[go: up one dir, main page]

Thursday, January 19, 2012

Subjektif

Berbulan lamanya dah tak blog. Memang niat nak stop terus but sbb aku pikir bukannya ada org baca pon so stop ke tak stop ke takdak sapa peduli. Buat apa nak susah2 close account ke apa.

And today aku guna balik blog ni sbb kepala aku tgh berkecamuk. I need a medium where I can express myself without being judged.

Situasinya macam ni. Tahun ni 2012 alhamdulillah dengan rasminya kami dah berpindah ke rumah sendiri yang dibeli secara hutang. Haha duit tak cukup nak beli rumah secara cash. Rumah dah start beli dari tahun lepas, tp biasa la buat sikit itu..tambah sikit ini, awal bulan hari tu akhirnya kami pindah masuk. Oh ya, sesapa datang Sepang nak pegi KLIA ke apa jemput lah dtg ye. Dekat dah tu dgn rumah aku.
Masalahnya ialah bila pindah rumah ni secara tak langsung BB pon akan dimasukkan ke Taska. Sebelum ni kan papa n mama aku yg jaga. To bring mama n papa tinggal sekali dgn aku bukanlah satu option sbb mama taknak tgglkan rumah dia sendiri. So BB aku hantar la taska. Orang lain kata kat aku, petua hantar anak ke taska ialah hati kena kering. Aku dah cuba mengkeringkan hati aku sejak minggu lepas tapi tak berjaya. Bygkanlah pagi2 dgn mana aku nak bersiap g kerja, siapkan breakfast, siapkan BB lg. BB pulak dari celik mata cth pukul 630am, terus terusan meraungggggg sampai la aku bawak naik kereta. Dalam kereta mulut dia asik ckp ,'mama, BB taknak skool. Kita pegi umah nenek ye'. Jadi bila dia nmpk kelibat sekolah dia, mula la dia meraunggggg kembali. Bukan berhenti d situ saja, balik rumah nnt lepas aku jemput dia akan monyok dan sikit2 menangis. mintak nak aiskrim pon nangis. Mintak nak tgk cd pon nangis. Bukannya aku tak kasi pon. Jenoh la nak melayan die, tak menang tangan aku nk masak etc. Ada parents bgtahu aku, tu perkara biass sbb BB tgh cuba nak perhatian aku and dia tgh tnjk dia tak stuju sama kptsn aku hantar dia school.
Frankly, aku kesian dgn dia. Dia tak nmpk happy.

Aku letih nk explain pnjg lagi walaupun sbnrnya situasi dia banyak lagi yg kotg kena tau, tapi we made a decision. BB will be staying with my parents. Aku 100peratus percaya yg mama n papa aku boleh jaga and at the same time ajar BB apa ptt. Mama n papa mmg dr dulu suruh BB tggl dgn dorg je sbb dorang boring, tapi aku sbnrnya yg tak sanggup jumpe BB only on weekends.

Tapi aku terpaksa buat keputusan macam ni kali ni. Aku tak tahu sampai bila actually. But I do hope we made the right decision for us. For BB.

Sayang, mama tahu you'll be happier duduk dgn atuk nenek. Weekends mama n papa datang ye. Be a gud boy! Arghh, walaupun mama sedih balik keje tak dpt tgk muka BB, I know I don't have to worry about you anymore. I don't have to see your monyok face evrytime balik school. I luv you. Papa luvs you.

During our trip to Korea last Dec





Sent from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 18, 2011

Lost track

Lama sangat dah tak menulis. Baik tutup je tp sayang. Tak ada apa menarik pon. Just nak jot down few of lines yg BB ckp dan menghiburkan aku.

BB dah 2 thn 3 bln. Hehh, mulut potpet mcm org tua. Mungkin hasil apabila dijaga oleh atok dan nenek sendiri masa mama pegi kerja.

(Situation 1: He was forcing me to mandi shower together with him so that dia boleh main air hujan,as what he claims shower as, lame2)
'Mama, kape(read:kenape) takut? Allah kan ade..baby kan ade..ish ish'

(Situation 2: papa pegi kursus)
'Mama, mane papa? Mcmmane baby nak pegi giant?'

(Situation 3: pujuk paklong to lend him paklong's galaxy tab)
'Sayangggg sgt pakyong. Pakyong paling cute. Mama paling tak cute'

(Situation 4: bullied by him so I pretended to cry)
'Mama, stop..stop!'

(Situation 5: I was crying for real)
'Mama, gud boy..gud boy' while usap my kepala, aww..

(Situation 6: he refused to eat sbb khayallll main ipad)
'Budak2 taknak mkn. Da kenyang. Paam? Ok?'

Haha. Pitam mama. And yes, he speaks japanese tp sikit je la macam dame, matte, itai.
in the process to add more kotoba nihonggo in daily communication with him without confusing him much.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Monday, August 1, 2011

216

Assalamualaikum,

BB,
Kelmarin umur BB dah 2 tahun. Omedetou sayang, semoga BB jadi anak soleh, diberi kesihatan yang baik insyaAllah. Mama and papa tak buat pun celebration besar-besaran. Cukuplah setakat makan-makan dengan family members, kan?

BB,
2 weeks before your birthday hari tu, mama kena pergi kursus. Dah lah jauh kat Mersing, Johor..lama pula tu, 2minggu. Allah je yang tahu perasaan mama masa dapat surat pergi kursus tu. Sebab sejak lahir,mama dengan BB tak pernah berpisah lama. Paling lama pun setakat pukul 7pm mama balik kerja, or tengah malam kalau mama ada dinner or event yg mama kena attend. Tak pernah lagi sampai berhari-hari. Tambah-tambah lagi, BB still breastfeed especially time nak tidur malam. Risau betul mama pikir macammana BB nanti. Boleh ke BB survive tanpa meragam melampau?

BB,
Hari Ahad masa mama kena bertolak ke kursus tu, tak dapat nak bayangkan perasaan mama. Sedih. Tambah bila tengok muka BB and papa yang hantar mama. Walaupun few weeks before kursus mama dah keep bagitahu BB yang mama kena pergi kursus, mama yakin BB tak faham pun. Tambah sedih bila papa dengan BB dah nak gerak. Mula-mula BB tak perasan mama tak ada dalam kereta sampai la mama panggil dan cakap 'Babai'. Terus BB cakap 'Mama, masuk' banyak kali.

BB,
13 hari kursus. Tiap-tiap malam masa nak tido, mama mesti teringatkan BB. Rindu bau masam BB. Cuma mama tak nak layankan sangat perasaan tu. Takut BB kat rumah pun dapat rasa, and nanti meragam. Kesian papa, kesian atuk, kesian nenek.Tiap petang mama curi masa untuk telefon rumah, rindu dengan suara BB..rindu dengar keletah BB.
Papa cakap BB good boy. Tak banyak meragam, pandai bawa diri. Cuma sekali sekala tu biasalah.

BB,
Mama tahu tak senang BB nak wean off. Tapi 13 hari sepanjang mama kursus tu BB boleh je tahan. Lagipun BB kan umur dah 2 tahun. So mama ambil keputusan memang nak stopkan BB dari menyusu dah after balik kursus tu. Walaupun dah beberapa kali BB minta and mengamuk sebab mama taknak kasi. Sorry sayang.

BB,
Semalam BB meragam teruk. BB marah sebab mama tak nak susukan BB. BB nangis, mama pun ikut sama nangis. Bila BB terkejut tengok mama nangis, makin kuat la BB nangis. Tapi akhirnya BB yang stop nangis dulu. Tu pun bila mama bawak BB layan youtube, dengar azan. Your favorite. Mama pun tak paham kenapa, BB suka betul dengar azan. Lepas tu BB usap kepala mama sambil cakap 'Mama...mama..'. Kita tengok youtube sampai mama perasan BB dah lentok kat mama. Dah tertido, penat sangat menangis agaknya.

Dah 16 hari BB tak menyusu. I am very proud of you, sayang. Mama tahu tak senang untuk BB stop, tapi I know you can do it.

Gambarou ne!

Thursday, June 9, 2011

215

Dulu masa muda-muda, macamlah sekarang dah tua asyik la berangan. Walaupun dah kahwin nanti, aku akan tetap meneruskan hidup macammana masa aku bujang. Takde la totally 100%. Tapi dalam hati berazam bahawa on weekends aku tetap nak lepak2 dgn kawan tgk wayang ke, or just lepak2 gossip2 borak2. Tak semestinya weekends, balik kerja on weekdays pon best jugak dapat lepak borak2 dgn kawan2 dkt mamak stall. Of course, bersama suami aku sekali la. Wow, cool nya life aku kan.
Yeah right.

Tapi dah nama pun berangan kan. Bila dah kahwin, hidup jadi lain. Datte, jinsei wa kanarazushimo omou youni naru to wa kagiranai kara ne..
Bayangkan, pergi kerja setiap hari as early as 6:20am. 6:30am la paling lambat. Sampai rumah 6:30pm ataupun 7:00pm bergantung pada traffic jam terindah kat mrr2 tu. Balik rumah makan dan gomoi2 sama si mashamm(anak). Mandi, solat Maghrib, lepak2 tgk tv sambil layan anak borak, menguap dan tidur. Haha. Itulah rutin setiap hari Isnin hingga Jumaat.Aku rasa dah banyak kali aku tulis kat blog ni. Haha.

Weekend lah masa untuk meluangkan masa dengan anak dan suami. Masa ni lah nak jalan2 ke apa. Or dalam kes aku, weekend jugak la masa aku jenguk keluarga mertua. Yes, every week. Sebab dekat je pon. Haha.


Macam takde life kan. Hehe, I am not complaining. Indeed, aku happy sbb. ni lah life aku.. family, suami, anak.

Haha. Bunyi macam dah tua sangat.
Tapi entah, some of us mungkin takkan paham. Tak hairan la kan bila ada yang tegur dan cakap 'Lepas kahwin and dah ada anak, kau dah lain dowwww. Tak fun macam dulu'. Haha.. ok lah. Tak ada la direct macam ni, tapi sort of la. Aku dah simplekan ayat tu jadi straight forward.

Entah lah. I am still having fun. Cuma lainnya sekarang, I am having fun with my family.
Bukan lah maksudnya aku abaikan semua kawan-kawan aku. Tapi tu lah, untuk berlepak bersama2.. aku kena carik masa yg sesuai, yang aku pun tak tahu lah bila. Paham tak? Haha I bet org tak paham masalah dalaman aku ni sebab aku pun semakin confuse dah ni.
Tak semua orang kot macam aku.
If kau dah kahwin ada anak summore, yet boleh lagi spend time equally between family and friends.. I seriously respect that. Tips, please?

Jadi kawan2ku, bilamana aku sms/call/pm/comment fb or like pic etc.. bermakna aku tak lupa korang dan uuuuu, i miss u ols. Cuma disebabkan oleh komitmen lain/ masa/ kau kat sana aku kat sini dia kat situ etc menyebabkan kita terasa jauh. Haha..apa yang aku merepekkk ni.

Jadi apa yang aku nak sampaikan ialah, jangan lah kata kenapa orang dah kawin dan ada anak semua berubah sebab:
1) Tak semua macam tu so it's not fair kau nak label terus macam tu. Tapi yes, aku lah salah seorang yang berubah tu. Hahaha.
2) Kau takkan tahu sampai la turn kau nanti. Fine la. Angan2 kau maybe sama mcm angan2 aku before kahwin tapi in reality?



Haha. Aku rasa blog aku ni makin lama makin pointless. Sebab tu makin malas aku nak update. Eh btw, sesiapa ada koleksi english-novels yang dah taknak simpan sebab menyemak ke, apa kata jual kat aku seringgit satu. Haha, aku nak tambah koleksi la. Yang ada sekarang macam tak cukup jeeee.. Aku mintak kat adik aku, tapi tak dapat. Itulah masalah bila berkongsi hobi yang sama.Pffft.

Friday, June 3, 2011

214

Perasaan untuk *shopping buku* adalah membuak-buak, walaupun ada 2 biji buku belom habis baca. Satu sbb buku tu cerita dia kurg menarik, lagi satu tu sebab sayang nak baca..haha. Alasan tak boleh pakai. Sebab tu walaupun terasa gatal nak pegi popular/mph, terpaksa pendam je. Kot nnt CH tanya buku kat rumah dah abis baca ke belom,aku tak dpt kasi jwpn memuaskan. Tapi paham tak perasaan yang macam kalau ada byk buku kat rumah tak baca lagi rasa macam selamat sebab stok tu sentiasa ada.haha.psycho.
Sent from my BlackBerry® smartphone

 
design by suckmylolly.com