

dan kalau ada orang yang bertanya, sakit apa ni? mcm mana boleh kena? my answer is ... pak cik rindu kan mak.

Monday, December 15, 2008

passing note.

i have read less of a. kadir jasin blog since i am incline not to agree with some if not a lot of his views and stands. he seems to be pro-mahathir. probably that's the reason.

but to neglect them is a waste. to read and learn what others think as well as their arguments sometimes worth the time.

for sexample i took a pleasure in reading a. kadir jasin latest two posting. the later (hindraf thingy) is the most entertaining.

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/12/amaran-mengenai-suruhanjaya-pelantikan.html

http://kadirjasin.blogspot.com/2008/12/to-empire-they-go.html

there seems to be a lot of documentary on the japanese cruelty during world war 2. i watch one last nite. but i cannot help but wonder why there is little documentary on the westerns' cruelty while they act as a conqueror?

thru that documentary i noted the following :-

a) the english empire ended when they surrender to japanase in 1942. when the japs surrender, why did the english cameback and occupied our country which is then called tanah melayu?

b) it took us 12 years to gain independence since 1945 (the year the japs surrender)? it was a long struggle and yet very little was written on our quest and struggle for independency. especially by those who the english and later the goverment called 'haluan kiri'.

c) there are a lot of history events that the english is keeping mum. wat bodo je. simply said .. they will ignore those things that put them to shame. which lead me to wonder what will be their feedback to indian and chinese that went a long way to stage a complain to them ...

Tuesday, December 09, 2008

Sad but True.

without doubt there is a burden of being a malay in this country.
definitely there is a burden of being a moslem in this country.
in our very own country.

malay or moslem has to be careful when they do and say anything. must 'jaga kaum lain'. if you cross the line you will face the consequences.

but other kaum don't have to jaga moslem and melayu sentiment. if they cross the line, nothing will happen to them.

this is a statement from history. this is what happen long ago, not so long ago and even now. this is what happened from the past, happening at present and sadly will happen in the future also.

.

yesternite when caught in the long traffic jammed along plus hiway, i didn't see any police. either in white or in blue. then i was wondering where is our police? suka suki je banyalk kenderaan bergegas di laluan kecemasan. my wondering as along the line of the following blogger http://harimau-menaip.blogspot.com/ .

but then then came across this flaming story http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

thus the above entry. sad but true.

Doa.

dapat perkhabaran bahawa mak demam dan batuk2 di tanah haji beberapa hari sebelum wuquf. angah cuba menjamin bahawa semuanya ok.

harap2 mak kembali sehat untuk menyempurnakan ibadat haji. semoga mendapat haji mabrur. begitu juga dengan angah.
.

pak cik beraya di kuala selangor kali ini. mak mertua di sana di jaga oleh kak long. mak kurang sehat sebenarnya dan memerlukan penjagaan. dalam pukul sepuluh, pak cik bertolak ke putrajaya. beraya dengan bang zali @ abang ipar @ abng lang. kene lah jenguk anak2 arwah kak lang. sampai2 sahaja kelihatan aksi2 sibuk acara kurban sedang di lakukan. kasihan ... mereka melapah lembu di dalam hujan. dengar cerita, daging lembu yang terkena air hujan ni cepat busuk kalau tak di jaga dengan baik.

selepas dzohor bertolak pula ke melaka. pak cik hendak pulang ke kampung untuk menjenguk ayah. mula nya agak keberatan memikirkan lebuhraya pastinya akan sesak. tapi memikirkan itulah satu2nya ayah .. pak cik tekad pulang.

sebelum perjalanan bateri kereta pula 'kong'. terlupa lupa tutup lampu sewaktu terkocoh2 keluar dalam hujan. nasib baik 'operasi jumper' berhasil.

perjalanan pergi alhamdulillah semua nya lancar walaupun di dalam hujan. tol alor gajah @ simpang ampat yang biasanya sesak dalam waktu begini pun lancar kerana tak banyak kenderaan. sepanjang2 perjalanan dapat di lihat paras2 air sungai, tasek dan kolam penuh dan melimpah2. terdapat juga rumah2, kedai dan yang di tenggelami air.

pak cik pulang ke shah alam sebelah malam nya lebih kurang pukul sepuluh setengah. lebuhraya sesak selepas susur keluar Pedas hinggalah ke Nilai. ntah berapa puluh kilometer.

ketika menyusuri keluar dari lebuhraya seremban kl memasuki lebuhraya Elite, sebuah kereta bmw 3 series 'test brake' pak cik. aspalela abdullah ... marah nya pak cik tak terkira. jika melibatkan isteri dan anak2, bapak singa pun akan jadi naga. kalau ada pistol .. dah lama pak cik tembak mamat tu.
.

berikutan kejadian malam tadi, rasa nya kene wat muhasabah diri. kene perbaiki lagi sikap pak cik. ingatkan dah low propail dan lebih sabar. rupa-rupa nya masih belum cukup lagi. masih kene berusaha untuk lebih bersabat dan merendah diri. lebih humble ...

Friday, December 05, 2008

Well Wishes!

hampir terlupa pula ...

slamat menyambut hari raya eidul adha. dan selamat berkorban kepada sesiap yang membuat korban kali ini.
kepada yang bukan islam, selamat bercuti-cuti.

mcm biasa pak cik akan sibuk berjalan sana sini ulang alik ke kuala selangor, putrajaya, subang dsbg nya.

ari selasa pak cik keje. cuti dah habis! :D

Thursday, December 04, 2008

u got brain or not?

pertama nya isu minyak.

bila nak naik harga minyak (petrol, diesel, lpg) dia main naik jek. bukan sedikit jumlah kenaikan nya. tiada pulak nak letak harga 'ceiling' atau pun harga atap. kalo pasaran harga minyak mentah naik mencecah langit, mencecah langit lah harga yang akan di bayar oleh rakyat malaysia.

tapi bila harga minyak mentah di pasaran dunia turun, teramatlah perlahan nya harga minyak untuk rakyat malaysia di turunkan. bahkan harga pasaran minyak mentah dunia sudah jatuh di bawah paras USD50 setong. lebih sekali ganda kurangnya bila harga minyak malaysia mula di naik kan. dan tetiba sahaja mereka ini hendak meletak harga 'floor' atau pun harga lantai. paras minima harga minyak ini hendak di turunkan. ewah .. banyak cantik.

peduli apa kalo kos pengeluaran minyak dan gas oleh petronas perlu di lindungi? kalo kos tinggi dari harga pasaran, tutup produksi dan belilah minyak dari luar negara. atau pun teruskan pengeluaran minyak dan simpan sebagai stok. beli minyak murah dari luar negara. atau mungkin ada cara-cara lain lagi.

tak kan itu rakyat marhain macam pak cik kene pikir kut?

kedua soal inflasi dan kenaikan harga barang.

bukan semua barangan dan servis di pengaruhi oleh harga minyak semata-mata. banyak faktor lain lagi. harga susu dan barangan keperluan lain lagi sememang nya sudah menaik secara beransur-ansur sejek sebelum harga minyak malaysia di naik kan! tak kan itu pihak kementerian pengguna takda data kut?

contoh terbaik .... bila myanmar di landa ribut harga beras naik mendadak. bukan sebab minyak bukan? tak kan hendak menunggu bencana alam melanda burma, thailand dan vietnam baru malaysia betul2 serius memfokuskan usaha ke arah pertanian? khusus nya tanaman padi dan yang lain?

contoh terbaik ... bila buat projek jalan, lebuharaya, lapangan terbang, sistem saliran untuk pertanian tidak di lindungi dan di kawal. oleh kerana tersumbat habis semua sawah bendang di tenggelami air banjir yang sepatutnya tidak berlaku? siapa mau jawab?

belum lagi soal pembalakan haram yang menghapus sumber air untuk para petani yang menyebabkan sekian banyak sawah terbiar di seluruh negara. jangan tanya agensi-agensi kerajaan lah. dia orang tiada fakta dan data pun. main tutup mata je. wat bodo.

Tuesday, December 02, 2008

sinopsis 2 ...

dalam kesibukan, terlepas lah juga untuk membaca secara mendalam dan berpikir tentang beberapa isu dalam dan luar negara yang menjadi tajuk penting sepanjang beberapa minggu lepas. antaranya :-
a) fatwa yang yoga itu haram
ramai orang-orang islam yang terpinga-pinga dengan fatwa ini. tetiba datang pula Hindu Sangam memberi komen yang negative. sekonyong-konyong unkel samy vellu timbul dari pertapaan nya menyertai isu ini.

b) ketuananan melayu tak lagi relevan
secara tak terduga, chua soi lek, penzina yang terpilih sebagai timbalan presiden MCA tetapi terkantung2 seorang diri dalam MCA memberi kenyataan dalam ucapan nya bahawa ketuanan melayu tak lagi relevan. kenyataan ini mencabar pendirian UmNo dan juga semangat perikatan BN.

c) ubah ISA atau tidak ...!
sekonyong-konyong kayveas dari parti PPP yang tak menang satu kerusi pun dalam PRU yang lepas memberi kata dua kepada kerajaan BN supaya meminda akta ISA atau tidak, PPP akan meninggalkan BN. err .. nak pergi mana lepas tu? PR? parti bebas atas pagar?

sebenarnya sebegitu banyak kenyataan dan pernyataan, ucapan dan ceramah oleh banyak pihak yang berbentuk perkauman. yang berapi dan mengapikan. mampu membangkitkan emosi. lantas mengeruhkan suasana.

tujuan dan maksud mereka ini berbuat begitu adalah untuk menampilkan diri mereka dikhalayak umum khususnya kepada penyokong-penyokong parti mereka. mengapa? nasib dan nyawa kepimpinan mereka dalam parti atau pun parti itu sendiri sebenarnya berada dalam keadaan tenat. tinggal nyawa2 ikan. justeru itu sesuatu yang panas dan pedas perlu mereka nyalakan untuk meneruskan kehidupan dan mengekalkan populariti.

sedar atau tidak selagi ianya di ucapkan oleh bukan melayu, mereka ini akan terlepas. sekiranya orang melayu yang berbuat demikian, harus di beri hukuman. begitulah sukarnya menjadi melayu.

Monday, December 01, 2008

sinopsis ...

mak dan angah dah selamat berangkat ke tanah suci pada hari rabu minggu lepas. pak cik dan keluarga berkampung di tabung haji kelana jaya sampai pukul 10 malam. turut sama beberapa sanak saudara yang turut pergi ka tanah sucu dan keluarga mereka. malam itu hujan renyai-renyai.

bini pak cik tanya apa nak pesan dengan angah minta doa kat mekah. pak cik jawab "doakan murah rezeki .. murah jodoh ...". "apa?" tempelak bini pak cik sambil angah tersenyum sumbing.

aid anak pak cik nombor tiga beri seploh ringgit pada neneknya. "nenek doakan ayah belikan psp tau" pesan nya pada mak pak cik. geliga sungguh pala hotak budak yang materialistik nih.

abang ipar pun dah selamat bernikah dan kenduri nya selamat di adakan semalam. ari jumaat pergi ikut rombongan menikah, bertolak selepas jumaat. jauh jugak lah dari Lenggeng ke Batu Kikir, ikut jalan Pantai dan Bukit Putus. ramai yang komplen penat dan pening2. abang ipar melafazkan akad sebanyak tiga kali sebab putus2. alasan nya pening dan lafaz akad nikah tu menggunakan perkataan "isi kahwin" dan bukan "mas kahwin" seperti kebiasaan nya. takper lah janji semua nya dah selamat. dapatlah pak cik tangkap kata2 buapak penganten perempuan semasa upacara bertunang sebelum majlis akad nikah di langsungkan "saya sebagai buapak suku anak aceh, perut padang lebar, dengan ini menerima pertunangan ...". siap dengan hidangan khas untuk si buapak, talam bertutup dengan tudung saji di perbuat dari nipah. tu belum lagi Undang yang datang. terpaksa pulak berhengsot2 nanti sambil menyembah.

hari sabtu ikut rombongan menghantar penganten lelaki ke sana pula. kali in ikut jalan Kuala Klawang/Jelebu. tidak la sepening jalan Bukit Putus. sebelum bertolak kete unser abang lang tersangkut pulak kat tanah lembut. ketika menolak kete itu pak cik terjatuh habis berselut dan berlumput. suar spare takder terpaksa pinjam dan pakai suar jean pengantin lelaki.

ketika di umah penganten pempuan, sibuk la rombongan penganten lelakai dengan mak andam. bila abang lang yang duda nak bergambar dengan mak andam, anak2 daranya tak bagi sambil memoncongkan mulut. tapi anak2 dara ni tadi dengan gaya gedik sibuk bergambar dengan pelakon hairie othman. boleh tahan gedik nya mereka ni :)) muahahaha. ada sesi pengambaran di 'homestay' bersebelahan dengan rumah penganten perempuan.

ketika pulang pak cik terpaksa buat u-turn, kete unser abang lang pula pancit. terpaksa la pak cik jadi super hero tempatan menolong menukar tayar unser ni. sapa yang ada kete ni tahu lah mcm mana sekse nya. sampai terluka lah jari telunjuk pak cik.

hari ahad sibuk memasak pulak. pak cik kira2 ada sekurang2 nya lapan tungku memasak. kawah dan piuk besar tu tak yah kira la. dalam kesibukan di belakan rumah, pak cik sempat menyibuk di hadapan ketika rombongan pengantin datang. sempat lah juga acara menyembah keluarga pengantin lelaki oleh pengantin. acara ni sebenarnya di mulakan oleh pihak keluarga pengantin perempuan.

kemudian pak cik kembali ke belakang membasuh, mencuci kawah dan periuk dan mengemas. ponek den. sampai sekarang terasa sengal2 dan bengkak2 segala otot. kalo boleh di elak majlis kahwin dalam satu hujung minggu, sila lah elak kan. penat doh ...

Monday, November 24, 2008

pengumuman

minggu pak cik bizi tahap dewa gaban. mak ngan akak nak gi haji. berangkat di pertengahan minggu ni. ujung minggu lak abang ipar kahwin. akad nikah hari jumaat dan kenduri belah perempuan hari sabtu dan belah lelaki esok nya.

kerje opis pulak melambak2. yang dateline nya sumer minggu lepas. waduhhh!

jenuh la nak berkejar ke sana sini. gaban pun pengsan kalo mcm ni ...

* minggu depan kut baru boleh apdet blog ni.

Friday, November 21, 2008

:)) Selingan Skit.

hari selasa tempohari pak cik ke hospital melawat kawan opis, entah apa penyakit nya tak di sebut dalam pengumuman oleh pihak pentadbiran. bila pak cik pulang di sebelah petang nya, seorang lagi kawan bertanya perihal member opis itu, melalui ym :-

member : apa citer kawan u tu? sakit apa dia?
pak cik : kesiannn! kesiannnn!
member : sakit apa dia? selalu sangat masuk hospital.
pak cik : kesiannnnnnnnnn. kesiaaannnya ... tau tak?
member : iya? sakit apa tu? naper?
pak cik : memang kes kesiannn ni tau.
mamber : iya lah. naper?
member : naperrr?
pak cik : sampai kat hospital tengok dia dah tader.
member : apa? dia dah tader?
pak cik : dia dah tader dah. dah discharge ari senin lagi. ponek den. tak kesian ke?
member : siot tol!
pak cik : :)) muaahahaha


epi weekend evribadi. jgn nakal2 tau!

o0o0o0o0o0o0o .. * :o *

lagi satu citer .. alaaaaaa .. citer pasal artis tu. yang laki orang kene tangkap khalwat tu. pas tu bini dia yang juga artis pergi serang dia kat set pengambaran sebab nak mintak cerai.

rata-rata semua orang mengutuk si artis lelaki ni. lebih2 lagi orang perempuan. rata2 masyarakat menaruh simpati kepada isteri nya yang juga artis perempuan. yang mengutuk pihak ke tiga iaitu sorang lagi artis perempuan pun ramai juga. yang best nya masa tv3 tunjuk artis perempuan tu serang laki dia ada gak yang bersorak suwuh artis perempuan tu tampar laki dia. :)) miahahahaha. emosi betul.

pak cik tak bersetuju sebenar nya dengan mereka2 yang mengutuk2 ni. dan juga yang menyebelah mana2 pihak. pada pak cik ... walau apa pun yang di cerita kan oleh pihak yang terlibat dan di lapurkan oleh media, kita tak akan mengetahui perkara yang sebenar. oleh itu lebih baik berdiam diri je. tengok je dah la.

cuma satu pertanyaan. kalo si lelaki atau si suami nak kahwen lain macamana dia nak cari calunnya? suwuh mak dia cari? mak mertua cari? atau isteri carikan? dia tak yah jalani sesi suaikenal? lepas jumpa calun terus kawen je?

ye lah .. kalo berdeting ngan calun itu nanti di tuduh curang pulak. di katakan main kayu tiga. abih tu macam mana?

o0o0o0o0o0o0o ... * :o *

terlupa ada satu lagi tajuk pak cik nak ngomel. pasal hari raya lepas.

bila tader keje atau masa terluang, terintai-intai lah juga rancangan hari raya di tv. ada rancangan baru. ada yang ulangan dari tahun-tahun lepas. tetapi semua subjek citer drama kat tv tu lebeh kurang sama je. citer sedeh. citer air mata. asal hari raya citer macam tu je. cerita yang ceria dan menggumbirakan tader ..

mungkin ada yang akan cakap, nak gembira tengok la rancangan hiburan. rancangan hiburan? yang ni lagi la malas nak komen. peratikan je lah lagu2 raya dan pakaian depa nih. malah set belakangnya pun samada dalam studio atau pun di luar. tetiap tahun sama jek. tader perubahan pun.

alang2 dah ngumpat ni meh kasi tambah lagi. pak cik pun kadang2 lemas tengok citer drama melayu ni. asik pasal orang kaya jek. nak2 masa rosyam nor wat citer untuk tanyang utama di tv3 dulu. apa ntah nama dia. macam cerita dia buat medang dia kaya raya je. udah2 la citer sembilu macam tu.

belum masuk pasal steotraip pelakon kita. contoh nya sorang pelakon lelaki yang dulu penyanyi. asal dia berlakun, tak kira watak apa dan cerita apa, muka dia sama je. tu lah potongan rambut nya tak berubah2. ngan misai dan jambang nya yang sedikit tu. agaknya tu je raut wajah dia yang paling ensem dan boleh jual. jangan pulak bila dia berlakun watak hantu pun macam tu gak rupa dia. goli den ...

bila hati merindu. dua.

aku pendamkan rindu yang marak
aku palingkan pipi yang berjuraian airmata
bila puisi cinta menjadi duka
bulan jatuh ke riba orang.

Tuesday, November 18, 2008

Bila Hati Merindu.

aku harap malamkan segera datang
agar mimpi kembali bertandang
dapatlah bertemu dengan bidadari
hendak aku bisikan lirikan puisi
yang lahir dari rindu berahi.

terlihat kelibat mu bidadari
airmata pun bergenang
inikah limpahan rindu
yang tak lagi tertahan-tahan?

bila merindu bulan.

telah aku berpaling
malah menunduk
namun masih terlihat
bayangnya berbalam-balam
pada titis embun hujung daunan
dan di cermin air.

Monday, November 17, 2008

ponek den ..

sori aaa. pak cik ada wat entri. tapi separuh jalan je. pas tu save as draft. then never revisit them again. i guess the story just died.

dua minggu lepas, pak cik menolong adik berpindah ke rantau, negeri sembilan. dah alang2 dekat dengan port dickson, pak cik bercadang untuk bawak anak2 bujang singgah mandi laut. tetapi pagi2 hari sabtu itu, bini pak cik sms dari sekolah, abang ipar di kampung tak sehat. demam panas yang agak teruk. sedara di sebelah rumah membawa nya ke hospital. bini pak cik mintak pak cik ke kuala selangor untuk ambil mak mertua sebelum balik ke kampung. like a bom, it change everything.

urusan pindah rumah di teruskan juga cuma rancangan untuk mandi laut terpaksa di batalkan. tak dapat nak tolong adik, kakak dan mak ayah kemas2 umah adik yang baru. selepas makan tengahari terus ke kuala selangor. balik semula ke shah alam sebelum balik ke kampung.

pagi ahad bawa anak2 bujang termasuk anak2 buah mandi di jeram toi. merengak bebudak tu hendak ke sana. kunun nya upah tolong kemas rumah kampung. sebelah malam nya pulang ke shah alam. selepas rehat sebentar hantar kak long ke kuala selangor. mak tinggal di kampung, tolong jaga abang ipar di samping mula membuat persiapan untuk kenduri kahwin hujung bulan ini. harap2 kesihatan mak tak terganggu.

hari isnin petang hantar bini pak cik ke ipoh. rancangan nya dia pergi seorang sahaja. oleh kerana ahmad albab pun kurang sehat, babysitter pun kurang sehat, kena ambil satu bilik khas untuk mereka. anak pak cik yang nombor emapt pun tinggal. abang2 dan kakak nya ikut pak cik pulang ke shah alam untuk bersekolah.

lebuhraya di ipoh rupanya sedang di pertingkatkan, kunun nya lah. a lousy work they done, signage tak di letak dengan betul. hasilnya pak cik ter'miss' susur keluar 'ipoh selatan'. terpaksalah keluar dari 'ipoh utara'. habislah. panduan untuk ke hotel yang di beri oleh ex-gelpren pak cik dah tak bleh di guna pakai lagi. sebab dia beri panduan berlandaskan dari susur keluar ipoh selatan. hampir sejam baru berjumpa hotel nya. tu pun setelah bertanya banyak pihak. ex-gelpren pak cik pun satu. dia silap bagi panduan kat round about. patut nya ambil simpang pukul sembilan, dia pulak cakap pukul 11. ada ka .... nak tanya org ipoh yang berpipit di pipi nya tu .. dia pulak sunyi sepi je ..

hari rabu pak cik ke ipoh semula untuk ambil mereka pulang. kali ini pak cik dah hafal jalan nya. senang je. senafas je semua dah setel. ikut susur keluar simpang pulai lagi senang.

kat sini pulak banyak signage ke cameron highland. bini pak cik pun bising nak ke sana ujung tahun ini. nasib baik anak2 masuk campur .. tak besh sebab tader swimming pool. selamat pak cik buat masa sekarang.

penat betul aaaa ulang alik ke sana sini. dalam minggu itu sahaja dah berapa ribu km pak cik memandu. entah berapa lama 'super hero tempatan' ni boleh bertahan. nasib baik lah pak cik suka memandu ...

Friday, November 07, 2008

semut hitam di atas batu hitam di tengah malam.

satu lagi cerita yang asyik terlepas dari titipan jari atas papan kekunci.

dalam tingkatan 2, pak cik mendapat seorang guru agama. atau pun seorang ustaz. badan nya besar sehinggakan kepalanya yang berambut pendek memakai kopiah kelihatan amat kecil. raut wajah nya memperlihatkan kebengisan. suara nya tegas dan lantang. samada itu atau pun beliau seorang yang benar2 berilmu, apa sahaja yang beliau ajar cepat sahaja pak cik paham. tak tahu lah kepada murid2 yang lain. diam-diam pak cik menaruh hormat kepada beliau.

pada suatu hari pak cik melihat beliau menunaikan sembahyang sunat selepas solat fardhu di surau. masalahnya, cukup pantas dan cepat sekali beliau mendirikan sembahyang. lebih-lebih lagi ketika rukuk dan duduk antara dua sujud. cukup pantas sekali. pak cik pun kebingungan. adakah beliau tidak melakukan "tama'ninah" sedangkan itu yang di ajar dan seringkali di ingatkan kepada para pelajar. sahkah sembahyang beliau?

beberapa ketika kemudian barulah jelas kepada pak cik yang beliau hanya menunaikan rukun sembahyang sahaja. perkara-perkara sunat di dalam sembahyang tidak di buatnya.

samada beliau benar-benar hendak cepat atau sengaja hendak memberi contoh kepada kami para pelajar yang berada di surau ketika itu, wallahualam.

berapakah dan apakah rukun sembahyang? ingat dan hafalkah kita?

perkara yang sedemikian itu sebenarnya amat mudah. jelas termaktub dan kita pelajari. tetapi seringkali kita gagal mengamalkan nya secara penuh kefahaman. hampir kebanyakan jika tidak keseluruhan amal ibadat kita hari ini di lakukan atas asas kebiasaan. yang biasa kita lakukan. yang biasa kawan-kawan, ahli keluarga dan masyarakat lakukan. kebiasaan ini yang akhirnya bertukar kepada adat. dan bukan lagi ibadat.

ilmu memerlukan kefahaman. tiada ilmu lagilah kelam. tak tahu yang kita tidak cukup ilmu lagi lah teramat malang. perumpamaan nya macam semut itam tajuk tulisan ini.

itu baru fardhu ain. belum lagi ibadat fardhu kifayah. belum lagi aspek2 kehidupan yang lain. nikah kahwin, perniagaan, politik, masyarakat, syariah bla bla bla. mak bapak meninggal esok dapatkah kita memandikan mereka buat terkahir kali? dapatkah kita menyembahyangkan mereka dengan penuh tertib? siap dengan doa nya sekali? atau di serahkan sahaja kepada pak imam atau orang lain?

"the joker"

asik terlupa aje untuk mencoret perihal cerita ini.

raya deepavali ari tu ternonton citer sivaji the boss di kaca tv. besh tu. pernah pak cik carik cd/vcd/dvd citer ni. tapi minachi kedai tu kata tader jual. agaknya versi lanun di kawal. masalahnya versi tak lanun pun takder.

seminggu kemudian citer klasik hindustan pula, 'mera naam joker'. sonok pak cik layan :)) muahaha. setakat nak di gebangkan citer ni, satu malam pun tak cukup. citer ni pun puas pak cik cari dvd nya. namun belum berhasil.

apakah sebenarnya interpretasi 'the joker'? mungkin citer ini sedikit sebanyak dapat menjawab persoalan itu. falsampah yang boleh dan sepatutnya di guna pakai dalam kehidupan seharian.

seorang lagi watak 'the joker' adalah tidak lain dan tidak bukan si stephen chow sing chi! :D on the same note, citer beliau, 'dragon ball' tak lama lagi akan di tayangkan. tak lama? kematu punggung ni dok tunggu!

The Evil That Men Do. II.

selasa lepas pak cik ke kl ada sedikit urusan. pergi ke sana selepas lunch. perjalanan pergi lancar. tetapi sewaktu hendak pulang, hujan lebat turun mencurah-curah. dan jalan2 di kl pun menjadi sesak. sepuluh minit selepas pukul empat baru pak cik selamat sampai semula ke opis. berlari-lari anak pak cik menujuj ke opis di dalam hujan labt dari tempat letak kereta.

jalan tun razak dan susur keluar dari lebuhraya mahameru ke jalan duta sesak. di sebabkan air hujan yang bertakung dan membanjiri jalanraya. pastinya sistem saliran yang tersumbat. laluan lebuhraya lancar. sewaktu tiba di susur keluar ke shah alam di lebuhraya klang utara, susur keluar ke KLIA dari kelang, di laluan yang bertentangan, pak cik melihat kenderaan berbaris panjang. sesak dan tersekat. ada sebuah treler kontena telah terbalik di selekoh jambatan. ini bukan kejadian yang pertama kali.

lalu pak cik teringat pada suatu ketika dahulu ketika terdapat bulatan 'veledrome' selepas plaza tol bukit jelutung shah alam. setengah laluan di bulatan ini sebenarnya senget macam 'veledrome', justeru panggilan manja itu di berikan. melihat lori dan treler terbalik di bulatan ini dahulu adalah suatu kewajiban. pastinya di sebabkan pemandu yang memandu laju.

sebenarnya hujan, ribut dan keadaan geografi alam tidak mendatangkan bencana. kejadian malang hanyalah berpunca dari tindakan manusia itu sendiri. lalai, gopoh, tidak peduli, sombong , bongkak, degil dan sebagainya adalah sifat2 yang menyumbangkan terjadinya peristiwa malang. janganlah sesekali menyalahkan alam dan Tuhan.

"act of god" kata bekas menteri ternama kita dahulu apabila terdapat kejadian tanah runtuh menutupi jalanraya atau lebuhraya. yeah rite.

Wednesday, November 05, 2008

The Evil That Men Do.

ahad lepas pak cik nonton dokumentari dan cerita berkenaan perang dunia ke dua. kekejaman askar2 amerika terhadap orang2 awam di vietnam. kekejaman askar2 jepun terhadap tahanan perang (askar2 australia) yang di kerah sebagai buruh paksa. keperwiraan saintis amerika mereka bom atom dan menggugurkan nya (dua butir) di jepun. ribuan manusia mati.

kebetulan sejak di bangku sekolah rendah lagi pak cik dah membaca buku certia perihal jalan keretapi maut siam ke burma dan juga kedahsyatan bom atom di hiroshima (ada juga rakyat malaysia atau malaya atau tanah melayu yang terlibat dalam kedua-dua peristiwa).

perbezaan kekejaman askar amerika dan jepun adalah amat berbeza. di pihak amerika ia nya berlaku secara kes-kes terpencil. selalu nya apabila askar2 jepun secara individu atau berkumpulan tiba-tiab berubah menjadi ganas dan kejam. manakala di kalangan askar jepun ia berlaku secara menyeluruh dan total dari mereka yang berada di medan perang hinggalah ke seluruh markas2 tentera sehingga di negara jepun sendiri. di percayai arahan telah di keluarkan agar semua tawanan perang di bunuh agar kisah layanan jepun yang tidak bertamadun tidak tersebar. sehingga hari ini, kisah2 ganas dan kekejaman jepun ketika perang dunia ke dua tidak tersebut di buku2 sejarah mereka.

dalam kes2 kematian tawanan perang ketika mereka di kerah sebagai buruh paksa, jepun cuba menyangkal dengan meletakkan kesalahan kepada faktor alam yakni hutan tebal, serangga sehinggalah penyakit malaria, kolera, taun dan penyakit2 tropikal lain nya.

seorang bekas tawan perang menyatakan, kematian itu berpunca dari manusia. penyakit2 itu boleh ditangani. kebersihan, bekalan makanan yang betul, obat2an mampu menanganinya. apa yang berlaku adalah di sebabkan oleh manusia sendiri. alam tidak bersalah. malah, tawanan2 perang banyak bergantung kepada alam dalam berjuang untuk hidup di bawah kekejaman jepun. haiwan dan tumbuhan hutan membantu serba sedikit. juga faktor keindahan alam mampu memberikan mereka motivasi. itu pun hanya pada mereka yang nampak.

itu kisah jepun. bagaimana dengan kisah kita? kisah tanah melayu. kisah malaysia. siapakah pejuang2 kemerdekaan tanah melayu? bagaimanakah kewujudan malaysia? bagaimana kita kehilangan singapura? adakah buku2 teks kita cukup dan tepat dalam mengupasi isu2 ini? kenalkah dengan KMM? shamsiah fakeh? siapakah UMNO? haluan kiri? haluan kanan?

.

usah di renung bulan terlalu lama
bintang utara jangan lupa di jeling
usah leka dan alpa dengan dunia
tanda2 kebesaranNya jangan di paling.


.

ahad lepas juga tamatlah sudah sarkas F1. sarkas motogp dah berakhir seminggu atau dua minggu lebih awal. tiadalah lagi aksi2 sukan yang menarik selepas ini. nak harapkan pasukan arsenal dalam EPL, malas nak sebut. tunggu je lah sehingga mac tahun depan. musim F1 dan motogp yang baru akan bermula.

lepas ni musim haji dan krismes. musim orang kawen, musim ujan. musim banjir dan main air.
musim cuti sekolah pun tak lama lagi.

.

bulan dan bintang tak pernah hilang
hanya tersorok dari pandangan
cinta tak pernah putus atau pudar
tetapi janji dan kepercayaan.

mari merapu lagi :))

memang keributan masa ari raya, even sampai sekarang pun. bila kepenatan dan baring2 berehat, pak cik snap la gambo budak ni yg tgh tido seblah pak cik. masa ni kat umah mak di kampung, melaka.

ni gambo di putrajaya sebelah petang setelah kembali dari HKL. berkampung di sana. orang2 kampung di lenggeng pun terpaksa dari beraya ngan mak di sini.
.
dalam hujan ribut
atau panas membakar
dalam hiruk pikuk dunia
atau sepi malam padang pasir
nama siapa yang bertakhta di hati?

Tuesday, November 04, 2008

merapu lagi.

dalam kesibukan dan keributan, terlupa langsung nak amik gambar raya secara proper. ni je yang sempat.


ribut yang datang melanda
meminta musafir berehat seketika
tetapi di sebelah sudut dunia
pelayar mengelepar terkial-kial.

Friday, October 31, 2008

sesi merapu :D

biar berjalan berkaki ayam
dapatlah berbicara dengan tanah

jika tersua bunga indah di taman
cukuplah sekadar disemat di hati

dan tika meraba duka bersarang di dada
cubalah ingat saat-saat bahagia

kalau benar hujan tidak di pinta
lalu lari menyuruk di bawah atap
mengapa bila panas akhirnya tiba
enggan berganjak di situ masih terperap?
.

kau kata bulan yang di rindu
tetapi mengapa asyik mengira bintang?

p/s : perhatian untuk yonna. telah sekian lama blog yonna tak dapat pak cik nak ekses. bukak2 je kuar kelabu asap. ntah gerangan apa yang melanda.

last edited @ 11.25 am.

Thursday, October 30, 2008

a funeral and two weddings. and in between.

kak lang selamat di kebumikan. the aftermath ... isu sapa yang lebih berhak dan lebih patut dan lebih berkelayakan untuk jaga mak.

majlis perkahwinan anak buah selamat dijalankan minggu lepas di kuala selangor. ponek pak cik bolom yo hilang lagi ni ha. sengal2 otot satu badan. bulan depan majlis perkahwinan abang ipar pulak di kampung.

sempat bini pak cik berpesan "abang sekarang ni jadi orang kuat. takder saper lagi yang tinggal. kenduri kahwen papa (bang ipar) ni kene harap kat abang lagi". ceh ... macam la pak cik tak tahu. nampak gaya nya tak leh tanggal lagi lah spender kaler merah yang pak cik pakai kat luar ni.

"mak suruh ko laung azan ngan baca doa masa mak nak gi haji nanti. mak suruh ko berlatih" sms kakak pak cik. "apo lak nak berlatih. kojo sonang yo tu" :)) muahahaha jawab pak cik. pak cik masa muda remaja dulu ada gak laungkan azan kat surau2. biasa aaaa tu. cuma kene carik la doa untuk orang pergi haji ni. kene hafal. tak kan nak baca doa selamat yang biasa2 tu kan?

soal jadik orang penting dan kuat ni tak timbul. sebagai anak lelaki yang tua hakikat tu dah lama pak cik tahu dan sedar. cuma kemampuan nak memikul nya tu ... lain citer lah kan? kan kan ...

:D

Taboo Story : Preludium.

rasanya pak cik pernah menyentuh hal ini. perihal budak2 melayu. perihal ibu bapa mereka. secara am nya perihal orang2 melayu.

tak kira sepandai mana perempuan melayu kita, sejauh mana dia belajar hatta ke amerika atau ke london atau perancis, setinggi dan sebanyak mana peringkat kelulusan akademiknya, kebanyakkan orang2 perempuan melayu tetap mengamalkan sikap dan pemikiran yang telah diterapkan sejak kecil samada secara sedar atau tidak.

berapa ramai ibu2 melayu yang menyusukan anak2 tidor dengan anak kecil mereka? kadang2 para bapa terpaksa beralah.

berapa ramai isteri2 melayu yang enggan melepaskan status isteri sedangkan hak2 mereka sebagai isteri tidak lagi dilunaskan oleh suami mereka.

adakah benar melayu itu malas? melayu tidak berdaya maju?

jika benar apakah salah dan silap nya?

Mari Menyimpan ...

pak cik baru balik dari bank. hajat nya nak menukar kad atm yang dah banyak kali memberi masalah. cip rosak? kejap leh ekses ke sistem. kejap tak leh. kejap leh kuar duit. kejap tak bleh. malang nya hajat tak kesampaian. mula2 gi cawangan di seksi 9. cawangan itu sedang off line. 'system down' katanya di sebabkan black out. bekalan elektrik dah ok cuma nya sistem bank itu kelam kelibut. terpaksa lah pergi pula ke cawangan seksi 13 di pusat membeli belah giant. pegawai bank tu pulak nak kan buku bank. mana nak bawak? entah ke mana gerangan nya buku bank tu pun tak tahu la. pak cik tanya pegawai bank tu .. abih kalau buku bank takder mcm mana? tak bleh kuarkan duit la ya? senang jek dia menjawab "ntah ler". ponek den!

tu sebab nya pak cik tak suka simpan duit di bank. pak cik lebih suka bawak duit tunai ke mana2. jika kat rumah pak cik simpan duit bawah bantal, bawah tilam, celah2 lipatan baju dan di celah2 apa sahaja yang pak cik rasa selamat. tak termasuk duit siling yang bersepah2.

tak logik rasanya bila menyimpan duit kat bank tapi bila nak bawak kuar duit punya la masalah. belum masuk lagi duit minyak, penat menapak di tengah panas atau di tengah malam, mesin atm duit off line atau kehabisan duit atau dah tutup di tengah2 malam. banyak lagi lah masalah nya ...

Friday, October 24, 2008

politics & economy - pre-amble.

when i read the news about the sacking in June, it gave me a chill. felt to my spine. the sacking is due to RM120 million loss said due to commodity future trading that turn sour. here, i also looking into a potential losses due to some transactions in euro that we failed to hedge which could resulted in loss by thousands ringgit and continue to grow as the euro continue to hike against RM. could i loose my job over it?

we originally had safely hedged 2+ million euro. but then came the variation order of 300k+ euro. we didn't hedge cause the exchange rate already way beyond the rate that we wanted. otherwise we have to suffer losses. i advise them to wait cause i sexpect the euro will come down. but it didn't for a long time and continue to ris higher and higher. and during that time there already various calls that we should put up a strategy to minimise loss. as long as the euro continue to climb agaist RM, the potential loss will be bigger and bigger.

here i am putting my neck. anything goes wrong i will get the kick. but if it goes well, gues who will get the pat at the back. definitely not me! there will be a hero who will take centre stage. that is the risk doing the things that dificult and no one dare to come forward to do it. and i being pushed to carry the burden. got wear red underwear outside and take the bullets.

finally the euro came down. went down below the rate that we wanted. so .. additional gain there. and now it continue to went down. the guy already whisper we should wait. i quickly told them to stop thinking about it. case closed. we are not in the speculating business!

one down. don't know how many still left ...

http://simedarbywatch.blogspot.com/2008/06/breaking-newstwo-senior-management.html

politics & economy - a glance.

i hate politics. sometimes i got to push myself on politics news either on paper/mag/tabloid or tv or radio. y? cause whether you like it or not, in Malaysia, our politics got direct link with our economy. what happen on politic will have direct impact on our economy.

i donno what to describe my feeling when reading the news about sime darby. link for a glance on it provided hereunder.

if i am not mistaken, current Selangor MB is responsible in taking over sime darby and guthrie from the mat salleh by buying the shares on London Stock Exchange long time ago (i am pretty sure he was responsibe for wrested guthrie from the british). he was then conferred with the position of CEO in Guthrie with some shares option. please be reminded that guthrie and sime darby is under the government via shares hold by Permodalan Nasional Berhad (PNB).

guthrie is more on plantation and properties while sime darby is well diversified onto other areas. mind you ... it is not easy to manage this two conglomerate. even to manage the estates either rubber or palm oil is not an easy task. but with the system left behind by the colonial, the local can do it. kudos to colonial. some genius dunno either from heaven or hell then merged these two into one which resulted in the exit of the current Selangor MB. why hell and heaven. cause some call it eithe way according to their perspective. whether really hell or heaven, time will answer. if hell ... then perhaps it is too late to do anything.

PNB is the biggest fund manager in malaysia created by the genius back then. it is supposed to help both the public and the nation as well. amongst malay ... their Amanah Saham Bumiputra (ASB) may ring a bell. a loud one.

under PNB there is so much invested companies that called government linked companies (GLC). including guthrie and sime darby. also Maybank. so ... any adversed effect on these GLCs will bring disaster to public as well as the nation as a whole. there are other vehicles created by government for such purposes like Khazanah Holdings Bhd. and do not forget the shares held by EPF, tabung haji, various pensioner and EPF similar funds.

thus it is important to ensure that the management both at PNB and GLCs are a sound one. appointed according to merit and their ability and perhaps proven track record. they must have good governance.

and they are appointed by the government, the politician. see the link there?

with the losses currently reported by maybank and sime darby it is time to ask whether the fundamental issue is being addressed. are they managed properly? is there a political interference that affecting them?

about maybank, they used to be the no 1 local bank in malaysia. i am not sure now. but from the public, the news are not good. there are so much complaints on them. slow, non-responsive, not helping bla bla. on the maybank's staff morale? ask them. is the rise of CIMB has influenced in it?
wanna know whether the government is helping you or not, take a look at those GLCs and their direct impact on our life. like Petronas, PLUS, TNB, Telekom, Proton, bla bla bla ...

how about those services supposedly provided by government like medical, education, roads and etc etc.

how about the products and services provided by companies protected or controlled by government (via licensing, permits etc etc) like telecommunication, entertainment, news and bla bla.

how about the goverment policies whether short term or long term that have long affect on our life such as industrial and agriculture policies. on foods at the moment we depend too much on import. once the typhoon hit myanmar then we face with double price hike for rice. what happen if the typhoon hit thailand and vietnam? makan ubi kayu lah kita seperti yang di cadangkan oleh tuan menteri kita tempohari. if we can produce our own food then we can save on our import. less money going out. if we do better at it then perhaps we can do sexport. more money come in thru sexport.

a simple question. why can't the houses in putrajaya be sold at lower price? why can't the houses in other area cheaper than what it is now?

another simple question. why the chinese in kelantan do not have a problem in voting the 'parti bulan' in every general elections?

http://simedarbywatch.blogspot.com/2008/10/sime-darby-and-kpmg-obviously-had.html

Wednesday, October 08, 2008

in sombre mood. 3.

macam yg pak cik sebut bulan march lalu, kematian mungkin akan berlaku dari keluarga terdekat famili mak mertua. kan dah jadi ...

http://emzack.blogspot.com/2008/03/apdet-seciput.html

in sombre mood. 2.

pak cik letih. hari ni masuk opis lepas lunch. tadi hanya tido sesudah subuh.

keaadaan kak lang di khabarkan sudah nazak. otaknya di lapurkan sebagai memberi sedikit reaksi ataupun sedikit aktif sahaja. jam tiga pagi tadi pak cik bawak isteri pak cik ke hospital. anak-anak kak lang telah pun sampai terlebih dahulu. yang tua sudah duduk di sisi katil membaca yaasin.

tujuan pak cik bawa isteri pak cik ke sana agar sempat melihat kakak nya. mana tahu ... tujuan lain adalah memberi sokongan kepada anak2 kak lang dan juga mak. mak kelihatan cukup sugul. wajah nya tak dapat di bayangkan. very frail ...

yang tinggal hanyalah sedikit harapan. sedikit keajaiban. walaupun sedikit masih di genggam kukuh.
.

just received a call just now .. kak lang dah tader. innalillahirojiun ...

* last edited at 4.08 pm.

Tuesday, October 07, 2008

in sombre mood.

this time raya umah mak dan ayah. meaning few days before raya n first daya raya we will be 'berkampung' there before depart to my inlaw hometown in lenggeng usually after dzohor. 'berkampung' meaning helping my parents n sisters in making raya cookies, ketupat, ketupat palas, rendang ayam and rendang daging. in those old days the raya cookies could be mutiple varieties like kuih ros, bahulu, lemang etc etc that require us have a war with fore & heats while fasting. luckily this year no more raya cookies. strictly those rendangs and ketupats. due largely to 'tak larat'. age is catching up with everybody ... which left me time to go shopping at night with my own family at uptown sales as well as at komplek pkns on malam raya. then my wife got the first hand sexperience on 'malam raya lelong' there but she couldn't stand with the crowd.

as usual on first day hari raya after raya solat, we have this 'minta ampun dan maaf' with our parents. for the first time this year i hug them. and before my own family and i depart to my inlaws, i hug my sisters and kissed them. first timer also.

unlike previous year, this year my inlaws 'beraya' at the hospital. my mom inlaws and almost all her sons and daugters and cucu were there. kak lang still in hospital without any much improvement but we still pray for her recovery. just a couple of days before the doctor confirmed that my mom in law also had the 'stroke attack' albeit a light one. left her with difficulty to move. she really need to look after her diet and emotions.

we 'berkampung' at putrajaya afterwards. that evening and that night i was at the kitchen doing all kind of works like 'panaskan' all kind of rendangs, doing the cookings and wash the dishes while still clad in baju melayu. almost at midnight only i cud take a bath. all relatives from lenggeng came down to putrajaya, mainly to see my mom in laws. some continue to go to hospital to visit kak lang.

raya kedua, isteri pakcik pula mengetuai kerja2 di dapur. pak cik tolong2 aje jika perlu. hanya selepas semua dah selesai di sebelah petang baru lah kami sekeluarga bertolak ke kampung di lenggeng. tujuan utama adalah beraya di rumah kak ipar dan anak2 nya, isteri abang ngah yang meninggal beberapa tahun lepas. kemudian beraya di rumah mak long terutama nya dengan cik ila, sepupu bini pak cik yang kematian anak istimewanya.

late evening we depart for melaka. this year we have to go back. pak cik kena melawat pak cik sedara who is bed ridden. sempat juga beraya di rumah sanak saudara belah ayah. di sebelah ibu, pak cik pergi beraya di rumah mak long dan pak itam.

tengahari sabtu baru bertolak pulang ke shah alam. pak cik ikut jalan lama kerana hendak beraya du rumah abang chik di rembau. sebelah petang nya baru bertolak ke shah alam. lebuhraya serembam sedikit 'jammed'. dalam perjalanan kami mendapat perkhabaran keadaan kak lang di hospital semakin merosot, beliau mendapat jangkitan kuman di paru2 dan akan di pindahkan semula ke wad rawatan rapi. khabar berita ini dengan sengaja nya di sembunyikan dari pengetahuan mak yang pada waktu itu berada di rumah kak long di kuala selangor. tigas pak cik malam itu adalah mengambil mak di sana, kak long dan angah, our baby sitter sekali.

ke esok kan nya kami melawat kak lang. oleh kerana kak lang di unit rawatan rapi, waktu melawat adalah terhad. ramai juga sanak saudara yang datang 'berkampung' di sana walaupun hanya di luar wad. pukul 2, pengawal keselamatan pun datang minta kami semua beredar dari sana.

petang itu juga kami mendapat perkhabaran, mak cik tua jiran kami sudah meninggal pada pagi hari raya kedua. beliau sakit tenat beberapa hari sebelum raya berikutan 'komplikasi' dari obat antibiotik yang di ambil nya.

begitulah raya tahun ini .... banyak bertemakan orang sakit dan kematian. bawak2 lah bersabar ...

Monday, September 29, 2008

Salam Eidul Fitri.

raya tahun ini agak 'sombre'. kakak ipar masih di hospital. ibu mertua juga kurang sehat. walaupun begitu kesyukuran juga dipanjatkan ke hadrat ilahi. things cud be worst. ini hanyalah peringatan untuk mereka yang mahu mengambil taufik dan hidayah ...

untuk kawan2 dan kenalan ... slamat meyambut ari raya eidul fitri. berhati2 di jalan raya dan tika main mercun. do not be part of the statistic! moga semuanya bergembira dan ceria sepanjang masa. moga negara kita dan rakyat nya akan bertambah maju dan progressif selepas raya! :D

Wednesday, September 24, 2008

of a few things ...

i never run away from home. cause i know ... once i take my butt out, i shall never return.

i always spend hari raya with my parents. no sexcuses. either they are away or i am. no matter how far ... i will always bring my butt home. sexcept for that year they are away for hajj. and thi syear my sis n my mom will be away to mecca ...

there is only one sexcuse for i am pulling myself from anyone ... i already casted them as cruel. for a cruel person don't have a heart ...

gelak skit ....

"The FIA’s International Court of Appeal has thrown out McLaren’s case against Lewis Hamilton’s recent Belgian Grand Prix penalty on the grounds that their appeal was inadmissible."

when it happened, it is a well known fact that the penalty imposed to him by the race steward can not be appealed. then come the media outrage claiming FIA & FI concerted a conspiracy against hamilton and mclaren in favour of massa and ferrari. those peoples are plain stupid.

rules are rules. law is law. make sure u know the rules and laws before u dare to open ur mouth.

do not say it cannot be done. F1 legend Michael Schumacher knew almost every rules, laws, tactics in the book and not in the book. perhaps that is why he is the legend ...

:)) keh keh keh.

sejemput kata sebaris ayat ...

minta maaf, pak cik kurang sehat sedikit dan di tambah lagi dengan kebizian.

semasa zaman kegelapan pak cik, ketika melepak dengan kawan2 di plaza chi liung, klang, dah bosan bermain video game dan snooker, kami tetiba terserempak dengan ramai manusia bangsa cina berpusu2 ke pawagam. kehairanan, kami pun menyibukkan diri. rupa-rupa nya cerita 'royal tramp'. kami pun turut sama berasak2 beli tiket dan memenuhi pawagam. pecah perut ketawa tak ingat dunia dalam panggung tu. begitulah bagaimana pak cik meminati manusia bernama stephen chow sing chi, one of my idols and heroes :D.

minggu lepas pak cik menonton cerita "Chinese Odyssey Part 1 - The Pandora Box" di RTM2, semasa selak2 chennel tv. tapi cuma sempat menonton bahagian akhirnya. dan hari isnin lepas i made it a point to watch its second part "Chinese Odyssey Part 11 - The Cinderella" and i did. sorry guys, i love this movie so much. bagus tak bagus nya citer ni, pak cik rasa salah satu adegan dalam ni telah di ceduk oleh cerita 'gladiator' lakonan russel crowe.

cerita ini berlatarbelakangkan sastera klasik china 'journey to the west' yang sangat masyhur. pelbagai drama tv, wayang, kartun dan sebagainya telah dihasilkan berinspirasikan cerita klasik ini. terbaru sekali cerita kungfu di mana jackie chan dan jet li di satukan. cerita kartun 'dragon ball' juga adalah salah satu karya yang di pengaruhi oleh nya.

cerita 'chinese odyssey' merupakan titik tolak bagi pelakon nya stephen chow sing chi menumpukan kreativiti ke arah cerita2 komedi yang lebih serius dan berkualiti, tidak lagi lawak2 slapstik yang kebodohan. bagi peminat beliau seperti pak cik tak kisah pun sebenarnya. tetapi ia nya mungkin pembaharuan yang penting bagi beliau. lima tahun kemudian, 1999, beliau mengarah cerita 'King Of Comedy', sebuah komedi serius yang berlatar belakang kan pengalaman beliau dalam peringkat awal penglibatan di industri perfileman. begitulah seterusnya hingga kita dapat menonton cerita hebat 'kung-fu hustle', 'shaolin soccer' dan 'cj7'.

sekarang beliau sedang mengusahakan filem 'dragon ball'. sebagai peminat beliau dan juga cerita kartun tersebut, tak sabar pulak nak tunggu ... tahun depan tu.

kalau nak citer pasal mamat ni .. memang berjela-jela lah. cukuplah sesikit ya.
.

raja petra kamaludin atau pun rpk dengar khabar nya telah di tahan bawah ISA selama 2 tahun di Kamunting. masalah penggunaan ISA ni dah la lebih banyak di pertikaikan dan di dakwa sebagai zalim. samada zalim atau tidak, memisahkan si ayah dari anak2, suami dari isteri di bulan ramadhan dan aidil fitri yang tak lama lagi ini, bagi pak cik ia adalah satu tindakan yang kurang bijak.

ada yang menyalahkan Pak Lah. sebagai ketua kerajaan. bagi pak cik, ia nya kesilapan kerajaan secara umum, secara kolektif. bagaimana sekumpulan yang ramai boleh bersekongkol dalam perkara demikian? sia-sia lah perletakan jawatan Menteri Undang2 tempohari. masuk angin keluar asap.

itulah permasalahan pak cik dengan kerajaan sekarang. banyak bersikap sombong dan angkuh. komen2 dan pendapat awam tak di pedulikan. malah di tepis dengan alasan2 yang mudah dan remeh temeh.

terus terang pak cik tak berkeyakinan jika TPM sekarang menggantikan PM, ekonomi kita akan bertambah baik.

jika kerajaan tidak berubah kepada mesra rakyat, bagaimana ia nya mampu berubah kepada mesra pelabur2 dan peniaga2 di dalam dan dari luar negeri? bagaimana ekonomi boleh di perbaiki?
.

raya tahun ini mula2 akan beraya di subang dengan mak dan ayah. lepas zohor barulah bertolak ke putrajaya. mungkin tahun ini beraya di sana dan bukan di kampung di lenggeng. kak ipar masih di tahan di hospital. baru semalam beliau di bedah sekali lagi. selepas pembedahan pertama, tekanan darah nya walaupun stabil tetap sesekali mengalami peningkatan yang tinggi. beliau juga demam2. samada beliau dalam keadaan sedar atau tidak, pak cik pun kurang pasti. harap2 nya dengan pembedahan kedua ini situasi beliau akan semakin pulih, insya'allah.

mungkin juga pak cik akan balik sebentar ke lenggeng. ada sanak saudara yang perlu di lawati. lebih2 lagi anak2 abang ngah yang baru meninggal beberapa tahun yang lalu.

kemudian hajatnya nak balik sebentar ke kampung di melaka. ayah sedara pak cik tak sehat di pembaringan dan tak boleh bangun dengan sendiri lagi. kena lah di jenguk kan? lebih2 lagi dahulu dia pernah menjaga pak cik sementara waktu dan berhajat untuk mengambil pak cik terus sebagai anak dia. mak pak cik tak bagi.

harap2 sempatlah menemui pak cik sedara tu. baru tadi dapat perkhabaran ayah rakan sekerja pak cik meninggal di kampungnya di perak. salam takziah buat beliau.

banyak betul dugaan dan cerita2 sayu tahun ini ...

Thursday, September 18, 2008

Ngomel Skit!

kalo kita bercakap hal keburukan orang lain, perkara itu yang benar, mengumpat lah nama nya tu.

kalo kita bercakap hal keburukan orang lain, perkara itu tidak benar, memfitnah lah pula nama nya.

dibenarkan kita untuk bercakap perihal keburukan orang lain demi menegakkan hukum. contohnya kita di hampiri oleh seseorang bertanyakan si polan bin si polan. hajatnya adalah untuk menjadikan si polan itu sebagai menantu. di bolehkan kita untuk memberitahu perkara sebenar dan itu pun hendak lah di sampaikan dalam cara yang elok dan manis penuh berhemah dan sopan santun. seperti " si polan itu sebenarnya seorang doktor yang tidak bertauliah bla bla bla ...".

antara tazkirah yang pak cik dengar tempohari untuk di kongsi bersama. selamat beribadat dan berehat2 di hujung minggu. and be safe ya!

Super Link 2.

masa pak cik keje bank dulu pak cik suka lah juga baca suratkabo dan majalah2 terbitan orang2 asing. lebih2 lagi jika nak tahu pasal ekonomi dan hal ehwal kewangan negara kita. percaya atau tidak selalu nya mereka ini lebih cepat dan legih tepat dari suratkabo dan media negara kita sendiri. heran tu ...

ini contoh rencana yang pak cik cilok dari laman blog rockybru ... : http://rockybru.blogspot.com/2008/09/not-ordinary-thursday-afternoon.html

cerita nya pasal ekonomi. tapi kalo di lihat dari kacamata politik, politikal lah rencana itu.

happy reading!

Trengkas 2.

percaya atau tidak, pak cik seakan bermimpi beberapa tokoh akan di tahan di bawah akta ISA. selang dua hari, berlaku lah penahanan 3 insan di bawah akta ISA.

pak cik cukup sedih sebenarnya. perkara sedemikian tidak sepatutnya terjadi. penggunaan ISA bukanlah jalan penyelesaian. kejadian yang menimpa kakak ipar sedikit sebanyak mengalih perhatian pak cik daripada isu ISA itu.

sebenarnya segala masalah hari ini adalah berakar umbikan masalah ekonomi. ekonomi yang merudum menyebabkan undi orang2 cina lari. begitu juga masalah orang india bertambah serius dengan melesetnya ekonomi. begitu juga dengan orang melayu. itulah perkara pokok nya.

oleh itu walau apa pun yang berlaku sekarang ini pihak kerajaan mestilah menumpukan usaha untuk membaikpulihkan ekonomi negara. masalah perkauman itu adalah masalah sampingan sahaja. begitu juga masalah anwar. masalah UMNO. masalah SAPP.

telah di persetujui sejak sekian lama dan di jadikan peraturan bahawa jika berlaku krisis dalam mana2 kapalterbang, juruterbang, pembantu juruterbang dan jurutera penerbangan akan membahagikan tugas untuk menangani mana2 masalah di dalam kapalterbang dan mesti ada seseorang yang senantiasa terus bertanggungjawab dan memberi perhatian menerbangkan pesawat. itu adalah perkara pokok. kapaterbang harus terbang. seseorang mesti memastikan nya.

begitulah juga dengan masalah negara. seseorang mesti terus bertanggungjawab mentadbir negara. menangani masalah ekonomi. masalah2 lain hanyalah masalah sampingan yang harus dideligasikan kepada mereka2 yang berpengetahuan dan arif tentang masalah2 itu. dan segala tindak tanduk kerajaan mestilah bertunjangkan motif dan objektif memelihara kepentingan ekonomi negara.

malangnya ... penggunaan ISA, penutupan blog, keputusan2 pemimpin yang tidak tetap dan tegas tidak menyumbang ke arah memantapkan ekonomi negara. malah mampu memburukkan lagi.

tak kan lah tiada sesiapa pun dalam kerajaan dan pentadbiran yang mampu mengingatkan perdana menteri, kabinetnya dan menteri2 nya yang lain perkara ini?

percayalah .. jika ekonomi negara bertambah baik, rakyat semakin senang dan kaya, tiada sesiapa pun akan peduli apa yang anwar ibrahim cakapkan. tiada siapa akn bercakap pasal menukar kerajaan.

but the hungry man is the most angry man ...

Trengkas.

hari jumaat lepas pak cik berbuka di rumah mak & ayah. kerana babysitter ikut sekali, pak cik tak singgah lebih lama untuk bersahur sekali.

hari sabtu pak cik buat keputusan untuk berbuka bersama kak long, kakak ipar di kuala selangor. mood pak cik baik jadi pak cik memandu kereta dengan penuh hemah dan sopan santun. nasib baik. kerana berlaku kemalangan jalan raya di hadapan. berlaku depan mata. kerana pak cik menjarakkan kereta dengan kereta di hadapan agak jauh, brek kecemasan tak jadi masalah. tidak terkejut sangat. dan tidak mendatangkan apa2 musibah kepada tujuh orang penumpang dalam kereta pak cik.

pak cik orang pertama sampai ke kereta yang termasuk dalam longkang besar di tepi ladang kelapa sawit. pak cik cukup bimbang mulanya kerena tiada apa2 pergerakan yang kelihatan dalam kereta myvi itam tersebut. sebaik sahaja pak cik membuka pintu kereta myvi itu, kelihatan kesemua manusia di dalam nya tidak mengalami sebarang kecederaan. cuma menggigil trauma dan terkejut. nak bergerak pun tak boleh. selepas memastikan kesemua mereka dalam keadaan yang baik dan mampu keluar dari kereta itu, pak cik pun meneruskan perjalanan. dua lagi kereta yang terlibat remuk tapi kesemua tiada kecederaan yang serius.
.

dalam perjalanan pulang malam nya isteri pak cik mendapat panggilan telefon. mak mertua di bawa ke klinik di linggi untuk pemeriksaan darah tinggi. tekanan darah nya di lapurkan tinggi. klinik di situ mampu membuat pemeriksaan darah dan mengeluarkan hasil pemeriksaan yang cepat. dari lenggeng ke linggi. dan ke rembau. abang ipar yang tinggal di rembau yang membawa mak mertua ke sana. mak mertua di beri obat darah tinggi yang baru. obat yang lama dah berpuluh tahun tak pernah di ubah2. itu lah padahnya jika pergi klinik kesihatan kerajaan di kampung2 kecil. yang merawat cuma pembantu perubatan. nak jumpa doktor dia kata tak payah ...

yang menelefon adalah kak lang, kakak ipar yang tinggal di putrajaya. dia dalam perjalanan ke rembau untuk mengambil mak mertua dan di bawa pulang ke lenggeng.
.

ke esokan hari nya mendapat pesanan ringkas dari anak buah, kak lang pula di bawa ke hospital seremban kerana tekanan darah tinggi. di bawa dengan ambulans.

selang beberapa lama pesanan ringkas yang masuk mula berbaur cemas dan kritikal. hingga akhirnya abang ipar sendiri yang menelefon "doktor sini kata dah tiada harapan", katanya. bercucuran air mata isteri pak cik mendengar perkhabaran sedih tentang kakak kesayangan nya.

kami berlapan pun berkemas dan bergerak ke seremban.

keadaan kak lang di hospital seremban (nama barunya sejak beberapa bulan yang lepas adalah hospital tuanku jaafar? bukankah hospital selalunya di namakan sempena nama sultanah?) memang kelihatan tenat. pelbagai mesin disambungkan kebadan beliau termasuk mesin bantuan pernafasan. tekanan darahnya cukup tidak stabil.

doktor di sana mengesyorkan agar kak lang di bawa ke hospital kuala lumpur untuk pembedahan mengeluarkan darah beku di dalam kepala nya. bagaimanapun beliau menyatakan peluang untuk sembuh adalah tipis. besar kemungkinan jika terus hidup tetapi dalam keadaan koma.

menyedari itulah sahaja peluang yang ada, kakak ipar di pindahkan ke hospital kuala lumpur. pembedahan di lakukan pada pukul 3.30 pagi dan tamat sejurus selepas subuh. beliau masih di unit rawatan rapi. keadaan beliau alhamdulillah menunjukkan tanda-tanda yang baik.
.

ketika anak bujang nya yang sulung terlantar teruk di hospital seremban akibat kemalangan jalanraya dahulu, pak cik memberitahu kakak ipar "jangan bimbanglah, dak ijdi ni kuat orang nya."

memang benar. dak ijid dah sembuh walopun sedikit tempang. rasanya segala besi di kaki dan pinggulnya dah di keluarkan. masalah kepala dan paru-parunya dahulu pun tak meninggalkan kesan berpanjangan.

kekuatan dan semangat untuk hidup si anak tadi datangnya dari ibunya. pak cik berkeyakinan kak lang akan sembuh. namun pak cik tetap berdoa untuk beliau. dan mudah-mudahan sempat beraya di rumah dan bukan di wad di mana-mana hospital.
.

berikutan itu, sibuklah pak cik sekejap. memandu dari kuala selangor, shah alam, seremban, lenggeng, putrajaya, kuala lumpur dan klang. selalu nya memandu pakai sandal jek. dah banyak sangat batuan perjalanan, terpaksa pakai but. untuk mengelak dari sakit kaki. macam2 hal lagi ...
.

pesanan pak cik ... jika sekali doktor telah memberi preskripsi obat darah tinggi, sila-sila lah makan obat tersebut dengan tertib. makanlah segala obat kampung, diet dan sebagainya. tapi obat darah tinggi JANGAN sesekali di tinggalkan. kalau pun tak sayangkan diri sendiri, ingatlah mereka-mereka yang rapat dengan kita. susah kita, susah mereka juga nanti. jangan lah biarkan mereka bersedih mengeluarkan air mata. lebih2 lagi di bulan ramadhan dan bulan syawal nanti ...

seelok nya kita cubalah mengelak dari terkena penyakit darah tinggi ni. marilah kita jaga pemakanan dan bersenam selalu. walaupun ada risiko keturunan sekalipun, kita masih mampu mengelak nya insya'allah ...

akhir kata ... selamat berpuasa dan berbuka di samping keluarga dan teman2 rapat! :D

Saturday, September 13, 2008

Super Link.

just wanna share a piece of challenging mind boggling writings :

http://zveloyak.blogspot.com/2008/09/hysteria-asking-some-hard-questions.html

:D

these coming few says will be interesting indeed ... what is awaiting for us? klse already downed at lowest point ...

Friday, September 12, 2008

melayu & islam : the collision.

banyak sebenarnya perlanggaran dalam dunia ini samada yang di sengajakan atau tidak. yang merbahaya dan sebaliknya. contoh yang di sengajakan adalah seperti link ini : http://marahku.blogspot.com/2008/09/and-now-for-something-completely.html

perlanggaran kosmik, perlanggaran atomik, perlanggaran saintifik yang di sengajakan bertujuan menghasilkan teknologi baru untuk industri berat dan tinggi. contohnya pemotongan dan penyambungan besi secara otomatik yang berkuasa tinggi dan laju.

tapi apa yang pak cik tertarik nak sebut kali ini adalah perlanggaran pahaman assabiyah dan islam. perlanggaran yang telah lama berlaku sejak wujudnya manusia sehinggalah sekarang. yang dahulunya kita rajin menyebut berlaki di kalangan masyarakat arab. tetapi kita jarang menyebut perlanggaran ini berlaku di dalam masyarakat kita. perlanggaran fahaman melayu dan islam.

segala-gala nya akan berbalik kepada soal aqidah dan tauhid. soal kepercayaan. yang sepatutnya di translasikan ke dalam kehidupan seharian. sesetengah ahli sufi mengatakan tidak sah air sembahyang yang tidak di mulakan dengan bacaan bismillah sedangkan ia bukanlah rukun. rahsia nya adalah ahli sufi tadi menaksirkan bacaan bismillah itu sebagai niat, salah satu rukun. islam itu bukan sahaja tersekat kepada lima rukun isalam tetapi meluas merangkumi cara kita menjalani kehidupan, ungkapan yang biasa di dengar. untuk melayakkan cara kehidupan itu sebagai ibadah dan sebagai islam ia haruslah di sertakan dengan niat. niat kerana allah. "dengan nama mu ya allah".

bagaimana jika kita di tawarkan untuk membeli saham sebuah bank konvesional pada harga murah, pada harga ESOS (skim pilihan saham untuk pekerja) misalnya, yang membolehkan kita membuat keuntungan ribuan ringgit? tertarik dan menarik? secara undang2 ianya sah. orang melayu tidak ada masalah. namun dari segi islam ianya salah kerana unsur riba. sebagai muslimin dan muslimat ia menjadi masalah, tidak boleh dan haram.

kembangkan isu ini kepada amanah saham nasional dan amanah saham bumiputra. satu sistem murni yang di cipta untuk bumiputera. untuk orang melayu. ia nya halal di sisi undang2 sivil dan konvensyenal. tetapi dari segi islam? samada ia nya haram atau syubahah, sesuatu yang di ragui halal haram nya, secara otomatik ia perlu di elak dan di jauhkan.

jika ianya bukan halal secara mutlak mengapa ia dicipta sedemikian rupa? sejak pertanyaan ini di utarakan lama dahulu mengapa tidak ada perubahan di buat?

jawapan nya mudah sekali. yang mencipta itu tidak mengendahkan tentang islam.

isteri pak cik penyokong tegar BN. pak cik beritahu kepada dia lama dahulu apabila dia pergi memangkah BN dalam pilihanraya; "selama 4 tahun itu kamu jika kamu mati, tidak masuk syurga". tapi bini pak cik tak kisah. tak endah. tak mengapa, pak cik hanya menjalankan tanggungjawab pak cik.

apa niatnya semasa memangkah. walaupun baca bismillah sekali pun ... apakah yang benar2 terlintas di sanubari? untuk melayu atau untuk islam?

fatwa hadi awang yang menyebut bahawa sesiapa yang tidak menyokong PAS adalah bukan islam membuat ramai yang marah. orang UMNO pastinya. tapi ramai yang buat bodoh sahaja. tidak peduli.

ada yang mengatakan ia adalah soal hati. apa yang tersimpul di hati hanya diri sendiri dan Allah yang mengetahui. niat untuk apa dan siapa? tapi benarkah begitu?

bapa saudara rasulullah saw tidak pernah mengucap kalimah syahadah walaupun setelah di ajar baginda ketika meniup nafas terakhir. beliau bukan islam. mungkinkah niat nya murni agar beliau kekal sebagai kafir dan masih mendapat layanan istimewa dari kaum quraish dan lain nya di Mekah bagi membolehkan beliau melindungi rasulullah saw? dengan kehadiran beliau rasulullah saw tidak pernah di apa-apakan. mungkin itu tujuan nya yang sebenar? namun apabila di tanya kepada rasulullah di kemudian hari, baginda mengatakan Abdullah seorang kafir dan terpulang kepada Allah bagaimana seksaan beliau di alam akhirat nanti.

UMNO di tubuhkan atas dasar assabiyah, iaitu Melayu. PAS pula serpihan terbit dari UMNO kerana ia bertunjangkan Islam. mudah, ringkas dan jelas.

wujud pula persoalan tentang niat, perlaksanaan yang ekstrim, pemahaman liberal, dakwah secara bijaksana dan sebagai nya. ini lebih mengkalutkan. membuat yang samar menjadi kelam. mungkin sudah sifat manusia begitu. menyusahkan apa yang mudah. intipati surah al-baqarah!

anugerah terbesar kepada manusia adalah akal dan sifat ingin tahu. bagaimana kita menggunakannya terpulanglah. dan apabila tiba soal syurga dan neraka apakah tindakan kita selanjutnya?

ini bukan soal politik, antara UMNO dan PAS. ini bukan soal melayu dan bukan melayu. ini adalah soal akidah. soal tauhid uluhiyyah.

selagi dihimpit masalah kecetekan ilmu dan kurang pemahaman, malah di belenggu ketiadaan daya ingin tahu dan atau pun ketiadaan usaha-usaha mendalami ilmu, selain dari berserah dan mengikut yang majoriti membabi buta, dan akhir sekali di butakan oleh matlamat keduniaan, selagi itulah perlanggaran melayu dan islam akan terus berlaku. di peringkat individu. dan juga secara amy nya berlaku di peringkat ummah, masyarakat, negeri dan negara. dan umat masyarakat yang mendapat hak keistimewaan menganut islam melalui kelahiran itu sendiri yang membenarkan ia nya berlaku.

wallahualam.
.

pertama kali terdengar rukun agama malam tadi ... 3 perkara. iaitu rukun islam, rukun iman dan ihsan. bab ihsan yang kurang pasti tu. apa yang ustaz tu terang semacam tidak konsisten dengan pahaman umum selama ini. yang di terangkan lebih menjurus kepada soal tauhid. tidak kepada soal akhlak dan sifat-sifat terpuji yang di guna pakai sejak lama. nampak nya kene buat kajian dan selidikan sedikit mengenai bab ihsan ini.

* last edited @ 2.47 pm

Wednesday, September 10, 2008

Buat Bodoh ...

tetiba pada perhimpunan umum di pagi jumaat, nama pak cik di panggil ke hadapan oleh cikgu disiplin. kesalahan pak cik dan beberapa pesalah yang lain pun di umumkan. di hadapan segala murid. di belakang segala guru duduk. malu? mungkin. tapi api kemarahan lebih menguasai emosi pak cik.

"nak aku amuk ke orang tua ni?" bisik hati pak cik sambil menjeling kepada guru disiplin yang sedang merapu di atas pentas.

masuk sahaja ke kelas dengan emosi yang berantakan, pelajar2 perempuan menjeling2. pak cik tak pedulikan mereka. juga pada rakan2 pelajar lelaki lain nya. pak cik tak pernah kisah pada tanggapan orang lain.

ingatkan sudah habis episod bodoh tadi. malangnya apabila masuk seorang guru perempuan, dia memanggil pak cik ke hadapan ke meja guru dan mula bersyarah dan berleter. sekali lagi api kemarahan pak cik marak menyala. walaupun mulut cikgu becok berkata-kata namun tak sepatah pun perkataan nya yang pak cik dengar. pak cik sibuk berdialog di dalam hati. di dalam kepala sendiri.

"dia ni tahu ke tak aku tak bersalah?"
"kenapa dia tak tanya dulu apa cerita sebenar?"
"sudahkah aku di buktikan bersalah?"
"mengapa semua suka menghukum tanpa usul periksa?"
"logik ke guru2 mengajar aku melakukan ketidak adilan?"
"bukankah sekolah ini tidak sepatutnya mengamalkan polisi hukum tanpa bicara?"

macam2 lagi dialog sendiri pak cik dalam kepala sambil pak cik buat endah tak endah kepada cikgu perempuan tadi. buat bodoh! mungkin itu membuatkan dia sakit hati dan leteran nya bertambah kuat dan rancak. namun pak cik tak dengar sebutir habuk pun. alam macam sunyi sepi. segalanya bisu. dan pak cik merasa kerdil dan sendirian. ada lonjakan dan tuntutan perasaan agar melakukan sesuatu. agar dunia tahu dan sedar ketidakadilan ini.

"haruskah aku tampar mulut cikgu ini biar berdarah?"
"haruskah aku pergi berhadapan dengan cikgu disiplin dan memberinya hadiah buku lima?"
dialog2 baru di batu jemala kepala pak cik yang mula bersifat mereng dan memberontak.

.

teringat salah satu kisah bodoh masa di sekolah. terlalu banyak sebenarnya. mana2 cikgu yang tidak sedar betapa besar peranan mereka dalam pembentukan jati diri murid-murid sekolah besar kemungkinan akan menyumbang ke arah keruntuhan jiwa muda yang merupakan tenaga dan harapan masa depan bangsa dan negara. paling malang membunuh potensi-potensi jiwa yang mampu menyinar bagai mutiara atau berlian di masa hadapan. musnah lah harapan.

hajat hati memetik bunga
di semat di dada dekat di hati
tapi jika hampa dan kecewa
tiadalah erti hidup biarlah mati.

Tuesday, September 09, 2008

Berat Sebelah - AWAS (18 SX) -

orang lelaki kadang-kadang akan mengalami penyakit serangan angin mengakibatkan telur mereka berat sebelah. sakitnya masya'allah ... tak tahulah pak cik jika orang perempuan pun mempunyai penyakit yang serupa. tetek berat sebelah mungkin?

begitulah jika sesuatu perkara yang sepatutnya seimbang tetapi tidak. berat sebelah. bukan yang berat dan ringan itu yang mendapat bencana. seringkali mereka di sekelilingnya.

kekuatan dan kepandaian dalam berunding adalah merupakan sesuatu perkara yang amat penting kepada peniaga, pemimpin dan wakil2 ketua yang memegang amanah untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat bahkan negara sekali pun. termasuk lah kehebatan dalam berhujah mematahkan debat si lawan dan kemudiannya di dokumentasikan secukup kemas.

justeru itu apabila bekas menteri kerja raya dahulu mengatakan kadar tol tidak boleh di turunkan, kenaikan kadar tol yang telah di tetapkan di dalam perjanjian mestilah di hormati ataupun kerajaan harus membayar ganti rugi, pak cik merasakan sesuatu yang cukup tidak kena. memang benar perkara itu telah di persetujui dan di meterai. tetapi mana boleh begitu? tidak kah kerajaan sepatutnya melindungi kepentingan awam tanpa perlu membayar atau menanggung sebarang kerugian? lebih-lebih lagi apabila kerajaan berdiri sebagai penjamin kepada syarikat lebuhraya berkenaan!

kejayaan proses penswastaan di malaysia daripada membina lebuhraya, prasarana lain nya seperti jambatan, lrt, monorel, keretapi, bekalan tenaga elektrik, bekalan air bahkan perkhidmatan awam seperti pos, kapalterbang, telekomunikasi, perkapalan, petroleum dan banyak lagi sebenarnya kerana kewujudan klausa emas di dalam kesemua perjanjian2 pembiayaan penswastaan tersebut, yang menyatakan kerajaan secara undang2 akan bertanggungjawab untuk melunaskan apa2 bayaran pinjaman yang tertunggak. bank mana pun akan membiayai perniagaan yang sedemikian rupa bukan? as good as financing the government itself!

kemudian, syarikat2 swasta ini di beri segala kemudahan dan keistimewaan seperti monopoli, kadar sewa, tol, perkhidmatan bayaran yang tinggi membolehkan mereka membuat keuntungan sebanyak mungkin.

kemudian di manakah peruntukan undang2 yang membolehkan kerajaan mempengaruhi sesetengah keputusan syarikat swasta ini yang melibatkan kepentingan orang awam? tiada? tidak berat sebelah namanya?

yang mendapat sakit dan bencana secara terus bukan syarikat itu dan kerajaan. tetapi rakyat juga.

jika di pikir2, apa lebih nya proses penswastaan ini. maju sangatkah teknologi komunikasi kita. sejauh mana kita kehadapan di bawa oleh syarikat telekomunikasi gergasi kita? selain dari kelebihan mereka mengenakan caj sewa telefon BULANAN untuk perkhidmatan talian tetap walaupun kita tak mahu menggunakan telefon mereka! maju sangatkah sistem penerbangan, keretapi kita? khidmat pos? khidmat lapangan terbang?

mana yang perlu? di swastakan syarikat2 itu atau di tukarkan kerajaan terus?

contoh terbaik adalah RTM. lihatlah kualiti siaran dan rancangan penerbitan rtm. cukup malap dan tak bertenaga. hendak kita swastakan rtm itu atau kita tukar sahaja kerajaan yang mengendalikan rtm itu sejak sekian lama?

tapi nak buat macam mana? tak mahu tukar kerajaan bukan? terima aje lah semua kesusahan yang datang dengana redha. hatta datang tsunami, gempa bumi dan banjir besar akibat ketidakcekapan pentadbiran pun masih angguk2 kata itu semua Tuhan punya kerja.

cerita benar : ketika sebuah bank tempatan yang ke tiga atau ke empat terbesar mengalami kerugian dan hampir bankrap, pengurusan bank memanggil khidmat ahli2 professionak dari bank luar negara untuk menganalisa kerugian dan merangka strategi penyelamatan.

bertanya seorang omputih itu kepada pak cik "bagaimana bank ini boleh memberi pinjaman ratusan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang hanya bermodalkan sejuta ringgit semata-mata untuk membina jambatan terpanjang di malaysia?"

bagaimana nak jawab tu? buat bodoh je lah sambil tersengeh2 macam kerang busuk.

Lagho!

minta maaf. entri kali ini sedikit lagho!

sudah menonton cerita 'House' malam tadi? minggu depan adalah siri terakhir untuk musim ke empat. cerita malam tadi dan minggu depan adalah yang terbaik rasanya dari seluruh siri-siri cerita 'House'. itu pendapatan pak cik lah.

tetapi bila di pikir-pikirkan semula banyak yang tak logik dan agak mustahil dalam cerita 'House'. tapi bila dah suka tu ... bedal je lah.

pak cik sekarang ini sedang mendengar lagu2 terbaru dari kumpulan 'Metallica'. album mereka yang terbaru yang sudah seminggu rasanya di lancarkan di Amerika tetapi hanya akan di lancarkan minggu depan di sini. kesilapan lah tu. lambat2 lancar orang semua dah habis donlod dari internet. termasuklah pak cik. :D

tapi sebab dah suka ... nanti pak cik beli jugalah dvd original album nya. tak kiralah sedap ke tak sedap. bedal je!

lokeh .. lokehhh!! Dua.

niat murni kerajaan negeri sembilan dan PLUS membina lebuhraya untuk kemajuan ekonomi negeri harus di puji. namun sedikit perhatian harus diberi. pertama adakah lebuhraya baru ini mampu mencatat keuntungan? sudah di buat pemasaran dan promosi dengan berkesan? jangan jadi seperti lebuhraya seremban - PD yang sampai kini kerugian.

membina lebuhraya ini juga sebenarnya tidak dapat membantu pembangunan ekonomi masyarakat di kampung2 dan pekan2 di sepanjang lebuhraya itu. adalah lebih baik sekiranya kerajaan negeri menumpukan ke arah meningkatkan kualiti laluan2 jalanraya negeri. ia lebih memanfaatkan. tidak semua ketika lebuhraya bertol ini diperlukan.

kerajaan negeri juga telah berusaha untuk membaiki dan mempertingkatkan jalan2 utama di beberapa tempat di seluruh negeri. namun masih ada banyak kawasan yang jalanraya nya cukup daif. apatah lagi jika di bandingkan dengan negeri2 jiran seperti melaka dan selangor. di sempadan2 negeri perbezaan kualiti dan rupa bentuk jalan jelas kelihatan menyucuk mata.

apabila ADUN Lenggeng yang baru di pilih mengganti yang lama pak cik senyum sahaja. ADUN yang lama tak nampak pun jasa nya. beria-ia dia menentang pemilihan muka baru. apabila ADUN yang baru di dakwa rasuah, pak cik senyum juga. tiada beza pun ADUN lama dan baru. jalan raya di kawasan Lenggeng macam tu juga. salah satu sebak pak cik lebih suka perjalanan siang untuk pergi dan balik ke kampung di Lenggeng adalah sebab jalan! malam2 payah nak nampak lubang2 dan jalan2 yang rosak. dah banyak kali pak cik terkena. sekali kereta rosak dan walaupun telah di perbaiki, ia tidak akan seperti dahulu lagi.

tu baru kisah jalan raya. belum lagi kisah hutan2 yang habis di terokai hasil balak nya. taman2 hutan lipur habis menjadi mangsa. orang2 asli di sekitar tak tahu pula apa kisah nya.

Monday, September 08, 2008

lokeh ... lokeh!

lebuhraya terbaru ... baru sahaja di buka ... lebuhraya LEKAS. ianya sebahagian dari lebuhraya yang menghubungkan kajang ke seremban, memendekkan perjalanan mereka yang hendak pergi ke kuala pilah.

"nak lokeh guno lah Lokeh!"

dari bawah pokok sena ....

ada dua cerita yang menggahkan nama Lenggeng ... di mana kampung halaman isteri pak cik terletak. yang mana hujung minggu yang lalu kami sekeluarga berkampung di sana. pertama kes ADUN nya di dakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. ke dua kisah seorang perempuan warganegara malaysia yang di kurung di pusat tahanan pendatang asing tanpa izin berbulan-bulan lamanya sehingga melahirkan seoarang anak. pegawai2 imigressen menyangkakan beliau warga sri lanka!

kes pertama tu ... petanda meruncingnya perpecahan UMNO negeri sembilan dan meraka yang berpuak-puak semakin rancak menjalankan segala helah menjelang pemilihan parti. kes kedua, orang-orang dan juga AGENSI kerajaan tak perihatin. dalam masalah 'tiada identiti' ini, mungkin menteri yang berkenaan boleh mengambil kes ini menyokong kelulusan AKTA DNA di parlimen!

tahukah anda gejala rasuah yang sering di gemburkan amalan nya oleh agensi kerajaan sebenarnya lebih berlelaluasa di institusi swasta? tahukah anda tiada sebarang agensi khusus untuk menangani kes-kes 'tiada pengenalan' di kalangan rakyat malaysia.

satu kes benar yang ingin pak cik kongsi bersama : seorang wanita kahwin lari dengan teman lelakinya. ketika proses mendaftarkan kelahiran anak pertama di dapati suami nya menggunakan kad pengenalan palsu. berikutan ketiadan sebarang dokumen pengenalan diri, JPN mensyaki bahawa si suami bukan warganegara malaysia. walaupun si suami pernah di tahan beberapa tahun di sekolah henry gurney. anak yang baru lahir hanya di daftarkan namanya sahaja tanpa sebarang identiti ayah. di bangku sekolah si anak di keji oleh murid-murid malahan cikgu dan cikgi juga sebagai anak haram.

sila senaraikan seberapa banyak kesalahan, kesilapan dan kelemahan yang terjadi dan telah berlaku dalam cerita ini.

mentari terik di atas kepala
mari bersila di bawah pohon sena
mungkin hidup di dunia tidak bahagia
kearah langit kau mendongak senantiasa

sejenak ...

Puisi Al- Hallaj

aku melihat Tuhanku dengan mata hati
maka aku bertanya, "siapa kamu?"
Dia menjawab : "kamu".


Puisi Shustari

selepas fana, aku keluar
kekal di situ tanpa aku
siapa aku, wahai aku, kecuali aku


- sejenak menghayati keindahan puisi-puisi sufi. kadang-kadang layan juga .. :D
- komputer pak cik sebenarnya dah lama crashed. pak cik dah re-install tapi hanya yang basic-basic cukup sekadar untuk buat kerja opis yang standard. sementara menanti waktu yang sesuai untuk 'format' kan cakera keras nih. web2 dan blog2 yang 'berat' memang payah pak cik nak buka. nak view gambar apatah lagi. nak bubuh komen pun kadang2 payah. jangan lah amik hati kalo pak cik tak tinggalkan komen ya. pak cik lawat. walaupun terpaksa pak cik tekan2 dan klik2 banyak kali sampai keluarlah 'windows error message' dan semua tetingkap i.e. tertutup la. nak2 blog si lili tu :)) . harap maklum ya.

- puisi2 itu pak cik curi di sini http://www.khalidjaafar.org/2006/10/puisi-al-hallaj.html dan juga di sini : http://www.khalidjaafar.org/2006/09/puisi-shustari.html

Friday, September 05, 2008

buat bodoh ..

hari ini insya'allah pak cik sekeluarga akan berbuka di rumah mak dan ayah pak cik. sepatutnya pada hari pertama berpuasa lagi dah boleh berbuka bersama mereka, tapi pak cik lebih senang berbuka dengan anak-anak dan isteri sahaja.

pada hari pertama berpuasa tahun lepas pak cik terlibat dalam beberapa siri pergaduhan yang merebak tanpa dapat di kawal. pergaduhan dengan pelbagai pihak. kesudahan nya ayah pak cik telah menelefon memberitahu tak perlu datang untuk berbuka. alasan nya rumah berselerak dan sedang di ubah suai. tapi pak cik tahu, dia sememang nya tak mahu pak cik datang ke rumah selagi pak cik belum berdamai dengan kakak pak cik. situasi itu berlanjutan sampailah ke hari raya.

segala macam perasaan bergelora dalam diri pak cik. yang paling memuncak adalah perasaan marah. memang pak cik akan marah kalau pak cik merasa di hukum sedangkan pak cik tidak bersalah. kalau di ikutkan hati mahu pak cik berdepan pula dengan ayah sendiri. kalau betul-betul ikut hati, entahla apa akan terjadi.

tetapi pak cik buat bodoh. dengan muka tak malu pak cik pergi sahaja ke rumah mak dan ayah untuk berbuka dan berhari raya. buat bodoh dan muka tak malu hulur tangan minta maaf dengan kakak sendiri sedangkan sedikit pak cik tak merasa bersalah.

tak tahulah mana lebih banyak keburukan nya atau kebaikan nya buat bodoh dan pendamkan perasaan dalam hati. kadang-kadang takut sangat untuk menjadi anak derhaka maka diam membisu seribu bahasa, hati di dalam sengsara.

before they gone.

al-fatihah for tan sri a. samad ismail passed away yesterday evening. a great loss to the nation. a tragedy if his collections, experiences, views and thots about our tanah melayu then malaysia was not recorded anyway. for example he was great deal in our history. he is the historian. if anyone want to know the real role of the late tunku abdul rahman in our independence we could ask him. sure he could give his view. but now it's too late.

i can't remember reading any of his articles or writings. i mean i did in the past but can't recall any of it.

mentioning the late name i couldn't help but also to remember the other guy, a. samad said. unlike the late tan sri samad ismail, this guy i saw on a number of occasions. at pudu raya watching him entertained those female students from tkc. sitting opposite him in the lrt. actually a lot more. dia dengan begnya yang warna putih tu. hajat hati nak juga bertegur sapa dan berkenalan. atau pun sekurang-kurang nya bersalam-salaman. tapi tak mengapalah. mereka orang besar. siapa lah pak cik kan. tengok dari jauh dah la.

tetapi, sebelum dia juga pergi, sudah kah kita menimba apa yang sepatutnya dari mereka. macam ayah pak cik. teringin juga hendak belajar membuat pelbagai jerat/pikat burung. untuk burung merbuk, burung wak-wak, ayam hutan. macam2 lagi lah ilmu2 orang2 desa. memang dahulu semasa kecil pak cik biasa mengikut ayah masuk ke belukar, hutan, sungai, pantai dan sebagainya. itu sekadar ikut menemani dan menolong. bukan sesi menurun ilmu. tetapi entah bila akan berkesempatan.

Thursday, September 04, 2008

Blogger Link : Noah & His Pots.

I want to talk about the Prophet Noah a.s., of the big flood fame and his clay pots.
After the great glood subsided and the ark had landed on a suitable spot, the Prophet Noah, according to stories, was instructed by the Lord to start making clay pots.
Since he is a Prophet and therefore obedient, he did not ask whether it is for a new hawker-style franchise or whatever, he just made pots.
Because he is a Prophet, he doesn't stop until he is told and only after he had piled a vertiable mountain of claywares did word come down for him to stop.
He stood back and marveled at the collection of earthenware before him and before Noah could stop admiring the handiwork, God told him to pull one out from the pile.
So he did.
The whole pile came crashing down and everything broke.
Startled by the effect, he asked God why he told him to make so many pots and then made him pull one out and cause it all to break.
God said to him, and I am paraphrasing here:
"It was just a pile of pots and yet you feel pain in your heart when it is ruined. I had just flooded the whole world because you, my prophet were not happy with your people and asked that they be damned.
"Can you imagine how I feel?
"I created them, nurtured them from nothing to infant to adulthood and I had to ruin it all because you asked me," thundered the Heavenly response.
Upon hearing this, Noah cried because he understood that his supplication resulted in such damage to the world.
According to the storyteller, he was then told that no one henceforth, prophet or otherwise would be allowed to make supplication/do'a/prayer for the damnation of others.
From that point forward Prophets only asked that the misguided be shown the path and make amends for the errors of their way.
Why am I telling you this story? Because I want to remind myself and my readers that one should not ask others to be damned, tak boleh sumpah laknat ni, tak boleh.

* seperti yang oak cik sebut tempohari, rujukan blogger yang ingin pak cik kongsi untuk tatapan bersama; mengamalkan hati mulia dengan berbaik sangka, berkata2 dan berbuat perkara2 baik walaupun menghadapi perkara yang buruk dan dahsyat. entri asal nya di sini : http://marahku.blogspot.com/2008/08/prophet-nuhnoah-as-and-his-pots.html

and your question is? ....

some quarter who are against DSAI or not sure whether to rally behind him or not quoting this "what have he contributed to the country while he is in power?" "what has he done?".


be careful. it is not really a question but is a statement!


i don't want to sexplore on DSAI's contribution. those who alive and kicking during DSAI time in office and now asking that question or making that statement, to me should be totally ignored. there is no point talking to the deaf and making the sign language to the blind. just a total waste of time and energy.


instead how about post a question of things DSAI have not done?


whether anyone favour the guy or not, they should really understand this. for a start, i agreed on his proposal to turn to IMF and world bank during 1997 economic crisis. selling out the country to american by doing so? think again before you even dare to sing the fools' song.

Wednesday, September 03, 2008

Check!

fond to play chess? anyone?

looks like we selangorian got additional holiday on 16 september! :D

doesn't matter what is the real motive behind DSAI's motion for 16 sept to be declared as national holiday; Malaysia holiday. but a lot of acedemician and politician got themselves trapped in the issue. they are now pondering on their next move.

brilliant move by DSAI indeed. could be one of the many move by him that yet to come. interesting to see the reacted move by his opponent. hillarious and comical sometimes. till the last move of check mate!!

comical error ... fatal error ...

so far the federal government has played numerous comical and fatal error. incredibly no one has died yet. no one being taken to task yet. even the poor umno head guy from Penang who said chinese are immigrants still living happily ever after.

pak cik hanya ada satu atau dua cadangan. kesemua para menteri kerajaan dari UMNO khasnya hendaklah di perintahkan diam. jangan bercakap kepada media. jangan mengeluarkan sebarang komen mahu pun kenyataan akhbar. termasuklah dan khas nya menteri penerangan. tak habis2 lagi dia buat lawak 'sejarah'nya.

kemudian di tubuhkan suruhanjaya atau pun komiti perhubungan. satu jawatankuasa bertindak yang di pertanggungjawabkan dalam soal berinteraksi dengan rakyat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi. matlamatnya adalah untuk mengurangkan sedikit ketidakpercayaan rakyat dan sesiapa sahaja yang mendengar penjelasan para menteri. seterusnya jika berjaya membina kembali kredibiliti para menteri dan kerajaan.

sekarang ini tiada sesiapa pun mendengar dan akur dengan kenyataan dan cerita dari mulut para menteri. hanya menjadi bahan lawak dan jenaka rakyat di kedai2 kopi. sekurang-kurangnya kehilangan samy vellu dari skrin-skrin televesyen dengan lawak2 spontan nya tidak lah terasa sangat. bukan sedikit penggantinya sekarang ini.

The Power of Anticipation.

another aspect in making decision is to anticipate what the future has for us? what, how and when of actions that we should plan now in order to mitigate the anticipated risk. for example, the rise of world crude oil sexceeding USD100 per barrel has been projected long time ago. the question is how will any governments, business entities and even individual prepare themselves should the projection come true? the question whether it will really going to happen or not shall not be the issue in hand. but how well prepared are we in case it happen?

i am using the oil prices as the sexample to enable us to see clearly. obviously our government do no have any contingency plan. obviously they handled the matter badly. what on earth gave them the idea of immediate notice to its own people that they serves on the fuel price hike. at least other countries gave ample notice.

should pak lah eventually resign who do we think is ably and fit to lead our country for a better governance and flourish? should we look beyond pak lah, najib and anwar, is there any capable leader suitable for the no 1 job? tell me who do you see? for i am unable to see anyone. an horror sight. i am merely talking about suitability and credentials. not yet the acceptance of either peoples in power, businessmen or the rakyat of all races.

Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan Al-Mubarrak.

trima kaseh pada yang mengucapkan selamat menyambut ramadhan pada pak cik. :D pak cik ambil kesempatan ini untuk mengembalikan ucapan itu; selamat beribadat dan menyucikan hati dan jiwa moga tika saat takbir hari raya fitrah, kita kembali menemui kebersihan hati dan minda sebagaimana seorang bayi yang baru di lahirkan. moga kita semua di limpahi rahmat dan di berkati sepanjang jalan mencari keredhaanNya.

selamat beribadat dalam menemui malam 1,000 bulan yang pernuh berkat*

to be honest i am a bit nervous. honestly speaking i am very much confident i would not be able to do good deeds as good as last year. not to say last year was superb but just as a standard measure. for i am lost ... still lost.

* orang pernah berkata, hanya mereka yang beribadat dengan penuh ikhlas akan dapat menemui malam 1,000 bulan.

** gambar di curi dari blog saudara Zulkifli Nordin, orang kuat PKR, Adun Kulim Baru dan peguam yang lantang memperjuangkan kepentingan Islam di arus perdana undang2.


*** di ubah suai pada 12.02 pm 2 sept. 2008.

Friday, August 29, 2008

Kuiz Juta Ria. Nombor Satu?

agak2 nya mengapa kerajaan selangor hendak membeli kembali konsesi swasta pembekalan air di selangor dan kuala lumpur? dan mengapa ada sesetengah pihak yang beria-ia dan akan sehabis-habis nya menentang usul ini?

masih ingat pak cik mengatakan kejatuhan selangor ke tangan pembangkang merupakan tamparan dan kerugian yang paling hebat kepada parti pemerintah? sedikit demi sedikit misteri ini akan terungkai.

:D

Bulan & Bintang. Dua.

sebenarnya pak cik mencari2 kembali satu entri blog dari rakan2 blogger yang lain, yang ingin pak cik tampalkan di sini. ingin berkongsi dengan teman2 di sini. entri itu mencerminkan apa yang pak cik luahkan sebelum ini cuma ia nya lebih tampak berkesan dan berjiwa. nantilah pak cik cari2 lagi .. penat dah ni.

dalam suratkabo NST hari ini memuatkan pandangan orang ramai terhadap tindakan pihak berkuasa 'menutup' blog 'malaysi today'. "Bodoh!" kata mereka. mana tidak nya. setelah cuma beberapa jam di senset, blog itu kembali ke udara di alam maya menerusi cermin2 atau saluran2 yang lain. terserlah lah kekurangan cerdik akibat tindakan itu. reaksi2 masyarakat IT antarabangsa belum lagi di ambil kira dan di beri liputan!

dan yang paling marah tentunya che det atau TDM! MSC dan Cyberjaya itu adalah 'baby' beliau. marah la baginda kerana 'baby' nya kini as good as dead.

komen baginda di sini : http://test.chedet.com/che_det/2008/08/snippets-4.html#more

akan tetapi pak cik percaya mereka yang bertugas menutup atau mensenset blog itu paham bahawa kerja itu sia2. tapi seperti kata imam yang menyaksikan sumpah laknat saipul ... 'ikut arahan dari atas'. atau pun tangan2 halimunan. itulah punca sebenar nya.

pak cik juga percaya ramai kakitangan kerajaan, separuh kerajaan, berkanun dan juga swasta yang cukup mahir dan berkaliber dalam kerja mereka. tapi akhirnya kelihatan bodoh dan tidak berdaya maju akibat kekangan2 tangan2 halimunan ini.

kerajaan merayu agar warga2 malaysia yang berjaya di tanah orang agar kembali pulang ke tanahair ibunda terchenta menyumbang kepakaran. permasalahan nya, sebab mengapa mereka tercampak di tanah orang itu tidak di lihat dan di perbaiki. percayalah, soal wang dan imbuhan adalah perkara kedua atau ketiga. ada sebab2 lain lagi yang juga lebih atau tidak kurang penting nya. mampukah kita memperbaiki keadaan itu? soal nya .. keadaan apakah itu? salah satunya kekangan2 dan kongkongan yang menafikan pertumbuhan minda dan daya kreativiti. juga peluang untuk berjaya di tanah air sendiri pada mula nya di nafikan. setelah berjaya baru di panggil pulang?

sekolah tinggi mara bertujuan melahirkan bumiputra yang berpelajaran dan berdaya saing. proses induksi dan suaikenal di suapkan dengan lagu2 patriotik dan kebangsaan termasuklah lagu warisan - anak kecil main api. menangis2 bebudak sekolah tinggi mara baik lelaki atau pun perempuan. akan tetapi apabila bebudak sekolah ini menanyakan polisi2 kerajaan dan perkembangan semasa yang kelihatan tidak adil dan meragukan, mereka di herdik dan di halau agar menumpukan kepada pelajaran semata2. kisah BMF dan Bank Bumi kehilangan billion ringgit tak perlu di kisahkan. ugutan AUKU di laungkan.

daya intelektual di kembang dan di asuh dengan proses perbincangan dan perdebatan. baik antara anak dan ibubapa, antara murid dan pendidik, sesama rakan jauh dan dekat, sesama pihak yang bertelagah dan berlainan pendapat. kalau di tutup mulut di kekang kaki dan tangan, tahap intelektual apa yang di harapkan?


yang mana satu di hajatkan? di antara bulan dan bintang?
di pujuk-pujuk masih enggan, nak ku amuk atau ku bawa lari hilang?*

*sesuai di ujarkan kepada bakal2 mentua yang degil! :D