Hadiah cabutan tiket bertuah kepada Hjh Jay
Ibrahim Hi Sibil @yaim menerima hadiah cabutan tiket bertuah
Ratneh menerima hadiah cabutan tiket bertuah
Seli Buki menerima hadiah cabutan tiket bertuah
Suasana ceria jelas terpancar di wajah para alumni yang datang dari
pelbagai pelusuk membawa bersama kenangan zaman persekolahan yang tidak pernah
pudar dimamah waktu.
Madlin Awang, pengerusi penganjur menyampaikan ucapan
Apa yang melucukan tu ketua?Ada tulis perkataan kali pertama ka?
Majlis
dimeriahkan dengan gelagat lucu pengerusi penganjur, Madlin Awang, yang berjaya
mencuit hati hadirin dengan celotehnya yang bersahaja dan penuh jenaka. Tidak
ketinggalan, barisan AJK penganjur yang begitu sporting dan komited memastikan
kelancaran acara dari awal hingga akhir, mencuri perhatian ramai dengan
semangat kerjasama yang luar biasa.
Pertama sekali, saya nak ucapkan
tahniah kepada kita semua —bukan sebab berjaya hadir ke reunion ni, tapi
sebab berjaya hidup sampai ke umur ni tanpa kena tahan disiplin lagi,kata Madlin dalam ucapannya.
Dulu kita pernah lari dari
perhimpunan, sekarang kita lari dari kolesterol dan tekanan darah tinggi.
“40 tahun bukan sekejap. Kalau dulu
kita pakai baju sekolah saiz S, sekarang... saiz S pun kita pakai, tapi
maksudnya “Susah nak muat.”
Terima kasih kepada AJK Pelaksana diketuai Madlin Awang, Siti Rumajah Okk
Haji Anuar, Ismail Madil, Hajah Jaymin Anjah, Ratneh Sahari Moksan, Sabli Sik,
Asri Noud, Maslin Misun, Rafnah Samli.
Sebagaimana yang kita semua maklumi,
kita adalah Batch pertama yang menduduki peperiksaan pertama SPM di Smk Taun
Gusi. Kita juga adalah antara angkatan pelajar pertama yang belajar di Smk Taun
Gusi ketika mula mula sekolah ini dibuka pada 1982. Kita berada di sekolah ini
ketika ia dirasmikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini PMX pada 1983, katanya.
Sekolah kita tentu sekali mengalami
banyak perubahan. Tetapi saya harap silaturrahim di antara kita terus
berkekalan.,katanya
“Saya dengar dan baca macam dalam
grup WhatsApp kita. Ada gurauan, usikan bahkan ada yang menghantar emoji dan
sebagainya. Ada juga cerita tentang makanan ada yang cerita tentang
anak, tentang cucu. Dalam reunion kita pula, Ada yang datang dengan
suami/isteri. Ada juga yang datang dengan... kenangan. Tak apa, semua diterima.
Yang penting, kita datang dengan hati yang gembira,” katanya.
Bagaimanapun dalam kita bergembira,
tidak lupa kita bacakan dan hadiahkan bacaan alfatihah kepada rakan rakan kita
yang sudah lebih dulu pergi mendahului kita. Alfatihah.
Menurutnya, yang terbaru sahabat kita arwah cikgu
Lamsudi Sairnika yang pergi tanpa disangka sangka sewaktu kita sedang dalam
perancangan mengadakan majlis reunion ini. Arwah begitu beriya iya mengatur
agar majlis reunion kita ini berjalan lancar dan mengajak rakan rakan
lama untuk hadir. Tetapi beliau pergi lebih dahulu,pemergiannya amat dirasakan.
Sebelum itu, kita juga mengenang
pemergian arwah saudara Amirjan Nior beberapa tahun lalu dimana beliau juga sangat
bersemangat untuk menganjurkan program Reunion ini.namun selepas pemergiannya
kita terhenti seketika oleh rasa sedih.
Namun akhirnya setelah kira kira
sepuluh tahun selepas idea menganjurkan pertemuan ini di cetuskan, kita rasa
bersyukur kerana akhirnya kita dapat menjayakan majlis Reunion di pantai
merdeka ini.
(Ketika
artikel ini ditulis, tiga orang lagi rakan sekolah Kembali ke rahmatullah, iaitu arwah Jefri Tommas, Abdullah Latuh dan arwah Mohd Albe Haji Bistari).
Hampir semua alumni sekolah yang hadir melahirkan rasa teruja atas penganjuran majlis reunion itu.
Imam Roy membacakan doa
Imam Mairun menyatakan
rasa bersyukur kerana sempat hadir .Saya rasa menyesal kalau tak datang, katanya. Inilah saat kita bergembira berkumpul bersama sahabat handai ada yang 40 tahun tidak ketemu .Bahkan ketika membaca doa bagi memberkati majlis itu, Imam Mairun atau lebih dikenali Roy di kalangan rakan rakannya rasa teruja oleh kehadiran rakan rakan alumni yang begitu membanggakan.
gambar paling mahal, kata SarInilah masanya kita memberi
kebahagiaan kepada semua sahabat kita yang begitu lama tidak ketemu .sungguh
mengharukan
Siapapun diantara kita tidak terlepas dari kematian itu satu ketentuan.sepanjang hidup kita pasti ada kenangan pahit dan manis.itulah ujian kehidupan kita masing-masing, katanya.
“Sedih bana pan aku nia boi teko a..
Ngito banga kawan beta no nia setemu.,” kata Rusman Sebab yang tak dapat hadir.
“dinakan maku maaf pan tak semimon Kawan-kawan.
Rai telebih beragam .Akan aku lupa diri.Maklum no kau betah nia setemu a..
Sekali lagi saya mohon maaf Jikalau panjang umur Harap-harap run lagi reunion
yang ke 2...Aamiin.,”kata Asri .
Bahagian paling menarik tentulah juadah yang diisajikan. Pelbagai juadah tradisional yang menggamit selera.
Antara menu yang menjadi sebutan termasuk: sambal Beluku hidangan tradisi yang
jarang ditemui, disediakan dengan penuh kasih sayang, khabarnya Rosnatih yang bawa dengan sambal goreng jawa.Nonong bawa pulut sambal kelapa, pulut inti daun pisang,,Ajang bawa Nangka rempah
beras – kombinasi unik rasa manis dan pedas yang menggoda. dan ayam rendang kunyit.
Sar bawa Nasi beriani , Mail bawa sup bangkur– aroma rempah ratus yang membangkitkan selera.
Sayap ayam dan
kambing bakar sumbangan istimewa daripada Ratneh, yang mendapat pujian ramai.selain itu, mee goreng dan kari kepala ikan. Sabli pula bawa ikan untuk dibakar.
Hajah Jay bawa loor mangga dan loor kicap. Nasir bawa sayur rebung campur genturung dan udang masak merah. Egong bawa nasi linopot , sayur lada putih liking sama rendang ayam kunyit,
Rabatih bawa Pecal salad
tradisional bersalut kuah kacang pekat yang menyelerakan.Entah siapa bawa bubur.? Saya sempat makan dengan Roy dan Rangkum, kata Ajang
Sebenarnya makanan yang dihidangkan itu boleh dikatakan mewah dan banyak hingga tak dapat dihabiskan. Ada yang bawa makanan tanpa dirancang sekadar untuk menjamu rakan rakan. kerana AJK Pelaksana tidak diberitahu menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan meja yang mencukupi. Itulah sebabnya penyediaan makanan sedikit kucar kacir.
"Tapi syukurlah Lee. mula-mula kita risau makanan tak cukup, last-last lebih dari cukup.," kata Ajang.
Kuih-muih seperti penjaram puding beraneka rasa, dan aiskrim pelbagai perisa menutup tirai santapan dengan manis.
Makanan yang disediakan begitu banyak hingga para tetamu tidak segan untuk “tapau” pulang, satu tradisi tidak rasmi yang menambah kehangatan suasana kekeluargaan.
Tapi jangan ada dusta di antara kita, teringat kata-kata yang selalu diucapkan oleh Hajah Jay.
Selain menjamu
selera, para alumni turut mengambil peluang bergambar kenangan, bertukar
cerita, dan berkongsi perkembangan terkini dalam hidup masing-masing. Gelak
tawa, pelukan mesra, dan air mata kegembiraan menjadi saksi betapa kuatnya
ikatan yang terjalin sejak zaman persekolahan.
Majlis “Setemu
Temu Kiti” bukan sekadar pertemuan, tetapi satu manifestasi kasih sayang dan
persahabatan yang tidak luntur dek masa. Ia menjadi bukti bahawa walau masa
berlalu, kenangan dan persaudaraan tetap utuh di hati.
Banyak
kenangan yang tertinggal. Sdr Idaman ingat ketika imam Roy tercari cari kunci motornya,
padahal di atas meja depannya saja, katanya.dan macam macam peristiwa lagi yang
jadi kenangan.Habis seluruh
kawasan Pantai itu saya telusuri untuk mencari kunci, kata Roy sambil bergurau mungkin ada awan yang sengaja menyembunyikannya,.
Itulah ingat ingat lupa....macam
banyak berfikir, ujar Idaman
Idaman Milang menyampakan ucapan perkenalan
“Insyaallah kalau panjang umur kita
buat balik untuk yang kedua.Semua berharap begitu, sebab kita tidak tahu entah tahun depan kita tidak dapat bersua lagi, kata Roy,
Walaupun sedikit terlambat, Jainab
datang juga walaupun katanya tanpa dirancang.”tapi niat diam atai ingin bana pan
setemu temu ko dengan-kawan. , umur nea terati..ngoggo jo pan..biar sekajap..(umur
kita tak tahu, datang juga walaupun sekejap)
Ratneh Sahari Moksan
"Balik rumah bila tengok gambar-gambar
kita semua rasa gembira dan terbaru.,kata Ratneh Tak sangka kita dapat bertemu
dalam suasana yang begitu ceria dan gelak tawa.. Cuma agak terkilan ramai Kawan-kawan
yang tidak sudi join sama dan ada juga bila ditanya jawapanya tidak berminat..
Sedih juga lah kalau di jawab begitu.. Tapi apa-apa pun next setemu temu kita
rancang dengan lebih baik dan perbaiki kekurangan dan kesilapan, katanya.
Mainah memperkenalkan diri kepada rakan sekolah
Bergambar dulu kamu ba

Egong @ Mohd Salleh, nasir, Haji Asdin dan Matdin
Jari, Roy, Abd Rangkum, Mail dan Haji Asdin Matdin, Yaim dan Baigam
Ahmad, Yaim dan seli
Pertemuan sebegitu juga sudah tentu tidak terlepas dari kelemahan. Ada komen Kawan-kawan, penyajian
makanan kurang tersusun, padahal pelbagai jenis makanan tersedia. Ada komen
muzik karaoke agak kuat sehingga mengganggu percakapan. Sepatutnya setiap alumni
diminta bercakap sepatah dua dari tempat duduk mereka saja, tanpa disuruh ke
depan, kerana ada yang masih malu bercakap di depan, itulah antara komen yang
dapat dikutip dari grup whatsapp.
Apa yang diibincangkan tu lee?
Hajah Jay dan Madlin'kadar gula saya naik, tuan,"kata Hajah Jay, salah seorang yang menghidupkan reunon itu dan sukarela menyumbangkan beberapa lagu untuk menghiburkan kawan kawan.Hajah Jay disamping Ajang yang tak senang duduk memastikan program brrjalan lancar,Turut menghiburkan hadirin ialah Asri Noud, Lee,mama Siti (Masjuta Tiukup), nonong,Ratneh, Idaman, Dr Jamaluddin,Uteng (moktar) dan Maimumah. Rakan-rakan alumni sempat menarikan manuk manuk limbukun sebelum majlis berakhir,tarian yang melambangkan keakraban dan kemesraan
Akhiruddin, Matdin dan Ismail GeranUteng menyanyi
menghiburkan
Santai dan bersahajaAlumni juga mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Ts Haji Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi rakan sesama alumni yang turut memberi sumbangan untuk menjayakan majlis itu.Ucapan yang sama kepada Puan Masjuta Tiukup dan Ahmad Jeragan yang menyumbang kanopi, Ratneh yang menyumbang sayap ayam dan kambing, malah turut mengimport suaminya, Kee Emran untuk membantu membakar bakar sayap .Terima kasih kepada mereka
Ada juga yang mengumbang hadiah lucky draw, kata Ajang, tapi tak mahu namanya disebut, kata Ajang,Rahsia, Rakan-rakan alumni mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan mereka.